& Lagi2 past pood

Geram betul lah sekali-sekala boleh lah layan McD ker, KFC ke... Tak elok selalu sangat nih. Eh eh bukan SujueZ lah, kita mana ada duit makan benda mahal2 nih. Lepas tu tak elok sangat untuk kesihatan. Lebih2 lagi untuk kanak2 yang sedang membesar. Tapi hari tu Abah terlajak bawa Kimi makan kat McD (tanpa SujueZ, hanya ber-2 dengan Kimi)... Sedih rasa hati ini ewahhh. Tapi lain kali memang nak boikot past pood nih tak elok lah amalkan selalu yer haa dengar nasihat SujueZ ni.
Tengok tuh Kimi (jelesnyer!)
Makan pandang kiri kanan tak ajak orang pun huhuhu
Ke hadapan Abah yang dicintai,
Diharap lain kali jangan lupa ajak Umi kalau nak pergi makan kat mana2 yer. Kecuali past pood. Kalau kat restoran 2 atau 3 bintang sila jemput Umi sekali yer. Sayang Abah, Sayang Kimi.
Yang saling sayang menyayangi,
Umi aka SujueZ

& Main lagi

Biasalah SujueZ memang suka kalau keluarkan entri pasal Kimi. Muganyer takde menda nak buat kan. Dari dok saja2 tu baik buat perkara2 yang elok kan. Ini cerita petang Jumaat lepas, Abah bawa Kimi pergi padang. Dan inilah hasilnya...
Kimi dan aktivitinya di waktu petang
Semoga Kimi sihat tubuh badan yer, syukur alhamdullilah...

& Cuti lagi

Oleh kerana hari ni cuti lagi. Maka SujueZ N the gang pun ukur jari kaki ni kat tempat yang orang suka pergi iaitu shopping complex Jusco. Ntah aper2 kan.
Bukan ada benda penting pun kat sana.
Bukan ada benda penting pun nak beli kat sana.
Bukan ada benda penting pun nak buat kat sana.
Bukan ada benda penting pun nak jumpa siapa2 kat sana.
Cumanyer saja suka2 jalan kaki sampai letih. Konon2 nak turunkan beberapa kilo lemak dalam badan ni haaa. Nasib baik Encik ber-2 tu ok tak meragam (Abah meragam gak ker) takdelah semuanya selamat dan sihat walafiat. Amin. Itulah cuti punya pasal takde tempat lain ker nak pergi kan. Apapun yang gembiranyer tentulah Mat Kimi (dibedayan) ni. Suka sangat dapat naik kuda betina yang ada lagu. Hai kuda jantan yang kaler hitam (sebelah kuda betina) tak nak pulak dia naik.
Aksi Kimi dan kuda ...

Lepas tu naik pulak teksi kaler kuning (sebab si kuda tut dah kehabisan syiling) tunggu Abah korek tabung jumpa 50 sen buat Kimi naik teksi kaler kuning. Untuk anak Abah ngan Umi SujueZ takde hal punya. Biar Abah balik sambil jalan kaki tolak troli kat keter parking aje bole lah, tak gitu bah...
Kimi naik teksi kuning
Takpelah yang penting Kimi bahagia dan gembira sokmo! Yang Abah pulak pergi serang gerai jualan orang kampung/usahawan kecil yang buat pameran kat situ. Bukan main lagi beli-belah yer. Otak2 dia best jugak jadi sebab sedap sangat sampai habis kita orang makan jadinyer tak sempat jugak nak ambik gambar buat contoh hehehe. Tak pasti pulak promosi sampai bila sebab tak tanya atau lupa lah. Ohhh bab makan ni Kimi pun suka jugalah.
Apa yang penting Kimi sukaaa!!!


Sebelum


Selepas

Pelik tengok muka SujueZ (dah tak cun la).
MasyaAllah, kecantikan itu anugerah Allah S.W.T. Amin.

& Salam

Assalamualaikum semuaaa...
Rasanya belum terlewat lagi SujueZ nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H/2010. Sama2 lah kita mengenang Rasullulah S.A.W dan perjuangannya. Semoga kita mendapat iktibar, panduan dan insaf dengan diri kita.
Allah melihat apa sahaja yang kita buat pada setiap masa di mana sahaja kita berada. Jangan memandang remeh perkara2 yang kita anggap kecil. Boleh jadi di sisi Allah ia amat besar nilainya.
Amalan yang kita anggap kecil kadang2 boleh memasukkan kita ke syurga. Manakala amalan jahat yang kecil juga boleh memasukkan kita ke dalam neraka.

p/s: Sama2 kita renungkan yer...

& Bapa komputer

Charles Babbage

Charles Babbage (1792-1871) digelar sebagai 'Bapa Komputer'.

& Nebula

Nebula

Nebula ialah awan besar yang terdiri daripada gas hidrogen dan debu di angkasa.

& 7 kalimat

Barang siapa yang hafal 7 kalimat ini dan sentiasa mengamalkannya, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilaut.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap2 hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap2 selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ila ha illallah, Muhammad dur Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa.

& Tips cantekkk

Tips untuk mendapatkan wajah yang tenang dan menarik.

