&Lcct


Ni cerita lama dah sebenarnya. Kimi pertama kali SujueZ balik Terengganu naik AirAsia. Tanpa Abah disisi huhu. Bukan saja2 gatal nak naik lah. Masa ni SujueZ ada temuduga kat Terengganu so terpaksa berkejar balik ngan flight. Terpaksalah kan Kimi. Masa ni jugak Kimi baru boleh berjalan. Tengok tu sampai ternganga mulut dia tengok orang ramai sangat kat terminal.
Yang kelakarnya masa nak nak check in tu Kimi telah membuatkan Abah sedikit sedeyyy hehehe. SujueZ RASA semacam gak time tu. Padahal bukannyer nak gi Amerika ker mana kan. Maybe sebelum ni Kimi tak pernah berpisah ngan Abah. Betul tak bah? Dont worry, Kimi. You're not alone!

&Rumah Idaman


Cantiknyerrr rumah2 ni yer. SujueZ pun berangan jugak nak ada rumah macam ni. Entah bilalah yer dapat. InsyaAllah suatu hari nanti. Tak salah membina impian kan...

&Marshmallow

Inilah Marsmallow...

Kalau sape2 nak tahu mengenai Marshmallow, SujueZ ada sedikit info pasal benda ni.

Marshmallow adalah makanan ringan yang mempunyai tekstur seperti buih yang lembut dalam pelbagai bentuk, aroma dan warna. Marshmallow akan cair di dalam mulut kerana merupakan hasil dari campuran gula atau sirap jagung, putih telur, gelatin, gam arab, dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.

Resepi tradisional marshmallow tidak menggunakan gelatin, melainkan sari akar tanaman HERBA marshmallow (Althea officinalis), sehingga makanan ini disebut marshmallow. Setelah Alex Doumak mempatenkan proses penghasilan pada tahun 1948, marshmallow mula dibuat di kilang dengan mesin. Hasilnya berupa marshmallow berbentuk silinder yang dipotong-potong dan digulingkan dalam campuran tepung jagung dan gula halus.

Marshmallow disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa yang boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan ke dalam minuman (coklat susu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.

Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah dipanggang di atas api unggun. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikit mencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus.

Ok puas hati tak? Tapi kita lihat ada juga Marshmallow yang Perlu Diwaspadai...

Kehalalan Marshmallow

Bagaimana dengan kehalalan Marshmallow?
Melihat gelatin sebagai bahan bekunya, maka kehalalan Marshmallow sangat perlu diwaspadai. Gelatin merupakan bahan yang dihasilkan dari sumber haiwan, baik dari lembu, khinzir, mahupun ikan.

Jika gelatin berasal dari khinzir maka sudah jelas statusnya menjadi haram. Akan tetapi meskipun berasal dari lembu (sapi), cara penyembelihannya perlu diketahui untuk memastikan kehalalannya. Kewaspadaan terhadap produk Marshmallow ini semakin perlu dipertingkatkan kerana pada kenyataannya, produk Marshmallow yang berada di pasaran masih merupakan produk import. Jenis gelatin yang digunakan jarang dinyatakan secara jelas. Sementara itu, penggunaan gelatin ikan pada produk Marshmallow masih sangat terbatas.

Ada beberapa produk Marshmallow untuk vegetarian yang menggunakan gelatin ikan atau dibuat secara tradisional menggunakan bahan beku akar Marshmallow. Akan tetapi sayangnya produk-produk vegetarian tersebut sangat mahal.

Dari sini dapat dilihat secara jelas bahawa produk Marshmallow merupakan produk yang sangat rawan kehalalannya. Sebagai konsumer Muslim yang kritis, suatu produk yang meragukan hendaknya ditinggalkan. Meski bentuk, warna, aroma, dan penampilan Marshmallow begitu menggoda, jika kepastian kehalalannya tidak dapat ditemukan maka satu-satunya pilihan adalah meninggalkannya(tidak membelinya).


p/s: Tepuk dada, tanya selera

&Hadiah Kimi

Hai baik hati betul ayahanda Kimi. Abah belikan Kimi something. Nak tau tak apa dia. Taraaa this is 4 you my dear!

