& Jadi model dinding

Terpaksa jadi model dinding atas arahan siapa ni???
.
.
Ooo Abah yang suruh yer?
.
.
.
Takpe, takpe.
.
.
.
.
Sila tunjukkan gaya anda yer.
.
.
.
.
.
Bagi pose yang baik dan cool gitu.
.
.
.
.
.
.
Boleh Umi ambik gambar baik punya.
.
.
.
.
.
.
.
Sila, sila posing.
.
.
.
.
.
.
.
.
Abah: Kimi, angkat tangan kiri dan kanan ok.
Kimi: Heheheh...



.
.
Kimi: Jom alikkkk...

& Naik kuda

Sempat naik kuda sementara tunggu Abah sambung lesen kat Pejabat Pos, JUSCO (mana lagi kan?). Dengan berbekalkan duit syiling 50 sen 2 keping (rm1), maka Kimi pun dapatlah menunggang kuda selama beberapa lama (kejap jer)...

Mari lihat langkah2 naik kuda oleh Kimi.

Mula2 pegang pemegang


Tengok atas


Tengok kanan


Tengok depan


Tengok leher dan kepala kuda


Tengok kiri pulak


Sempat lagi menjeling


Last sekali breakfast time @ Arena, Jusco.
(sebab penat dan lapor lepas naik kuda)

& Buat renungan semua

Jangan bersedih, kerana bersedih hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, membuatmu malas untuk berjihad, membuatmu putus harapan, mengiringmu untuk berburuk sangka.enapa takut putus cinta jika anda mahu merasai apa itu cinta. Yakinlah pada cinta anda. Jangan persiakanya kerana cinta itu anugerah Ilahi dan cinta itu indah jika dijiwai dari hati yang suci.

Fikirkanlah hati yg suci membawa kebahagiaan
kenapa takut putus cinta
jika anda mahu merasai apa itu cinta
yakinlah pada cinta anda
jangan persiakanya
kerana cinta itu anugerah Ilahi dan cinta itu indah jika dijiwai..dari hati yang suci
fikirkanlah...

hati yg suci membawa kebahagiaan.

& Beberapa perkara makruh dalam sembahyang

Dari email;

Hadis Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya baginda s.a.w melarang seseorang yang sembahyang sambil meletakkan tangan di pinggang.

Meletakkan tangan di pinggang atau bercekak pinggang adalah berasal dari syaitan. Setelah berjaya menipu Nabi Adam dan mengeluarkannya dari syurga, syaitan bertepuk tangan, bercekak pinggang dan bersiul-siul sambil berjalan-jalan. Bercekak pinggang semasa solat tidak menggambarkan tawadhu’ (rendah diri) kepada Allah.

Terdapat 4 cara meletakkan tangan semasa solat iaitu:
  1. Di dada (Imam Syafie)
  2. Di bawah dada dan di atas pusat (ulama mazhab Syafie)
  3. Di bawah pusat (mazhab Hanafi)
  4. Membiarkan tangan lurus ke bawah iaitu tidak meletakkan tangan di mana-mana (mazhab Maliki)
Tidak sempurna solat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan solat seseorang yang menahan buang air kecil dan besar.”
(HR. Muslim).


Abu Hurariah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hendaklah kamu berhenti dari mengangkat pemandangan mata ke langit ketika berdoa dalam sembahyang. Jikalau tidak, nescaya penglihatan kamu akan disambar (dihapuskan)“.
(Riwayat Muslim)

Di permulaan Islam, Rasulullah s.a.w sembahyang memandang ke langit kerana memerhatikan malaikat Jibril.

Dalam sembahyang, mata mestilah melihat tempat sujud semasa qiam (berdiri). Semasa rukuk pula, tengoklah ibu kaki (kata ulama). Semasa sujud, rendah atau sempitkankan mata dengan melihat batang hidung. Semasa duduk di antara dua sujud dan tahiyyat pula, Rasulullah s.a.w melihat paha dan juga jari semasa Tahiyyat.








& Makanan yang dilarang untuk pengantin perempuan

Dari email;

Tolong forwardkan kepada sesiapa yang belum berkahwin.

ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang?"

Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."


Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: Tarikh lahir anda 22 08 1981
2 + 2 = 4
Maka kotak pertama adalah 4.