  • Untuk mendapatkan bibir yang menawan, bercakaplah dengan kata2 kebaikan.
  • Untuk mendapatkan mata yang bercahaya, lihatlah kebaikan pada orang lain.
  • Untuk mendapatkan susuk tubuh menarik, berkongsilah makanan dengan orang yang lapar.
  • Untuk mendapatkan gaya yang anggun, berjalanlah dengan ilmu di dada.

Manusia mahu dihargai, hargailah mereka dan elakkan dari menghina dan menjatuhkan orang lain.

Percayalah, satu tangan anda adalah untuk membantu orang lain dan satu lagi untuk anda bantu diri anda sendiri.

& Kereta Idaman

Lawonyerrr keter nih!



Alangkah sukenyer hati kalu dapat yerrr

& Pantun la pulak!

Haaa sambil dok saje2 tu kan tetiba jer SujueZ dapat idea reka pantun cinta. Ala biasa jer (sambil pikir buang tebiat ke aku ni?). Jom kita baca sama2 (baca dalam hati dah ler...)

Burung pungguk berdodoi merdu,
Sayang-sayang buah kepayang,
Tasbih cinta di ufuk rindu,
Bila rindu terasa sayang.

Bila rindu terasa sayang,
Hati yang suram kembali ceria,
Hanya padamu aku berteman,
Membuatkan diriku sangat bahagia.

Oh sayang pengarang jantungku,
Aku sangat cinta padamu,
Tolonglah jangan tinggalkan aku,
Hidupku tak bermakna tanpa adanya kamu.

Hidupku tak bermakna tanpa dirimu,
Pabila engkau berjauhan dariku,
Kirimkan daku seluruh rindumu,
Agar diriku bermaya selalu.

Bunga melur harum baunya,
Mekar di taman indah mewangi,
Cinta yang luhur umpama bunga,
Kasih mengharum sayang berseri.

Angin bertiup daun melambai,
Mungkinkah hujan akan menimpa,
Hanya kasihmu selalu kudamba,
Biarpun luka bertimpa-timpa.

Di tepi pantai ombak menderu,
Aku mengejar engkau berlari,
Dari jauh ku pandang sayu,
Dari mata jatuh ke hati.

p/s: hehehe mengarut ker???

& Sekilas

Seawise Giant

Kapal tangki yang terbesar di dunia ialah Seawise Giant iaitu sepanjang 485.45 meter atau lebih panjang daripada 19 gelanggang tenis yang dicantumkan dari hujung ke hujung. Namun, kapal ini telah rosak teruk akibat diserang oleh jet pejuang Iraq pada 4 Mei 1988.

Tokyo-Yokohama

Terdapat 13 kota yang mempunyai penduduk melebihi 10 juta di dunia. Tujuh daripadanya adalah bandar raya di Asia. Kota yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai ialah Tokyo-Yokohama di Jepun, yakni hampir 30 juta.

Blue Whale

Ikan paus biru (blue whale) merupakan binatang yang terbesar dan terberat di dunia. Panjangnya menjangkau 30 meter dan seberat 190 tan yakni sama berat dengan 52 buah bas. Ia tidak mempunyai gigi dan menelan 1,000 kilogram makanan sekaligus.

Jantung

Jantung anda yang sebesar penumbuk tangan berdegup lebih kurang 70 kali seminit dan lebih 100,000 kali dalam sehari. Tenaga kerja yang dilakukannya dalam sehari berupaya mengangkat bebanan seberat 1.4 ton metrik setinggi 7.2 meter. Daya kerja jantung dalam 1 jam berupaya mengangkat 1.4 ton metrik setinggi 30 cm.
(Sumber: The World Book Encyclopedia)

Bandar Potosi

Bandar Potosi, Bolivia merupakan bandar tertinggi di dunia terletak pada ketinggian 3,976 meter dari paras laut.

Tembok Besar China

Tembok Besar Negeri China (dibina lebih 2,000 tahun dahulu) panjangnya 3,460km atau 2,150 batu dan mempunyai cabangan sepanjang 2,860km atau 1,780 batu. Keseluruhan panjangnya sama dengan Sungai Nil. Lebih 1 juta orang pekerja mati sewaktu menyiapkannya.

Nombor

Nombor 3 digit yang terbesar boleh ditulis ialah 9 (9 kuasa 9) iaitu 9 kuasa 387420489. Sehingga kini, tidak ada siapa yang mengetahui nilainya yang sebenar tetapi ia bermula dengan angka 428124773... yang mempunyai 369 juta digit. Jumlah sebanyak ini memerlukan lebih daripada setahun untuk dibaca.

& Makan

Cara2 makan dengan betul?


& Dah sampai pun

Kimi yang tengah suka hati...

Baru puas hati bila basikal kesayangan dah sampai dari kampung. Mainlah puas yer Mat Limi. Pastu simpan elok2 basikal tu, jangan parking merata-rata pulak.

Pandai main, pandai simpan ekkk- pesanan penaja

& Siapa ni?