Sesuai ker hadiah teddy bear kat Kimi. Budak lelaki yang dah berumur 2 tahun?
Ok ker? Tapi Abah kata no problemo! That means its ok? Kimi ok aje, memanglah dia suka sangat. Meh sini tengok aksi dia...


Oklah peace Abah!

&Secret Recipe


Happy weekend! Hari ni SujueZ BERMURAH HATI belanja Abah dan Kimi kat Secret Recipe. Sekadar menyambut besday Kimi yang ke-2 tahun. Makan2 ajelah kerjanye yer. Makan sampai gemuk. Lepas tu sibuk nak kuruskan badan.
Tadi Abah order 3 slices of cake (mentang2lah SujueZ BELANJA kan!). Kuat betul Abah makan kek hari ni. Kena kencing manis baru tahu...

Kek coklat(nama betul tak tau)

Kek manggo

And 1 more, kek apa entah lupa lak

Lepas tu order lagi nasi dan chocolate ice blended

Hmmm nyamannya!

Baru jer stat nak makan Kimi pulak buat hal jeng jeng jeng! Apa dia? Takpelah tak payah bagitau lah yer. Yang pasti kami makan dengan kenyang walaupun ada benda yang memualkan hahaha. Apapun akhirnya SujueZ bawa balik satu kek sebab dah tak larat nak makan. Manis sangat dah rasa tekak ni.
Alhamdullilah, terima kasih Tuhan di atas segala rezeki yang Engkau berikan. Syukur.

&Guru oh Guru

Teringat kat cikgu2 tersayang masa kat SMK Manir dulu. SujueZ dulu nakal gak tapi study ok lah. Pernah kena rotan kat tangan masa tak pass add math, pastu kena cubit ngan cikgu subjek sejarah macam2 lah. Tapi itu semua kenangan yang sangat indah dalam hidup ni.
Mari kita renung2kan artikel di bawah. Semoga ia dapat mengenang kembali kepada guru2 yang pernah mengajar kita...

Guru diberi kedudukan istimewa di sisi agama.
Oleh Aminuddin Mansor


Profesyen keguruan masih diminati dan dipandang mulia masyarakat. Sebut saja pekerjaan sebagai guru, masyarakat akan memandang tinggi dan menghargai jasa yang disumbangkan mereka.

Semua manusia sama ada berjaya atau tidak mempunyai guru. Tugas utama guru ialah mengajar. Menurut pandangan Islam, orang yang menjadi guru diberi kelebihan berganda oleh Allah SWT.

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa orang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan pekerjaan mengajar itu terpuji".

Disebutkan dalam riwayat iaitu setelah Rasullulah SAW menghantar Mu'az bin Jabal menjadi guru di Yaman, Baginda berpesan kepadanya yang bermaksud: "Jika Allah memberi hidayah hingga kamu dapat memberi pelajaran kepada seseorang, yang demikian lebih baik bagimu daripada memiliki dunia beserta sekalian yang ada di dalamnya".

Selanjutnya, Nabi Isa pernah bersabda yang maksudnya: "Barang siapa berilmu kemudian diamalkannya, barulah dia disebut pembesar kerajaan langit. Bahawa Allah dan para malaikat beserta ahli-ahli langit dan bumi, sehingga semut di sarangnya dan ikan di lautan, mengucapkan selawat kepada guru yang mengajar ilmu pengetahuan".

Begitulah tingginya martabat dan darjat guru di sisi Allah SWT. Hakikatnya, guru menjadi pengganti ibu bapa murid dan paling utama menjadi contoh kepada muridnya. Oleh itu, setiap guru mestilah mempunyai akhlak yang baik, sahsiah tinggi serta berbudi pekerti mulia.

Guru yang baik juga mestilah berbudi bahasa, mesra dan mudah didampingi, suka bercakap di dalam perjumpaan dan sentiasa menyukai kanak-kanak.

Justeru, mengenai kebaikan mengajar ilmu, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: " Wahai Abu Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari kitabullah lebih baik bagimu daripada sembahyang (sunat) seratus rakaat dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik daripada sembahyang seribu rakaat". (Hadis riwayat Ibu Majah).