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 2 + 0 + 8 + 1 + 9 + 8 + 1 = 31
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
3 + 1 = 4
Maka kotak kedua adalah 4..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
4 + 4 = 8
Maka kotak ketiga ialah 8..
(Kalau hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi)


Inilah hasilnya..
4: Rajin
4: Rajin
8: Bisnes

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Selamat mencuba!

& Jigsaw puzzle

Ini adalah aktiviti hari sabtu (kelmarin). Oleh sebab kelmarin sekolah Abah kena sekolah (ganti untuk hari sukan) maka kimi dan SujueZ duk rumah ajelah. Lagi pun cuaca kat port klang ni tak menentu. Sekejap panas, sekejap nak hujan (guruh, kilat + petir).

Jadi untuk mengelakkan kimi bosan, SujueZ keluarkan jigsaw puzzle ni untuk menghilangkan kebosanan kimi daiyyan ni.

Jigsaw puzzle Doraemon

suka sangat main, bersungguh2




Ada satu lagi jigsaw puzzle (tapi dalam simpanan Abah) iaitu Mickey Mouse & Friends. Nak main kena mintak izin dari Abah dulu yer Kimi. Yang ni pun bukan kimi yang siapkan, SujueZ jugak yang berjaya menempek semula cebisan2 puzzle ni (kimi tau sepahkan aje huhu). Tak yang penting kimi bahagia.

Kimi lepas demam ni macam2 ragamnya (beraneka jenis). Paling kuat sekarang ni dah pandai nak memberontak, baling2 barang (terutamanya buku2 dia) kalu dia nak protes atau tak nak sesuatu. Kadang angin SujueZ ni naik gak (rasa nak nak nak ehem ehem jer kat budak ni hehe). Tapi takdelah, SujueZ biarkan then bila kimi dah cool skit baru bagi nasihat kat dia. Kalau nak cakap time dia tengah meragam memang xleh (kot2 dengan kita2 skali meragam). Itulah Kimi, terlalu aktif dan kuat meragam + merajuk. Kimi ooo Kimi...

& Baru puas hati

Ha, ini dia budak baru baik demam. Hari ni Abah bawak gi Jusco Bt Tinggi. Tujuan utama nak renew lesen (coz ingatkan pejabat pos bukak, rupa2nya tutup. Kalu kat Jusco Cheras Selatan dulu pejabat pos dia bukak jugak hari ahad). So xleh nak wat aper la. Kita orang buat rutin biasa jalan dan jalan2 lagi. Ronda di Jusco.
Kimi of course la suka hati banget! Maklumlah dah lama tak main kat luar (akibat demam+batuk+selsema) jadi hari mulalah menggelepar (menggelabah Abah, sian Abah) nak gi kat mainan2 yang ada kat sini.

Baik jer muka masa nak kuar dari rumah...


aksi mengada2 (elehhh)


mula2 ronda dulu tengok bola tergantung


dengan Abah


suka la boleh naik benda ni (rm2=2 token)


pusing lagi, main2 la puas yer (eiiiii)


yang ni duduk jer


tergaman jap merasakan aura kereta pusing


muka terkejut (sebab dah lama tak naik kan, kimi?)


kimi dalam keter pusing (harap2 dia puas hati la main benda nih)


SujueZ cam biasa ar enterprame...

Lepas tu boleh xnak turun plak dari mainan keter nih. Adoiii sakit kepala mengenangkan tingkah laku kimi yang drastik berubah nak terus main! Tak leh control jap. Pujuk2 punya pujuk berjaya jugak masukkan kimi dalam troli keluar dari tempat yang xbest ni (bagi SujueZ). Bukan aper tau lah Kimi nak lepas gian main selepas demam.

Tapi yang tak tahan tu dia nak terus melekat kat area nih. Penin palo den ingat mende ni. Last2 abis rm3 untuk 3 token. Jadi Umi harap Kimi puas hati dapat naik 2 permainan yang ada kat situ yekkkk?!

Lepas tu cam biasa la ronda2 butik pulak. Ada jugak sale baju sikit2 sampai 70%. Tapi takde saiz lak. Ada yang saiz besar2 sangat. Tak per mungkin lain kali. Sabo2. Tunggu income masyuk dulu ekkks!

& Kuku

Dari email;

KUKU

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari:
3] jari tengah
4] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK INSYAALLAH.

Sumbangan : "intan suhaini" isuhaini@gmail.com

& Kelebihan bersugi

Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.

