& Apabila pembelajaran menjadi sukar

Oleh Cik Cheong Sau Kuan, Ahli Psikologi Klinikal.

Adakah anak anda yang biasanya bijak dan cepat berkembang menghadapi kesukaran menunjukkan prestasi yang baik di sekolah? Jika ya, dia mungkin mempunyai masalah ketidakupayaan pembelajaran.

Simpton dan Jenis

1. Jenis - Ketidakupayaan Membaca (Disleksia).

Definisi
- kecacatan dalam proses pengekstrakan maksud daripada teks penulisan.

Simpton
- kesukaran mengenal atau menyebut kata-kata penulisan.
- keliru huruf (contohnya b dan d).
- perbendaharaan kata yang terhad.
- ingat sedikit sahaja daripada apa yang dibaca.

2. Jenis - Ketidakupayaan Menulis (Disgrafia)

Definisi
- kesukaran menukar idea kepada bentuk penulisan

Simpton
- mempunyai banyak kesilapan dalam penulisan.
- mempunyai bentuk dan saiz yang tidak tetap dalam penulisan.
- menunjukkan perancangan spatial yang lemah dalam penulisan.

3. Jenis - Ketidakupayaan Dalam Matematik atau Mengira (Diskalkulia)

Definisi
- kesukaran memahami nombor dan konsep matematik.

Simpton
- kesukaran melaksanakan operasi tambah dan tolak yang mudah.
- lemah menghafal fakta matematik.
- ketidakmampuan memahami istilah dan simbol aritmetik.







No comments:

Post a Comment