& Hari Keluarga Sk Port Klang - Part 1

Tarikhnya lupa la plak rasa akhir bulan 7 lepas la. Dibuat di Glory Beach Resort PD. Mujur xder buaya...


Masa ni berkumpul kat sekolah dan Kimi duduk sebelah kucing mengandung sedang tido zzzz...

Nun di depan sikit lagi nak sampai Glory

Ini dia, Glory Beach Resort ^_^

Cantik pemandangan pantai

Ambik gambar dari bilik hotel



 

& 6TH SPECIAL EDITION-JUALAN BATIK SUTERA BESAR-BESARAN!!!

Kawan2ku sekalian, sekiranya anda peminat batik sutera tak kiralah sutera lukis atau sutera crepe eksklusif boleh dapatkan segera di sini ya. Atau pun untuk maklumbalas segera boleh email atau pun sms SujueZ di nombor ni ok 017-9842138 begin_of_the_skype_highlighting 017-9842138 end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting 017-9842138 end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting 017-9842138 end_of_the_skype_highlighting. Dan email baizura_042000@yahoo.com. Nyatakan nama, alamat, no hp dan kod item untuk booking okay!

Sila klik kat sini tau...

6TH SPECIAL EDITION-JUALAN BATIK SUTERA BESAR-BESARAN!!!

Thank You Darling ^_^

& Bersua lagi

Assalamualaikum wbt...

Wah dah lama tak mencoret kat blog kesayangan nih. Rindu giler2 gitu. Almaklumlah banyak kerja dong! Hihi... Apa pun alhamdullilah SujueZ bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang menaip lagi cerita-ceriti yang menarik dalam blog ini. InsyaAllah...

Oklah sebagai pembuka bicara dalam blogku ini, terimalah gambar kami sekeluarga (sebahagian saja ni) semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Ampun maaf dipinta walau Syawal telah pun melabuhkan tirainya.




Raya 2010 di Terengganu ^_^

& Mencari Lailatul Qadar

Salam semua,

Mari kita sama2 berkongsi Fadhilat Ramadhan...

Daripada Aisyah r.a katanya:

"Rasullulah s.a.w. memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari fb Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood TAZKIRAH 4 LQ.

"Carilah Lailatul Qadar pada malam2 yang ganjil pada 10 malam yang akhir bulan Ramadhan." (Bukhari).

Aishah meriwayatkan:

"Aku berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w., sekiranya aku btemu dgn Lailatul Qadar, apakah doa yg perlu ku baca?

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Katakanlah:"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosa2ku. Engkau suka mengampun, maka ampunilah aku." (HR:Ahmad,Ibnu Majah & Tirmizi).

p/s: ayuh sama2 kita banyakkan buat amal kebajikan, rebutlah peluang ini sebaik mungkin. semoga Allah Taala merahmati kita semua hendakNya. aminnn....

& Pengumuman:)


2nd SPECIAL EDITION-JUALAN BATIK SUTERA BESAR-BESARAN!!!

Kepada sesiapa yang ingin melihat stok baru batik sutera cantik sila la ke http://batiksuteracantik.blogspot.com.

Harga boleh dipertimbangkan lagi dan free gift ada disediakan. Sesuai untuk dijadikan baju raya, hadiah atau pun hantaran.

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi SujueZ @ Baizura di 017-9842138.

Sekian, Terima Kasih Daun Keladi...:)


& Hari kedua

Salam...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdullilah, dengan limpah rahmat Allah S.W.T., kita sangat beruntung kerana masih lagi dapat menikmati bulan Ramadhan, bulan yang agung, mulia, istimewa dan berkat, mengandungi banyak rahmah. Sepatutnya peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh orang yang ingin menjadi termulia dan terbaik di sisi Allah S.W.T. serta ingin mencapai keredhaanNya di akhirat nanti.

Hari kedua berpuasa SujueZ rasakan lebih bertenaga berbanding semalam. Dari urusan mengemas, membasuh dan membereskan kerja yang mana patut semuanya dapat dilakukan tanpa rasa letih.
Sahur tadi pun okay saja.
Hari pertama berbuka, lauk semua SujueZ masak kecuali pengat pisang. Itu Abah yang sediakan. Spesel punya menu untuk hari pertama berbuka. Sebab Abah dapat balik awal dari sekolah pukul 5.30 petang untuk bulan puasa ni. Jadi sempatlah memasak hehe.
Kami pun berbuka lah dengan apa yang ada ala kadar saja. Seperti biasa malamnya tu solat tarawih jadi agenda utama.