Antara kelebihannya:
  1. Menyucikan mulut dan gigi.
  2. Mendapat keredaan Allah.
  3. Mencergaskan otak.
  4. Mencerahkan mata.
  5. Melambatkan tumbuh uban.
  6. Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.
  7. Melipatgandakan pahala.
  8. Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati

Tarbiyyah anak2 menurut kacamata Islam

Juga dari email;

ASSALAMUALAIKUM…
BACALAH UNTUK MASA DEPAN KITA DAN ANAK-ANAK KITA…BEKALAN AKHIRAT…
INI BUKAN RISALAH POLITIK
TAPI MAKANAN ROHANI...

SAYA TERPANGGIL UNTUK BERKONGSI MAKANAN ROHANI INI KERANA SAYA BIMBANG DENGAN ANAK-ANAK KITA PADA HARI INI SEMAKIN HARI SEMAKIN ROSAK AKHLAKNYA. SALAH SIAPA?

JANGAN KITA MENUNDING JARI, MARI KITA MUHASABAH DIRI BERSAMA-SAMA. HAYATILAH…

=========================================================================
Tarbiyyah Anak2 Menurut Kacamata Islam

1. Manusia perlu 2 keperluan :

a) Keperluan Fizikal (Lahiriah)
• Rumah
• Kereta
• Perkahwinan
• Makanan

b) Keperluan Rohani
• Ketenangan
Kembali kepada Agama Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
• Kebahagiaan

2. Menurut Syahid Hassan Al-Bana

Tiga persoalan perlu dijawab:

• Dari Mana kita datang?
• Kenapa kita dihidupkan? Untuk Mengabdikan diri kepada Allah
• Kemana kita akan pergi?

3. Suami mengajak keluarga kembali kepada Allah. Manakala isteri mendidik anak kembali kepada syariat Allah.

4. Hari Akhirat, satu golongan manusia dibutakan. Kenapa? Semasa di dunia tidak memandang kehidupan beragama, tidak nampak kebesaran Allah dan membuat kerosakan di muka bumi Allah.

5. Ramai ibu-bapa yang menternak anak-anak (iaitu hanya memenuhi keperluan fizikal/zahiriah semata-mata tetapi tidak mendidik dengan agama).

Konsep Tarbiyyah

1. Proses Mendidik Mengasuh, membentuk mencorak mengikut al-Quran yang dibawa oleh Rasullulah melalui hadis baginda.

Rujuk Surah at Tahrim ayat 6 -
Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka


2. Perempuan itu dikahwin kerana keturunannya, hartanya, kecantikannya dan kerana agamanya tetapi pilihlah yang beragama moga-moga kamu bahagia.

3. Kisah seorang anak dianggap derhaka oleh si ayah semasa zaman Khalifah Saydina Umar :

• Carilah bakal ibu yang baik akhlaknya.
• Namakan anak dengan nama yang baik
• Ajarkan anakmu dengan membaca al-Quran
(Malangnya : anak tersebut menjadi derhaka kerana apa yang diperolehi sepanjang hidupnya jauh menyimpang dari perkara di atas)

Amalan-amalan Ketika dalam Kandungan

1. Memperbanyakkan membaca al-Quran khususnya surah Yusuf, Maryam, Luqman dan at-Taubah.
2. Sentiasa berdoa dikurniakan anak yang soleh.
3. Pastikan rezeki dari sumber yang halal.
4. Sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri dan anak dalam kandungan.
5. Suami sentiasa memberi dorongan, semangat dan belaian kasih sayang.

Setelah anak dilahirkan

1. Bersyukur atas nikmat dan kurniaan.
2. Sunat diazan dan diqamatkan.
3. Sunat menggunting rambut (ditimbang dengan nilai emas - disedekahkan kepada fakir miskin)
4. Sunat Tahnik (belah mulut) dengan kurma dan air zam-zam melalui orang yang soleh.
5. Menamakan anak dengan nama yang baik.
6. Sunat Aqiqah.
7. Khitan (bersunat)

Tahap Pendidikan

1. Anak yang baru lahir hingga ke 6 tahun digalakkan bergurau, membelai dengan penuh kasih sayang.
2. Anak 7 tahun sehingga baligh 14 tahun dididik dengan arahan, displin diberi tanggung-jawab (mungkin arahan yang sama sebanyak 200 x).
2. Umur anak 15 tahun hingga 21 tahun dibuat cara berkawan, bertukar pendapat, hormati pendapat mereka.
4. Umur 21 tahun ke atas, diberi kebebasan bertindak selagi tidak melanggar syariat.