Gambar kat atas ni ialah Robert Hooke. Beliau merupakan seorang saintis Inggeris yang telah memperkenalkan istilah "sel" daripada bahasa Latin yang beerti "bilik kecil".

& Mesra alam

Beruntung Kimi dapat balik kampung. Dapat jumpa ngan Puan AYam dan Encik Mooo. Kalau tengok kat buku tak real sangat kan. Nah, dah dapat jumpa tu bukan main ligat lagi berkenalan yer. Hahaha seronok tengok cara Kimi yang mesra alam...
Tengok ayam tengah makan


Dan juga Encik Mooo...

Inilah pengalaman manis buat Kimi (bedayan)...kua kua kua

& Si Meowww

Ohh ini meowww Kimi.

Makin gemuk dia. Kimi selalu la main2 ngan si meowww ni.



Kimi ni paling suka meowww!

& Tak habis2

Masa kat kampung Abah sempat pergi rumah sedara Abah. Kimi punyer lah xleh duk diam. Apa lagi 'benda' tu dah ada kat depan mata dia.

Bukan main suka la tu

Siapa mahu tupperware percuma?

Korang bakal memenangi hadiah seperti di bawah kalau masuk contest ni hehehe
2 CNY Plum Blossoms Collection (950 ml each) . Bunga itu sekadar hiasan :)

Tajaan

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 MARCH 2010. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

AZAM/PERUBAHAN/MATLAMAT YG ANDA MAHU LAKSANAKAN DI 2010
Azam SujueZ tahun 2010 ni NAK jadi hanya yang terbaik untuk suami dan anak2.
LANGKAH-LANGKAH/USAHA/STRATEGI
SujueZ perlu tingkatkan lagi motivasi diri supaya mendapat kekuatan emosi, fizikal, mental dan rohani dalam diri ini.

& Kata nasihat

Mari kita renungkan...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada, kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemui Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepada Allah S.W.T.
Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu...

& Nak jadi dewasa...


Tengok ni kimi pakai baju tshirt Abah. Bukan main lagi dia ni. Macam lah dia tu besar sangat kan ish ish ish...

& Vienetta Ice Cream

Tiramisu punyerrr





Yang penting sangat sedap dan buat kita teringat2 saat manis ketika menikmatinya. Aloha!

& Bola oh bola

Kimi : Saya suka main bola. Hari2 saya main bola. La la la...
Bola 1

Bola 2

& Untuk dikongsi bersama

Dari email;

FW: DATANG BULAN (HAID) - UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak (saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini).

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee, bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu".

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah...." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas).
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas)maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil/Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
p/s: TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA!!!

& Botol air dalam kereta

Dari email;

Peringatan Untuk Wanita:
Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak
perempuan mengetahui ini semua.

& Oscar

Oscar, si kucing luar biasa

Bijak pandai sungguh kucing ni. SujueZ ada baca rencana kat paper Mingguan Malaysia yang kuarkan artikel pasal Oscar, kucing ganjil yang boleh ramal kematian...hihihi serammm!
Dr. David Dosa (seorang profesor perubatan di Brown University) mendakwa Oscar ni macam malaikat yang berkaki 4 sebab kebolehan si kucing ni tahu akan orang yang bakal mati. Pelik jugak tuh. Kalau betul lah memang luar biasa kucing ni. Mungkin juga anugerah dari Allah S.W.T.
Oscar dikatakan akan berguling2 untuk rapat dan tidur dengan pesakit tu dulu seketika sebelum kematian pesakit tersebut. Seolah2 nak ucap selamat tinggal huhuhu.
Untuk pengetahuan yang boleh kita kongsikan di sini ialah Oscar ni telah dijadikan kucing angkat sejak kecil oleh Pusat Kejururawatan dan Pemulihan Steere House di Prividence, Rhode Island. Lepas tu dilatih untuk jadi kucing terapi.
Tapi kucing yang diberi nama Oscar ni sangat lah cute dan gebu. Gerammm sangat. Maklumlah SujueZ ni boleh dikatakan peminat kucing. Mana taknyer kat kampung nun ada 3 ekor kucing.
Alahai gebunya dia...

& Ivy League

Apa dia Ivy League ni?
Ia merupakan kumpulan 8 institusi pengajian tinggi terunggul di dunia. Terletak di timur laut Amerika Syarikat (AS). Mari kita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Ivy League ini.

FAKTA MENARIK

1. Universiti Harvard, Cambridge Massachusetts (diasaskan 1636).

2. Universiti Yale, New Haven, Connecticut, (1701).

3. Universiti of Pennsylvania. Philadelphia, Pennsylvania, (1740).

4. Universiti Princeton, Princeton, New Jersey, (1746).

5. Universiti Columbia, New York City, (1754).

6. Universiti Brown, Rhode Island, (1764).

7. Dartmouth College, Hanover, New Hampshire, (1769).

8. Universiti Cornell, Ithaca, New York, (1865).

Jadi persaingan antara kelapan2 universiti ni sangat sengit. Sebab masing2 nak menarik pelajar2 hanya yang tebaik saja untuk masuk ke universiti ni. Lagi pun universitinya sangat cantik. Mesti bersemangat nak belajar yer tak?