Hari Pertama Puasa

Malamnya tu sempat menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat + 3 rakaat solat sunat witir = 11 rakaat. Abah Kimi ke surau. Kimi pula SujueZ pasangkan radio kaset mengaji sambil matanya menonton tv (suara tv diperlahankan agar suara Sheikh Al-Ghamidi mengalunkan bacaan Al-Quran menusuk ke jiwanya, amin).
Selepas selesai, sempat juga merancang menu bersahur. Antara yang sempat difikirkan ialah menu yang ringkas @ simple seperti kubis goreng kicap, ayam goreng dan sambal ikan bilis. Dihiasi dengan tembikai @ timun cina sebagai pencuci mulut. Dibilas pula dengan air teh 'o' yang kurang manis. Alhamdulliah, sungguh berselera. Oh ya! Kimi tetap tidur nyenyak macam biasa.

Oleh itu, suka untuk SujueZ BERPESAN kepada kawan2 semua marilah kita berlumba-lumba membuat amal tak kira samada malam atau pun siang. Di mana ada kesempatan rebutlah ia walaupun sedikit cuma.

Sebagaimana sunnah Nabi seperti bertadarus Al-Quran, beristighfar, bersedekah, memberi makan untuk berbuka puasa, solat tarawih dan lain2 amalan baik supaya hari2 di bulan Ramadhan ini dapat dihiasi dan diperindahkan bagi setiap diri orang Islam.

Firman Allah Taala:

"Hai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, agar kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang ditentukan..."
(Al-Baqarah: 183)

Semoga kita semua sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan tidak tergolong di kalangan orang2 yang rugi. Amin...


& Terima Kasih Daun Keladi




Siap untuk dipos!


Terima kasih yang tidak terhingga buat pelanggan-pelanggan Batik Sutera Cantik yang dihormati:
  1. Kak Salhaniza (Penampang, Sabah) - 2 pasang
  2. Auntie Norila (Perak) - 1 pasang
  3. Kak Aishah (Lahad Datu, Sabah) - 2 pasang
  4. Sis Sitey (Negeri Sembilan) - 1 pasang
  5. Sis Suzana (Perak) - 1 pasang
  6. Sis Rusliza (Kuala Lumpur) - 1 pasang
Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih daun keladi, di lain masa belilah lagi ye...

Semoga perkembangan positif perniagaan Batik Sutera Cantik ini akan maju dari masa ke semasa, Insya-Allah... Kepada kawan-kawan blogger SujueZ dan yang baru silalah berkunjung ke blog Batik Sutera Cantik ye untuk melihat batik sutera lukis yang terkini dan eksklusif dengan harga jualan runtuh besar-besaran!

Terima Kasih dari SujueZ

& Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur SujueZ ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapatlah kita bertemu lagi pada hari ini.

Memang sudah agak lama juga SujueZ menyepi tanpa berita kerana menghadapi beberapa kesibukan yang tidak terbatas. Namun dengan izinNya jua SujueZ dapat kembali mencoret sedikit cerita di ruangan blog kesayangan ini. Menyepi bukan bermakna terus hilang lesap ke mana-mana. Insya-Allah dengan izinNya jua lah SujueZ berpeluang bersua bertemu rakan-rakan blog yang dihormati semua.

Di sini SujueZ ingin menyampaikan sedikit maklumat atau info mengenai bulan mulia Ramadhan yang bakal menjelma lusa atau tulat, insya-Allah.

PENGERTIAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan itu diambil dari kalimat dalam bahasa Arab, Ramadhan itu bererti panas, menurut riwayat bahawa ketika mula-mula orang Arab memberi nama bagi tiap-tiap bulan itu, berlaku Bulan Ramadhan ini di musim panas.

Dalam hubungannya dengan syariat Islam Ramadhan itu dikekalkan oleh kerana panasnya bahang kelaparan puasa akibat lapar dan dahaga itu hapuslah segala dosa.