Pendidikan Keimanan

1. Kenalkan anak dengan Kalimah Tawhid (Aqidah).
2. Kenalkan anak dengan hukum halal dan haram.
3. Menyuruh beribadah seawal 7 tahun. (Pukullah anakmu jika dia tidak menunaikan solat apabila berumur 10 tahun).
4. Mendidik mencintai Rasulullah s.a.w. dan keluarga baginda.
5. Membaca al-Quran.

Menurut : Pendidikan " Children Learn What They Live" - Dorothy Nolte

1. Jika anak dibesarkan dengan kritikan, mereka akan belajar mengecam.

2. Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, meraka akan belajar berkelahi.

3. Jika anak dibesarkan dengan rasa takut, mereka akan belajar menjadi penakut.

4. Jika anak dibesarkan dengan ejekan ke atas mereka, mereka akan belajar menjadi pemalu.

5. Jika anak dibesarkan dengan dorongan, mereka akan belajar untuk percaya kepada diri.

6. Jika anak dibesarkan dengan sikap toleransi, mereka akan belajar menjadi seorang bersabar.

Rujukan Buku Pendidikan anak-anak Jld 1 dan 2 Karangan Dr. Abdullah Nasir Alwan

BAGAIMANA?

TERLINTASKAH DI HATI ANDA UNTUK MELAKUKAN SESUATU?

JIKA SELEPAS MEMBACA RISALAH INI ANDA MASIH TIDAK MERASAI APA-APA, KETAHUILAH HATI ANDA SEDANG MENGHADAPI MASALAH. TIDAK MUSTAHIL HIDUP ANDA SEKARANG SEDANG DILANDA MUSIBAH.

FIKIR-FIKIRKAN...
WALLAHUALAM.

IIKHLAS:

ANAK PRIHATIN

Semoga Muhammad Danish Hakimi akan berjaya dunia dan akhirat,
Insya-Allah!

Yang baik itu pengajaran.....

Dari email yang SujueZ dapat;

Semoga kita semua mendapat
pengajaran & muhasabah
diri kita daripada kisah berikut….


Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1.. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah.
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam, pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma.
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai, Johor. Pada hari ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem riba. Pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak, hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.


Subhanallah, bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya?
Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki. Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman. Cuba kita tanya diri kita sendiri...

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. Alhamdulillah, moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua.


& Tolonglah jangan mengumpat

Larangan Mengumpat

Dalam pergaulan kita dengan sesama muslim bukan hanya dilarang menyebutkan kata-kata kasar atau kata yang bertujuan untuk memburukkan di hadapannya, tetapi ketika dia tidak ada pun dilarang juga.
Yang dikatakan Ghibah itu ialah mengatakan sesuatu yang tidak disukai seseorang di balik belakangnya. Misalnya kita ceritakan tentang keadaan si polan ketika dia tidak ada, yang mana kalau dia mendengarnya dia pasti akan marah.

Mengumpat hukumnya HARAM dan Allah mengatakan orang yang mengumpat itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya yang sudah mati.

Firman Allah:

Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujurat: 12)

Dari Anas ra, katanya Rasullulah SAW bersabda: Tatkala aku dimikrajkan saya berjumpa dengan satu kaum yang mempunyai kuku tembaga. Saya lihat mereka menggaru dan mencakar muka dan dada mereka. Melihat yang demikian saya bertanya:
"Siapa mereka itu wahai Jibril?"
Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang yang suka memakan daging manusia dan suka menjatuhkan harga diri orang."

Beerti mengumpat besar dosanya. Dan juga bukan hanya orang yang mengumpat yang berdosa tetapi orang yang mendengar pun turut mendapat dosa. Kalau begitu jika kita beradadi satu tempat dan di hadapan kita ada orang yang menceritakan keburukan orang lain tugas dan tanggungjawab kita adalah seperti berikut:
  • Kalau ada orang yang asyik menceritakan keburukan orang lain di hadapan kita, hendaklah kita ceritakan pula kebaikan dan kelebihan orang itu supaya dia berhenti mengumpatnya. Siapa yang sanggup berbuat demikian akan mendapat pahala yang besar.
  • Kalau tidak sanggup berbuat demikian dan tidak sanggup menegur orang yang mengumpat itu hendaklah kita tinggalkan tempat itu.
Kalau kita sudah mengumpat seseorang, hendaklah kita meminta maaf kepadanya. Kalau orangnya sudah meninggal misalnya hendaklah kita selalu mendoakannya. Atau kita bersedekah sesuatu dan pahala tersebut kita hadiahkan kepadanya. Di samping itu hendaklah kita banyak-banyak meminta ampun kepada Allah SWT.