Sementara itu, dalam hadis lain Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: " Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah cara mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengajarkannya kepada orang tidak mengetahui adalah sedekah. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat." (Hadis riwayat ar Rabii).

Kalimat 'guru' berasal daripada bahasa Sanskrit membawa erti pemimpin jiwa, pendidik rohani dan jasmani. Tingkat yang paling tinggi digelar 'Maha Guru' manakala puncaknya dikenali sebagai 'Betara Guru'.

Peribahasa Arab menyatakan, "Walaupun satu kalimat yang diajarnya, dialah gurumu. Guru pembina budaya ilmu. Guru dan masyarakat asas kemajuan pendidikan. Guru juga pembentuk generasi akan datang."

Sementara itu, Dr Hamka menjelaskan, guru mengaji, guru sekolah atau guru yang hanya sekali kita temui, tetapi beroleh pelajaran daripadanya semuanya adalah jasa yang tidak dapat dibalas dengan harta benda. Jika ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu antaranya adalah pekerjaan guru.

Begitulah tinggi dan murninya guru kepada kehidupan manusia di dunia dan keberkatan di akhirat. Guru yang baik akan sentiasa memberikan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya tidak megira masa dan tempat.

Dr Hamka menyatakan, bukankah guru boleh diumpamakan seperti pahlawan yang tidak terkenal? Bukankah pahlawan tanah air, negarawan, pengarang, ahli pidato, orang penting atau berjawatan tinggi, dulunya pernah belajar di bangku sekolah dari serendah-rendahnya hingga setinggi-tingginya?

Kadang-kala guru itu masih mengajar di sana, masih duduk berbaris di bangku, sedangkan bekas muridnya 20 tahun dulu sudah menjadi menteri dan presiden.

Begitulah, mulianya tugas guru di sisi Allah. Oleh itu, guru memerlukan sikap kehidupan seperti sifat zuhud, mendidik kerana mencari keredhaan Allah. Guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan dirinya. Guru sebagai ibu bapa ketika menghadapi setiap muridnya serta memahami tabiat muridnya.

&Petua di jalan raya


Adakah anda mengantuk apabila memandu kereta? Lebih2 lagi jika anda mahu memandu perjalanan jauh?
Biasalah SujueZ NAK BERKONGSI petua memandu kereta di jalan raya untuk panduan semua.
Ok, sebelum memulakan perjalanan eloklah;

1) Pemandu membaca Ayat Qursi 3 kali sebelum kenderaan mula bergerak. Pastikan suasana di dalam kenderaan senyap daripada sebarang suara atau bunyi ketika membaca ayat-ayat ini.

2) Kemudian bacalah ayat
"Bismillahilladzi laa yadhuru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fis sama' wahuwas sami'ul 'alimm", 1 kali.

3) Kemudian bacalah ayat
"Hasbunallahu wa ni'mal wakill wala hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'adzim", 1 kali.

4) Kemudian berdoalah:
"Ya Allah, peliharakanlah perjalananku (dan ahli keluargaku) ini daripada segala musibah, baik pada diriku mahupun pada kenderaanku ini. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemelihara."

5) Barulah masuk gear pertama dan mulakanlah perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi. InsyaALLAH.

Mudah2an kita berada di dalam lindungan-Nya. Amin.

&Takwim Hijriah

SujueZ ada terbaca sedikit info di internet iaitu mengenai bulan2 di dalam Takwim Hijriah (bulan2 Islam). Jadi SujueZ ingin kita berkongsi sama2 mengenainnya. Semoga ia memberi manfaat dan pengetahuan kepada kita semua. InsyaAllah.

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakkannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakkan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut.Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

1. Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram)

Mengambil dari perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah S.A.W meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2) Safar

Bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3) Rabiul Awal

Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4) Rabiul Akhir (atau Rabiul Thani)

Bulan kedua musim bunga

5) Jamadil Awal

Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6) Jamadil Akhir (atau Jamadil Thani)

Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7) Rejab

Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dibormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8) Syaaban

Terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah atau menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9) Ramadhan

Diambil dari perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10) Syawal

Diambil dari perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11) Zulkaedah

Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakkan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan haji.