Ramadhan Datang dan Pergi

Ramadhan datang silih berganti pada setiap tahun. Ramadhan yang lalu telah pergi jauh meninggalkan kita dengan kesan dan amalan. Pada setiap Ramadhan datang, kaum muslimin memuliakannya dengan ibadah, puasa dan berbuka, solat terawih, tadarus, sahur serta solat subuh yang dijaga waktunya.

Ramadhan yang berkuunjung setahun sekali merupakan suatu kesempatan bagi kaum muslimin yang berlumba-lumba dalam mengejar kebajikan. Amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan adalah:

  1. Hendaklah setiap orang Islam itu menjauhkan segala perbuatan jahat zahir dan batin.
  2. Mencari jalan untuk membuat kebajikan sebanyak mungkin seperti sembahyang, tasbih, membaca Al-Quran dan berzikir.
  3. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  4. Menghadiri sembahyang jemaah.
  5. Berbuat baik kepada ibu bapa.
  6. Berbanyakkan sedekah seperti menjamu orang berbuka puasa.
  7. Membanyakkan taubat, Rasullulah bersabda maksudnya: "Allah berfirman pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, adakah sesiapa meminta sesuatu, pasti aku beri permintaanya, adakah sesiapa meminta taubat, pasti aku beri taubat, adakah sesiapa pinta ampun, pasti aku beri ampun."
  8. Mengerjakan puasa dengan bersungguh-sungguh, tekun, menjaga perkara-perkara yang membatalkan puasa yang makruh, banyakkan berbuat perkara yang sunat.
  • Pelihara mata dari melihat yang haram.
  • Pelihara lidah daripada cakapan keji seperti berbohong, mengeluar kata memaki-hamun.
  • Pelihara anggota seperti kaki, membuat yang haram dan perut jangan masuk makanan yang haram.
  • Jangan makan terlalu banyak waktu berbuka kerana ia akan menyebabkan hilangnya tujuan berpuasa dan membawa kepada malas beramal.
  • Jangan lupa tiap-tiap malam mengharapkan mendapat "lailatul Qadar" lebih-lebih lagi malam yang terakhir Bulan Ramadhan.
Rasullulah bersabda yang bermaksud:

"Kalaulah umat aku tahu bagaimana besarnya kelebihan Bulan Ramadhan itu, pasti mereka mengharapkan setahun itu Ramadhan semuanya."

Kita tidak seharusnya lupa akan peringatan ini, malah perlu lebih membuat kebaikan, amal ibadat supaya kita tidak terkandas di kemudian hari. Penyesalan di akhirat kelak tidak lagi memberikan apa-apa makna sekalipun kita tangisi dengan air mata darah.

Sifat manusia yang mudah lupa menyebabkan kita seringkali hanyut dibuai mimpi-mimpi duniawi, menjadi taksub kepada harta benda seperti bertuankan duit serta kekuasaan. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa ata sekelian alam.

Akhir kata SujueZ ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak".

Sekian, Wassalam.

SujueZ
baizura_042000@yahoo.com


& Khas untuk sesiapa yang masih belajar

Adab Kamu dengan Pensyarah/Guru

Imam Ghazali berkata;

"Ilmu hanya akan didapati dengan merendahkan diri dan memberikan perhatian,"

Menunjukkan hal-hal berikut amat perlu diberikan perhatian ketika menuntut ilmu:

  1. Merendah diri dengan mereka.
  2. Hormati mereka.
  3. Tidak memanggil mereka dengan panggilan nama mereka tetapi dengan gelaran yang seharusnya.
  4. Mengenang jasa mereka.
  5. Bersabar dengan sikap mereka.
  6. Bersopan di hadapan mereka.
  7. Berpakaian kemas dan bersih sebagaimana mereka.
  8. Teliti ajaran mereka.
  9. Sentiasa doakan mereka.

Kau Marahkan Siapa?

Suatu hari, Shaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.

"Kepada siapa engkau tujukan marah kau itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?" tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi;

"Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya."

& Sahabat Perjuangan

Kamu Ramai Kawan Tetapi yang Mana Boleh Dipanggil Sahabat?