Ha, jangan mengumpat yer...!


& Apabila pembelajaran menjadi sukar

Oleh Cik Cheong Sau Kuan, Ahli Psikologi Klinikal.

Adakah anak anda yang biasanya bijak dan cepat berkembang menghadapi kesukaran menunjukkan prestasi yang baik di sekolah? Jika ya, dia mungkin mempunyai masalah ketidakupayaan pembelajaran.

Simpton dan Jenis

1. Jenis - Ketidakupayaan Membaca (Disleksia).

Definisi
- kecacatan dalam proses pengekstrakan maksud daripada teks penulisan.

Simpton
- kesukaran mengenal atau menyebut kata-kata penulisan.
- keliru huruf (contohnya b dan d).
- perbendaharaan kata yang terhad.
- ingat sedikit sahaja daripada apa yang dibaca.

2. Jenis - Ketidakupayaan Menulis (Disgrafia)

Definisi
- kesukaran menukar idea kepada bentuk penulisan

Simpton
- mempunyai banyak kesilapan dalam penulisan.
- mempunyai bentuk dan saiz yang tidak tetap dalam penulisan.
- menunjukkan perancangan spatial yang lemah dalam penulisan.

3. Jenis - Ketidakupayaan Dalam Matematik atau Mengira (Diskalkulia)

Definisi
- kesukaran memahami nombor dan konsep matematik.

Simpton
- kesukaran melaksanakan operasi tambah dan tolak yang mudah.
- lemah menghafal fakta matematik.
- ketidakmampuan memahami istilah dan simbol aritmetik.







& Cara-cara Ibu Bapa untuk Menggalakkan Kreativiti

Di sini ada beberapa tips yang boleh kita kongsikan bersama;
  • Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi 5 deria mereka - penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan. Ibu bapa boleh merancang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.
  • Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia sekeliling tanpa gangguan.
  • Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarahi. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
  • Ransang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia anak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.
Kreatif like Kimi ya!

& Tips

Mandul

Hendaklah setiap hari makan taugeh (kacang cambah) mentah dan seminggu sekali makan rojak nenas. Insya-Allah, dalam masa 5 bulan boleh nampak hasilnya.
(dipetik dari buku Ubat-Ubatan Tradisional Melayu oleh Azahari Ibrahim dan diterbitkan oleh Darul Nu'man).

& Fadhilat membaca bismillah

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah s.w.t sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala.

Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telinga orang yang pengsan, insya-Allah dia akan segera sedar.

Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya-Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama 7 hari pada saat matahari terbit, insya-Allah lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang-orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.

Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya-Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama 7 hari. Insya-Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

& Tanaka White

Bio-Essence
TANAKA WHITE
White & firm double action essence

SujueZ DAPAT produk ni secara percuma masa kat pesta buku KL lepas. Try la guna. Kesannya agak baik pada mukaku. Chewah adalah cikit serinya dari dulu. Apapun sape2 yang nak try Tanaka White ni boleh la beli kat mana2 shoping complex ke eks!

Directions:

After toning, gently depress both pumps for a sufficient amount of both the whitening and firming essences. After thoroughly mixing both the whitening and firming essences, gently massage onto face and neck area until fully absorbed.

Marvelous Efficacies:

1. Unique double action design allows for effective whitening and firming at the same time for fair and revitalized skin.
2. Tanaka (Thanakha) extract whitens the skin from within.
3. Bio-energy fluid effectively disperses copper ions and prevents the formation og pigmentation. Skin become fairer, brighter & revitalized.
4. Bio Mineral Essence improves blood and oxygen circulation and skin metabolism for firmer, more elastic skin.
5. Licorice extract blended with natural herbs effectively lightens pigmentation and evens out dark and dull skin.
6. Firms sagging skin and reduces double chin that comes with age. Pores are minimized and skin becomes firmer and more refined.
7. With constant use, skin's youthful fairness, firmness and elasticity are restored.
(seperti yang tertulis di kotak produk Tanaka White)

& Kuah Kacang

Ini dia resepi Abah (berjaya jugak korek rahsia...),
Kuah Kacang versi jeling2 cayank!