12) Zulhijjah

Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Dari semua bulan, Ramadhan yang paling dianggap mulia. Muslim akan berpuasa dari fajar hingga senja sepanjang bulan.

&Happy Birthday, Kimi!

Allah selamatkan kamu...

Dah beso yer...


Kimi & Abah

Kimi & Umi (SujueZ)

Hari ni genap 2 tahun usia Kimi. Tak sempat nak beli kek. Apapun semoga
Muhammad Danish Hakimi b. Mohd Yusoff
akan membesar dengan sihat dan bijak, murah rezeki serta dipanjangkan umur.
Amin...

&sama ker?

SujueZ ada terima sms pada pukul 4.22pm tadi. Dari seorang kawan baik. Dia kata;
"Muka k.ju n abe ni mmg ada iras la!"
Err betul ker?!
Ada siapa2 yang nak komen. Sila2kanlah...

&takkan ku lupa

Wajah kesayanganku

Khas untuk Kimi tersayang...
Umi (SujueZ) takkan pernah lupa akan wajah2 manis dan cute Kimi kini dan selamanya. Sempena hari lahir yang ke-2 tahun esok, Umi ucapkan;
SELAMAT HARI LAHIR, Kimi sayang!
Semoga anak Umi berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Amin...

&Jusco Bukit Tinggi



Wahhh memang besar dan luas sangatlah kat sini. Sampai penat kaki ni ronda2. Banyak sangat kedai. Kimi mula2 tu sukalah sangat.
Ni masa tunggu Abah parking kereta...

Umi, Kimi nak rehat jap

Aduiii, sakit kaki Kimi bah...



Alahai anak umi

Nampak macam sedap je kan hidangan ni kan. RM5.90++

Murah kot

&peminat komik

Koleksi...

Percaya tak hobi baru SujueZ ialah baca komik? (berjangkit dari Abah sebenarnya). Sekarang ni dah makin bertambah koleksi komik keluaran Gempak Starz dalam simpanan kami (SujueZ & Abah). Ada yang Abah beli dan ada jugak SujueZ yang beli. Tapi kebanyakkannya Abah lah yang sponsor hehehe.
Bukan apa seronok jugak sekali sekala baca komik ni. Tension pun boleh hilang. Sekadar hobi tambahan.
Komik2 yang menjadi koleksi ialah:

1) 24 Warna - CHIBA Kozue
2) Puteri Biasa - Fujisawa Shizuki
3) Puteri dan Cinderella - Natsuna Kawase
4) Aku tak nak kau la! - Sugiyama Miwako
5) Zaman Gadis - Natsuna Kawase
6) Nakalnya Setan Cinta - Nakahara An
7) IBU Robotku Sayang - Wang Xiao Yang
8) Cinta di Burger Time - JINNA MAI
9) Putera di Balik Tabir - SAKURAKOUJI Kanoko
10) Erti Kedewasaan - WASHIO MIE

Yang terbaru (yakni yang baru dibeli Ahad lepas ialah Aku Tak Nak Kau La! dekat kedai buku POPULAR, Jusco Bukit Tinggi, Klang. Best jugak. Masa tu ada promosi potongan harga 25% untuk ahli. Apa lagi tak pikir lama terus capai satu. Puas hati!
Selain itu SujueZ & Abah ada lagi koleksi komik sains Ikhtiar Hidup yang mana sesuai dibaca oleh kanak2 (tapi kami sibuk nak baca jugak!). Banyak pengetahuan yang boleh kita perolehi dari komik sains ni. Memang sesuai sangat untuk pelajar2 peringkat rendah dan menengah sebab banyak sangat pengetahuan sains yang mungkin kita tidak tahu.
Antaranya ialah...


1) Ikhtiar Hidup di Glasier - Choi Duk-Hee & Kang Gyung-Hyo
2) Ikhtiar Hidup di Pulau Tandus - Choi Duk-Hee & Kang Gyung-Hyo
3) Okhtiar Hidup di SIBERIA - Hong Jae-Cheol, Oh Hyun & Jeong Jun-Gyu
4) Ikhtiar Hidup di Gurun - Choi Duk-Hee & Kang Gyung-Hyo
5) Ikhtiar Hidup di Hutan Amazon - Choi Duk-Hee & Kang Gyung-Hyo

Takpe rasanya tak rugi pun beli. InsyaAllah, komik2 ini nanti bolehlah Kimi pulak membacanya. Dan sapa2 pun boleh baca.
Selamat Membaca!