  1. Kalau mereka berakhlak mulia: sebagaimana kamu, mereka juga memiliki sifat penyayang, pemaaf dan lemah lembut.
  2. Kalau mereka gemar berbuat baik: sebagaimana kamu, mereka juga cekal mengajak orang lain sembahyang, menolong mereka dan menasihati mereka walaupun kadang-kadang ajakan itu tidak diterima.
  3. Kalau mereka sudi menegur kamu: sebagaimana kamu, mereka juga ikhlas menegur kamu atau sesiapa saja yang melakukan kesilapan.
  4. Kalau mereka bertanggungjawab: sebagaimana kamu, mereka juga berani mengaku dan bertanggungjawab apabila memikul sesuatu amanah.
  5. Kalau mereka murah hati: sebagaimana kamu, mereka juga tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
  6. Kalau mereka rela mengurangkan bebanan kamu: sebagaimana kamu juga, mereka sudi memikul susah senang kamu tanpa diminta.
  7. Kalau mereka ikhlas: sebagaimana kamu , mereka juga ikhlas dalam segala tindak tanduk.
  8. Kalau mereka simpan rahsia kamu: sebagaimana kamu, mereka juga sanggup menyembunyikan cacat cela kamu dari pengetahuan umum dan sanggup membela kamu kalau mereka mendengar ada orang mencela kamu.
  9. Kalau mereka mudah bertolak ansur: sebagaimana kamu, mereka juga pandai membuat pertimbangan dan mudah bertolak ansur demi menjaga persahabatan mereka dengan kamu.
  10. Kalau mereka sanggup menjaga hati kamu: sebagaimana kamu, mereka juga berusaha keras menjaga persahabatan yang telah terjalin itu.

& Pintu S

Pintu Syaitan Ada Pada Kamu

Pintu ini sentiasa terbuka luas untuk syaitan masuk ke dalam hati sama ada sebentar atau berkampung terus. Ia terbuka apabila kamu:

  • marah, dengki, rakus dan bernafsu syahwat;
  • terlalu kenyang walaupun dengan makanan yang halal;
  • terlalu mencintai perhiasan
  • tamak, terburu-buru dan tergesa-gesa;
  • kedekut dan takut miskin;
  • cintakan harta tanpa batas;
  • fanatik mazhab, taklid buta dan jahat sangka sesama Muslim.

& Ini Caranya

Teori Menyelesaikan Masalah

  • Kenalpasti masalah
  • Kenalpasti punca masalah
  • Cari jalan penyelesaian
  • Siapa yang boleh menyelesaikan masalah itu
  • Mencari hikmah di sebalik masalah

& Perhatian Kepada Ketua!

Jika Kamu Menjadi Ketua

  • hormatilah hak orang yang dipimpin
  • merendah diri dan sedia ditegur
  • mendengar dan menimbang pandangan mereka sebelum membuat keputusan
  • luangkan masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat

& Panduan Kita Berdoa

Waktu-waktu yang baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam Lailatul Qadar.
  2. Pada hari Arafah.
  3. Pada bulan Ramadhan.
  4. Pada malam Jumaat.
  5. Pada hari Jumaat.
  6. Antara dua khutbah pada waktu hendak sembahyang Jumaat.
  7. Sepertiga malam yang terakhir pada waktu sahur.
  8. Pada saat berbuka puasa bulan Ramadhan.
  9. Antara Azan dan Iqamah.
  10. Ketika orang mengucapkan Iqamah.
  11. Ketika berbaris menuju medan perang.
  12. Akhir setiap solat fardu.
  13. Pada waktu sedang sujud.
  14. Selepas sembahyang hajat.
  15. Selepas tahajjud pada sepertiga malam.

& Contoh Teragung

Pemurahnya Rasullulah s.a.w.

"Ibuku meminta sehelai gamis (sehelai jubah yang tiada berbutang di hadapan) daripada tuan," kata seorang budak kepada Rasullulah s.a.w.

Baginda menjawab;
"Pulanglah dulu. Apabila gamis itu ada nanti, kamu datanglah ke mari."

Budak itu pun pulang, tetapi tidak lama selepas itu dia datang lagi.
"Ibuku minta gamis yang tuan pakai ini," katanya.

