&Cabaran menjadi seorang Ibu

Adakah anda seorang Ibu atau Surirumah?
Adakah anda bakal menjadi Ibu, Umi, Mummy atau Mama yang bekerja atau tidak bekerja?
Adakah anda ingin menjadi seorang Ibu atau Surirumah yang hebat?
Tak kira apapun jawapan anda mengenai soalan di atas, JADILAH apa yang anda inginkan kerana ia adalah hak anda untuk mengatakan Ya atau Tidak.
SujueZ belum lagi mencapai menjadi Ibu terhebat. Kerana banyak lagi kelemahan diri yang perlu dipertingkatkan. Susah senang menjadi seorang Ibu... banyak cabarannya.
Buat seorang surirumah (macam SujueZ ke), bekerja atau tidak itu tidak penting. Betapa buat seorang surirumah, memiliki keluarga adalah hal yang sangat utama. Mempunyai makna dan pengertian yang dalam bagi sang suami dan anak-anaknya adalah kebahagiaan yang tiada tara. Sehingga keperluan peribadi akan menjadi perkara yang selepasnya (dikemudiankan keinginannya seperti mahu memiliki baju atau makeup baru). Menjadi surirumah itu juga berat dan bukan pekerjaan yang remeh-temeh.

Antara tugas2 seorang Ibu dan Surirumah yang bekerjaya di rumah...
Memasak pelbagai resepi untuk keluarga tersayang, membasuh (baju, seluar, kasut sekolah anak),
menggosok baju (khasnya baju kerja suami tercinta),
menyidai baju di ampaian,
memberi anak2 makan,
menyiram pokok bunga di sekeliling rumah,
menyapu sampah,
mengemas rumah,
memberi kucing atau ayam makan (kalau ada yang memelihara),
memberikan ubat kepada anak yang sakit,
menjahit baju atau langsir yang koyak,
mengemop lantai,
menjawab telefon rumah atau bimbit (seperti seorang telefonis),
menyediakan minuman ketika suami balik kerja,
mengajarkan anak perkataan pertama sesuai dengan usia mereka (menjadi cikgu pra di rumah),
mengajarkan sembahyang untuk anak2,
mengajarkan apa yang boleh atau tidak boleh kepada anak2,
mengajarkan apa yang baik dan apa yang tidak boleh buat kepada anak2,
menolong anak2 membuat kerja sekolah,
mendodoikan anak yang mahu tidur (walaupun suara tak sedap),
mengubahsuai kedudukan perabot yang ringan,
mengelap tingkap,
membuat kek,
biskut atau kuih (lebih2 lagi bila nak raya) dan macam2 lagi lah.

Itu pun masih ada yang kata surirumah goyang kaki saja kat rumah sambil tengok TV.

Bahagian mendidik anak2 zaman sekarang paling memberikan cabaran paling besar buat seorang Ibu atau Surirumah. Memanglah semua Ibu2 diluar sana mengharapkan hanya yang terbaik buat anak2 kan. Tapi sekarang ni macam2 lah ada, canggih2. SujueZ tak boleh lah nak bayangkan dalam 5 tahun atau 10 tahun akan datang (kalau panjang umur, amin) entah apa akan jadi. Dari segi mainan atau game di internet, pergaulannya...

Sesungguhnya kerjaya sebagai surirumah (Ibu rumah tangga) itu, adalah pekerjaan mulia tanpa batasan, yang hanya boleh dilakukan bila seorang wanita memiliki ketulusan hati untuk menghambakan dirinya kepada keluarga tercinta.
Ketulusan hati seorang wanita teruji, disaat dia rela mengorbankan banyak hal untuk kepentingan keluarganya.

No comments:

Post a Comment