&Aduhh letihnya

Sejak kebelakangan ini SujueZ SELALU rasa sakit2 badan. Lenguh2. Macam ada penyakit. Macam orang sakit. Rasanya ini tentu kesan pindah rumah yang berakhir hari Sabtu lepas. Banyak benda kena buat. Agaknya ketahanan fizikal badan SujueZ dah hilang sebanyak 15% peratus kot. Betul ker? Tak taulah. Kadang2 kepala ni pening macam nak pitam. Lebih2 lagi kalau tidur lewat (tidur lepas pukul 12 tengah malam). Mulalah esok pening tak tentu fasal.
SujueZ nak try semak sikit apakah punca atau penyebab hal sakit2, pening2 dan lenguh2 badan ni berlaku ke atas diri SujueZ...

1) Kurang tidur - Ya (bila dah habis kemas satu bilik dalam rumah pastu sibuk pulak nak cek email lah, facebook, blog dan macam2 lagi lah)

2) Pemakanan yang salah - Tidak (bab makan ni SujueZ TIADA masalah kata orang - batu & kayu aje)

3) Tertekan - Kadang2 ya / Kadang2 tak (bergantung pada situasi dan masalah yang dihadapi itu kalau ada. Alhamdullilah setakat ni ok2 aje. Masih boleh dikawal InsyaAllah)

4) Kurang bersenam - Tepat sekali (kalau dulu lah. Sekarang ni naik tanggan turun tangga adalah satu kewajipan memandangkan rumah SujueZ di TINGKAT 3)

5) Kurang vitamin tambahan - Ya (sebenarnya tak pernah ambil pun kalau tak perlu. Cuma masa mengandung dulu satu kemestian la pula ya)

Jadi untuk mengatasi punca2 keletihan seperti di atas, maka ikuti pula senarai semak cara2 mengatasi masalah keletihan SujueZ.

- PASTIKAN jangan tidur lewat sangat
- makan makanan yang berkhasiat (berpada2 sikit sebab berat badan dah makin naik ke angka 56kg!)
-lakukan hobi yang kita suka untuk menghilangkan tekanan
-err bersenam (rasanya ok)
-pengambilan vitamin (mungkin ya, mungkin tidak)

Selesai.
p/s: Pastikan tubuh anda terhindar dari keletihan dan sekiranya anda mengalami kelesuan, pening atau muka pucat mungkin perlu jumpa Doktor secepatnya okey! (dikhuatiri akan membawa kepada khabar gembira).

&Darah O

Siapakah di antara anda yang mempunyai darah jenis O? Untuk pengetahuan, SujueZ memiliki darah jenis ini. Baiklah, sekiranya anda berdarah O, apa kata kita lihat beberapa tips atau cara diet yang sesuai bagi kategori darah jenis O. Mari kita kongsi bersama.

Menu yang disyorkan untuk;

1) Sarapan - dua keping roti bakar yang disapu sedikit mentega dan sebiji buah pisang

2) Minum pagi - teh herba

3) Makan tengah hari - sepotong daging panggang, salad bayam dan sebiji epal

4) Minum petang - sepotong kuih dan segelas air putih

5) Makan malam - sepotong daging dan asparagus yang direbus, kentang rebus, sebiji buah oren dan teh herba

Sekarang kita lihat pula ciri-ciri golongan Berdarah O

1) Orang yang berdarah jenis O ini rupa2nya mempunyai sistem kekebalan tubuh yang tinggi berbanding jenis darah lain (ooo baru tahu!)

2) Selain itu mereka ini mudah beradaptasi dengan pelbagai jenis makanan (kira semua jenis makanan boleh bedal la ek?)

3) Tetapi mereka juga sangat perlu bersenam aerobik untuk mengatasi tekanan (ahh tertekannya nak bersenam!)