Rasullulah s.a.w. masuk ke biliknya, menanggalkan gamis yang dipakainya itu lalu diberikan kepada budak itu.

& Semoga Hal Ini Untuk Kebaikan Kita

Sebuah keluarga mempunyai seekor ayam jantan yang setiap Subuh membangunkan mereka; keldai pengangkut air serta pembawa barang-barang dan anjing pengawal khemah mereka.

Pada suatu malam, ayam jantan itu ditangkap musang. Mereka sekeluarga amat sangat bersedih. Tapi si bapa seoran ayah yang soleh, dia berkata;

"Semoga hal itu untuk kebaikan kita."

Malam yang lain pula seekor serigala telah merobek perut keldai kepunyaan keluarga itu sehingga mati. Si bapa berkata;

"Semoga hal ini untuk kebaikan kita."

Pada suatu pagi ketika terbangun, mereka melihat seluruh penduduk kampung itu ditawan musuh yang menyerang pada sebelah malamnya dan hanya mereka saja yang selamat. Orang-orang lain tertawan kerana di tempat mereka terdengar salakan anjing, rengek keldai dan kokok ayam.

Jadi, memang kebaikanlah bagi keluarga tersebut atas kematian haiwan-haiwan peliharaan mereka, sesuai dengan aturan Allah.

Anak Buat Perangai!

Oleh Dr M Swamenathan, Pakar Perunding Kanan Psikiatri.

Bila anak lepaskan geram, ia mempengaruhi orang lain. Petua berikut boleh membantu anda menenangkan anak yang buat perangai. Anda cuba masukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala.

Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap 'mengamuk'. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Karenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur 4 tahun.

Mengapa?

Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan membuat perangai. Selain itu, disebabkan kurang kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, anak-anak kecil biasanya tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan mereka. Jadi, bila si manja tidak dapat memberitahu keperluannya kepada anda, (contohnya, "ibu, saya lapar"), dia akan naik angin.

Bagaimana Saya Boleh Menghentikannya?

Anda tentu akan merasa kecewa dan malu jika anak kecil anda buat perangai di khalayak ramai. Untuk mengelakkan situasi yang memalukan ini, anda boleh mengambil langkah berikut untuk meredakan keadaan.

Alih perhatiannya. Bawa anak anda ke tempat lain atau tawarkan gantian.

Buat dia ketawa. Muka kelakar atau suara lucu boleh membuat si manja lupa sebab dia merajuk.

Buat seperti biasa. Berpura-pura dia tidak ada. Jika si manja memanggil anda, buat tidak tahu. Anak kecil anda menangis untuk mendapatkan perhatian. Jadi, bila tidak mendapat perhatian, dia akan menyerah kalah dan berhenti menangis.

Buat tidak peduli. Jika semua cara tidak berkesan, usah hiraukan si manja. Bila anda tidak mempedulikannya, dia mungkin berhenti membuat perangai. Tetapi pastikan si manja sentiasa berhampiran anda.

Boleh Saya Cegah Anak Buat Perangai?

Elakkan pencetus. Perhatikan benda atau tempat yang menyebabkan si manja berperangai dan cuba elakkan benda atau tempat ini.

Jangan biarkan perutnya kosong. Perhatikan keperluannya. Jangan bawa si manja keluar bila dia lapar atau penat. Bawa snek untuk dimakan agar dia tidak lapar.

Beri pilihan. Sesekali biarkan si manja membuat keputusan. Sebagai contoh, tanya si manja sama ada dia lebih suka pisang atau epal. Pembabitannya boleh mengurangkan risiko si manja membuat perangai.

Puji si manja. Jika si manja berkelakuan baik, berilah pujian. Kegembiraan mengurangkan kemungkinan si manja membuat perangai. Semua orang suka dipuji, termasuk anda sendiri!

Ingatan Kepada Ibu Bapa

Jangan mengugut. Ugutan boleh membuat si manja lebih kecewa.

Jangan menyerah. Si manja akan menyangka itu adalah cara untuknya mendapatkan apa yang diingini.

Jangan pukul. Walaupun anda marah atau kecewa, jangan pukul si manja. Tindakan fizikal akan meninggalkan parut emosional.