Bahan2nya bos!

1 kg kacang tanah
2 batang serai di kisar
1 inci halia & lengkuas (ambil airnya) kisar
3 senduk gula (ikut suka u all's)
1 mangkuk air asam jawa (dibancuh cair)
20 tangkai cili kering (ambik kau kalu nak pedash)
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
garam secukup rasa

Cara2nya bos!
Er... yang ni belum dapat korek lagi dari tuan punyer resepi. Nantilah kalau SujueZ dah jeling2 cayank ngan Abah nanti, baru bole update yeks!

So, wat masa skang ni pandai2lah korang campur, darab, kali, bahagi sendiri apa2 yang patut. Yang penting korang berjaya buat ini resepi kuah kacang versi jeling2 cayank gitu.

Bye u all's!

& Habis dah baca

Akhirnya berjaya jugak SujueZ menghabiskan 4 buah novel yang tebal2 ni. Sangat best ceter2 dlm novel ni. Maklumlah baru beli kat pesta buku lepas, jadi gumbire le cikit.
Nasib baik terpilih novel yang sedap2. Sebab dah rambang mata sangat masa nak beli tu. Banyak sangat pilihan. Main ambik aje lagipun rm5 je sebuah.
Antara tajuk novel2 yang SujueZ BACA ni ialah Megalomania 2, Diari Bonda 4, Nota Luka 3 dan Alunan Rindu. Memang tip top gitu.
Sape2 yang nak pinjam boleh je. Cas 20 sen yer hahaha.

4 buah novel yang hangat!


tebal tau setiap satu macam ni ha...


habis jugak akhirnya
(dalam pada Kimi tengah demam tue...)

& Kek Doremon

Abah yang beriya2 nak beli kek doremon ni kat pasar malam port klang. Harga rm8.00. Kimi of course la suka tapi yang dia suka krimnya aje. Yang lain2 SujueZ ngan Abah je yang bantai makan hehe. Rasa dia not bad lah. Bolehlah. Kalu untuk kanak2 cam Kimi kira sesuailah coz tak manis sangat.

Apapun lain kali tak nak beli dah kek doremon. Nak cari kek shizuka pulak yer!

Kek Doremon



& Tak suka makan ubat

Aduh... susahnya nak bagi Kimi makan ubat nih. Memang demamnya dah beransur hilang tapi batuk dan selsema pulak menyerang! penin pikir kalu time nak bagi makan ubat. Kena paksa jugaklah kalau nak lekas baik.

Batuknya bukan main kuat lagi bunyi tu macam batuk kering. Dengan bunyi kahaknya lagi. Hari ni hidungnya pulak dah start berhingus. Makin buat emosi Kimi tak stabil. Nak main pun dah takde mood dah. Tido aje kerjanya. Tak sedap badan punya citer.

SujueZ harap Kimi cepat2 sembuh macam sediakala. Hepi & ceria selalu. Ya Allah, terima kasih atas segala rahmatMu. Amin...

p/s: ada 1 briter best tapi xsure sgt. nanti SujueZ gitau bile dah conform.

& Syukurnya...

Ya Allah, terima kasih di atas segala rahmatMu.
Amin,
Amin,
Amin Ya Rabbal Alamin...

Alhamdullilah, lega rasanya bila Kimi dah pulih dari demam selama 3 hari. Bimbangnya hanya Tuhan saja yang tahu.
Badannya sangat panas masa mula2 nak demam tu. Tgh2 siap nak gi klinik lepas maghrib hari jumaat lepas burrr... dia muntah. Last2 Abah gi klinik mintak ubat. Nampaknya berkesan jugaklah ubat demam tu.
Maklumlah apa yang tak risaunya, sekarang ni demam sikit pun dah boleh membawa maut. Mintak dijauhkan dan mintak dipanjangkan umur semuanya...

Dalam pada demam tu, tiba2 dia diserang batuk dan selsema. Nak boleh ke makan ubat batuk tu pulak jadi masalah. Payah sikit Kimi nak telan sebab ubat batuk tu ber'angin' semacam aje.

Apapun syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya, hari ni demam Kimi dah kebah. Cuma batuk2 sikit lagi belum hilang. Semoga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik buat Kimi.

Aksi2 Kimi sebelum kena demam...






















p/s: cepat2 ke klinik jumpa doktor sekiranya ada anak2 kita mengalami deman, batuk, selsema... cegah sebelum parah.