4) Mereka juga disarankan untuk ambil makanan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat

5) Jangan lupa elakkan makan makanan yang tidak sesuai (badan tak boleh terima)

p/s: Menurut Dr. Peter J. D'Adamo di dalam bukunya menyatakan orang yang berdarah O dahulunya adalah di antara golongan pemburu yang suka makan daging hasil buruan sebab itu kena buat senaman aerobik yang gerakannya sama macam pemburu di dalam hutan.

&muka manis

Dari Jabir bin Abdullah R.A katanya, Rasullulah S.A.W bersabda,
"Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah.
Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa)
bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka
yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau
tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya."
Ahmad.

Oleh itu kepada kawan2 SujueZ sekalian, dari sini dapatlah kita simpulkan
bahawa biarlah muka kita manis sebagai modal solekan utama kita sebagai
seorang wanita muslim masa kini.
Rasanya dengan solekan yang nipis disertai dengan senyuman yang seimbang
ia adalah lambang kecantikan semualajadi yang diinginkan oleh semua orang.
Akhlak adalah kecantikan sebenar yang ditonjolkan dengan wajah yang biasa
tidak ditampal dengan kepura-puraan.
Betul atau tidak kawan2ku?

Muka manis

&korban


Oh ya raya haji tahun lepas SujueZ ada buat korban (lembu). So pagi lepas sembahyang raya SujueZ, TOKMA, Abah dan Kimi pun bergegas la ke tempat korban tu dibuat. Memang lama jugaklah menunggu ahli2 lain yang turut sama join ibadah korban ni. Lepas tu setiap ahli yang sertai ibadah korban ni perlu berniat di depan binatang yang akan dikorbankan (disembelih). Kalau ikutkan kena pegang tali binantang yang diikat kemas kat pokok tu tapi ramai yang tak berani sebab binatang (lembu) korban tu nampak macam tak senang duduk dah. Jadi niat dengan bertentang (mata) dengan binatang tersebut. Lebih kurang macam tulah. Pertama kali buat korban...

&kb mall


&cikya kawen


Gambar2 di atas adalah sempena perkahwinan kakak kepada kakak kepada semua adik2 kakok yang telah kahwin ok. Jadi untuk pengetahuan yang berkenaan yang bakal baca entri ini pada esok hari aku membaca diharap kena tahulah bahawa gambar2 di atas diambil secara tidak sengaja atau pun disengajakan yakni candid camera! Oleh sebab itulah gambar2 tersebut tertunggang terbalik pung ikut pandai deme lah tukang ambik gambar punyer kerje lah ni yek.
Kalu kita dapat lihat ye adikk kakok, gambar yang kat tengah tu mungkinlah tok dalang nak berbalas pantun yer.
Kita dapat lihat juga suasana adegan masak memasak pulut kuning yer, tengok tu betapa kuningnye pulut tu adik kakok.
Ada gambar tangan orang yang sedang potong ikan kering tu (rasanyer itu tangan OJ). Pastu ada gambar telur yer yang bakal dibuat telur merah dan di beri kepada tetamu yang datang...
Yang tengok gambor ni pulak janganlah berasa susah hati sebab ada gambar yang hanya nampok sebelah hidung saja lagi sebelah di luar gambar nak wat guane) diharap bersabor sajelah yer.


Gambar yang kedua ini pun begitu jua hendaknya. Nak wat lagu mana muka lawo tapi nampok sebelah saja (dari sisi) mungkin tukang ambik gambar tu pakai kontek lens jadi pada penglihatan dia pada jarak dekat mungkin kurang memuaskan. Jangan bimbang adik kakok ada lagi gambar yang bakal mengejutkan kita akan menyusul esok hari sajalah yer kita sambung...
Baiklah, tak payah tunggu esok mari sini SujueZ update selalu gambar yang paling best.


Tengok baik2 yer adik kakok. Puas hati dok lagi? Rasanyer cameraman yang ini dikira ok lah kan. Sekarang kita buleh lihat ramai pengantin yang dah basi yer. Yang lain duduk kat kerusi rajay pengantin tu boleh lah dikira expired atau pun sudah digunakan.
Untuk melihat pengantin yang sebenar sila layangkan penglihatan anda ke arah gambar yang berada di tengah. Yang ini baru asli.
Antara rupabentuk hantaran pengantin

Uniknya pulut kuning...

Diharap yang berkenaan berpuas hati lah di atas cenderamata yang tak seberapa ini. Di lain masa bertemu lagi. Wasallam.

&jp 2007


Tu dia...

Sweet sangat!
Aloha, phewitt... Amboi masing-masing control ayu yer. Ciku cakkk! Rindunyer kat kamu orang semua. Bilalah dapat jumpa lagi ek.
p/s: so sape2 yang terasa gambar dia takde dalam ini gambar sori manyak2 ek. Mesti gambar tu sesat merata2 dalam tong sampah ke. Nanti la SujueZ CARI balik yer. Ahakss

&umi sayang Kimi

Umi & Kimi cayang

Kimi sayang, umi harap Kimi jadi anak yang baik yer...
I LOVE U!

&alahai Tokma

Memori Kimi bersama tokma tersayang

&zaman kecik

Muhammad Danish Hakimi...
Akhirnya dah hampir dua tahun umurnya. SujueZ sangat gembira dengan perkembangan Kimi. Dari kecil hinggalah ke hari ini SujueZ tak putus2 mendoakan Kimi agar menjadi seorang anak yang soleh, InsyaAllah. Hati seorang ibu...

Tengoklah aksi2 lucu Kimi ni. Gambar yang kat tengah tu ialah masa Kimi tengah ehem ehem. Kelakar kamu ni Kimi...

&jalan2

Masa kimi dah start boleh jalan, SujueZ dan Abah bawa dia pergi taman tasik Permaisuri. Bukan main suka lagi Kimi. Berjalan ke sana ke mari. Tak nak dah orang pegang tangan dia. Mentang2 dah dapat kaki eksyen la hehe.

Pastu suka la posing dengan senyumannya yang sangatlah cute dan manis(tak tau la dah besar nanti dah tak manis lagi kot). Tersengih je kerja dia. Apapun masa ni Kimi la paling seronok.

&bak mutiara

Lihatlah gigiku



Tak lupa juga berus gigi saya!
Bangun pagi gosok gigi la la la... seronok sangat tengok gigi kimi yang putih melepak bak mutiara hehe. Nak kata gosok gigi tiap hari tu takdelah tapi setiapkali lepas makan (tak kira makan nasi ke coklat ke) dia mesti minum air putih. Mungkin ini dapat elakkan dia dari dapat gigi buruk (rongak) kot. Takpelah kimi yang penting jaga gigi tu biar bertahan dan tak buruk yer. Chayokk...

&r.a.m

Ini dia Ramlee Awang Murshid. SujueZ suka sangat novel2 dia. Rasanya dah cukup koleksi kot. Minat sangat dengan citer2 dia yang memukau perasaan tu. Ada dua gambar yang sempat di snap masa Pesta Buku Antarabangsa tahun lepas(baru nak tunjuk hehe).
Ramlee Awang Murshid

Oleh kerana bukan senang nak jumpa penulis yang SujueZ minat ni, makanya peluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin. Lagi sesi bergambar.
SujueZ & R.A.M

Wah tercapai cita2 nak jumpa penulis terkenal ni. Thanks yer Encik Ramlee! Yang terbaru novel 9 Nyawa SujueZ dah abis baca (sangat puas hati). So terus nantikan karya terbaru R.A.M.

&reunion 09'

Wah rindunyer kat korang. Bila lagi dapat jumpa yer. Masa ni sempat jumpa kak da, lia dan han aje. Tu pun sebab nak celebrate besday kimi dan lia (yang dah lepas hehe). Zaza pulak tak dapat datang. Buat kat KFC, The Mines. Pas tu sempat lagi naik cruise kat situ. Nak ambik gambar punya pasal. Last2 gambar pun tak berapa nak jadik hehe.
Ini yang paling cute gambar kitaorang bertiga...

Masing2 nak bergambar berdua-duaan
SujueZ & cIK Alia

SujueZ & cIK aZIzah (kak da)

Abah & Kimi (besday boy)

Mana plak gambar si han ni, sori tak jumpa ar. Nanti SujueZ cari ek. Han jangan ko terasa lak (huhu). Keep in touch!