Petua Untuk Ibu Bapa Menghindari Tekanan.

Anda perlu menjaga diri anda sendiri kerana anak-anak yang membuat perangai boleh membuat anda rasa tertekan.

Beberapa petua berikut boleh membantu anda:

  • Bila anda sudah merangka strategi untuk mengurangkan kemungkinan si manja anda membuat perangai, sentiasa berpegang kepada strategi anda. Ini boleh membantu si manja anda berkelakuan lebih baik pada masa hadapan.
  • Jangan terburu-buru untuk mengubah kelakuannya. Si manja anda memerlukan masa untuk mengubah perangainya.

& Sale rayer 2010 kembali!!!

SujueZ baru je update stok raya yang baru. Sila la jenguk di batiksuteracantik. Rasa tak sabar2 nak tunggu komen dari pelanggan2 semua. Maklumlah saya ni, umi baru belajar kalau ada sesiapa yang nak bagi komen yang bernas lagi berkualiti hehe silalah emailkan kepada baizura_042000@yahoo.com yer... Jangan segan2 dan malu2 okay!

Ini adalah sebahagian daripada stok baru untuk jualan hari raya yang bakal menjelma nanti...

Sutera : Batik Sutera Seri Ayu
Kod : BSSA 01
Harga : RM 220
Warna: Hijau
Status : Available


Sutera : Batik Sutera Seri Ayu
Kod : BSSA 02
Harga : RM 220
Warna: Biru
Status : Available

& Terkini!

Ukuran 4m

Sutera : Batik Sutera Lukis
Kod : BSL - 05
Harga : RM150
Status : Booked by Pn. Jamilah, UPM
Warna : Peach



BSL - 05



Bunga baju



Bunga kain


See more at http://batiksuteracantik.blogspot.com

Thank you!

& Puasa sunat

Kelmarin SujueZ gagahkan juga diri ini untuk berpuasa sunat du bulan Rejab. Hari ni fail lah sebab banyak benda kena buat. Membasuh baju semua, pastu tolong Abah buat sandiwch untuk jamuan perpisahan (ada cikgu ganti habis kontrak) sikit2. Ha, yelah Abah yang buat resepi sardin tu memang kaw2 punya rasa dia. Pastu time ni Kimi dah tido jadi sempat la layan blog ngan Fb. Kat sini juga SujueZ tampal sedikit info mengenai puasa sunat bulan Rejab.


Puasa Sunat Rejab dan Fadhilatnya

Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah puasa sunat. Paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang telah diamalkan oleh Rasullulah S.A.W. Maksud sebuah hadith Rasullulah S.A.W, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah S.W.T menyeru kepadanya,

"Telah wajib hakmu atas-Ku, mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian dan kebesaran-Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu, engkau adalah jiran-Ku di bawah 'Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku di antara semua makhluk-Ku. Engkau mulia di sisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau."


Fadhilat seterusnya (menurut beberapa hadith Rasullulah S.A.W) adalah seperti berikut:

  1. Berpuasa sunat Rejab sehari - Diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadah seumur hidup.
  2. Berpuasa sunat Rejab 2 hari - Akan dipergandakan pahala ibadahnya.
  3. Berpuasa sunat Rejab 3 hari - akan dibina benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Kiamat.
  4. Berpuasa sunat Rejab 4 hari - akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah Dajjal pada Hari Kiamat.
  5. Berpuasa sunat Rejab 5 hari - akan diamankan daripada azab kubur.
  6. Berpuasa sunat Rejab 6 hari - akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.
  7. Berpuasa sunat Rejab 7 hari - akan ditutupkan 7 pintu neraka pada Hari Kiamat.
  8. Berpuasa sunat Rejab 8 hari - akan dibukakan 8 pintu syurga pada Hari Kiamat.
  9. Berpuasa sunat Rejab 9 hari - akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur.
  10. Berpuasa sunat Rejab 10 hari - akan diberi 2 sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratal-Mustaqim pada Hari Kiamat.
  11. Berpuasa sunat Rejab 13 hari - diberi pahala seperti berpuasa 3 ribu tahun.
  12. Berpuasa sunat Rejab 14 hari - diberi pahala seperti berpuasa 10 ribu tahun.
  13. Berpuasa sunat Rejab 15 hari - diberi pahala seperti berpuasa 100 ribu tahun.
  14. Berpuasa sunat Rejab 16 hari - akan melihat Allah S.W.T. di dalam syurga.
  15. Berpuasa sunat Rejab 19 hari - dibinakan sebuah mahligai di syurga.
  16. Berpuasa sunat Rejab 20 hari - diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadah sedekah maka pahalanya akan ditambah seperti 1000 kali ibadah Haji dan Umrah.

Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj), diberi pahala seperti berpuasa 1000 tahun.

Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah S.W.T imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Kiamat.

P/s: Bestnya kalau dapat puasa lagi bulan Rejab ni. Apa pun esok dan hari Khamis SujueZ akan cuba puasa lagi! Chaiyok!

& Togetherville; FB untuk kanak2


Canggih betul la sekarang ni. Budak2 kecik pun ada fb sendiri. SujueZ ada baca dalam Pa&Ma keluaran Julai 2010. Ada 1 rencana yang ditulis oleh En. Syahrul Nizam Junaini mengenai Facebook khas bagi kanak2.

Di sini SujueZ berikan sedikit petikan mengenainya;

Togetherville adalah laman rangkain sosial terbaru yang berfungsi seperti Facebook. Cuma ia dikhaskan bagi kanak-kanak berumur 6-10 tahun. Perkara yang positif tentang Togetherville ialah ia sesuai dan selamat bagi anak-anak kita bersosial bersama rakan-rakan maya.
.
.
.
.
Di samping itu, Togetherville hanya membenarkan ibu bapa membuka akaun anak mereka dan bukan kanak-kanak sendiri. Ia juga menepati syarat keselamatan yang ditetapkan oleh Children's Online Privacy Protection Act (COPPA) 1994 Amerika Syarikat.
.
.
.
.
.
Selain itu mereka boleh menghasilkan kad ucapan digital, bermain permainan dan menonton video yang disahkan kesesuainnya. Togetherville dijangka muncul sebagai satu platform yang bakal digilai kanak-kanak di alam maya. Ia juga bertujuan mendidik mereka menjadi pengguna laman sosial yang beradab dan bertanggungjawab.
.
.
.
.
.
Antara ciri penting yang ada pada Togetherville adalah:

Quips: Sama seperti fungsi kemas kini status pada Facebook. Quips memberikan pilihan teks yang sudah ditetapkan pentadbir laman. Kanak-kanak cuma perlu memilih teks yang sesuai untuk dituliskan. Tujuannya adalah bagi mengelakkan mereka menaip perkataan yang tidak sesuai atau tidak beradab.

Lencana: Kanak-kanak yang berjaya mengekalkan perwatakan yang baik sepanjang berinteraksi di Togetherville diberikan lencana khas. Kesimpulannya, Togetherville bakal membawa satu pengalaman baru bersosial kepada anak kita sebagaimana kita seronok ber'Facebook'.

Kerja seni, aplikasi dan permainan: Aktiviti interaktif seperti aplikasi melukis dan permainan bertujuan menjadikan Togetherville bukan sekadar tempat lepak semata-mata. Di sini mereka boleh bergembira dengan permainan terkini. Mereka boleh menyerlahkan kreativiti dengan mereka bentuk ucapan perayaan atau sempena hari jadi rakan sekelas.

Aplikasi hadiah maya: Togetherville juga memberi peluang kepada kanak-kanak menghadiahkan rakan-rakan pelbagai hadiah seperti sejambak bunga. Mereka juga boleh menghantar ucapan dan penghargaan kepada ibu bapa.

Video: Mereka juga boleh menonton, berkongsi dan mengundi video yang sudah dilulus oleh pentadbir laman.

P/s: Kimi, kena tunggu umur 6 tahun baru boleh buat facebook ya!

& Pelancaran Kedai Online SujueZ

Alhamdullilah. Baru2 ini SujueZ telah membuka satu kedai online menjual batik sutera. Batik Sutera Cantik namanya. Jadi kepada kawan2 yang nak berkunjung ke kedai online SujueZ bolelah jenguk ke kedai online Batik Sutera Cantik. Kedai ni masih baru, jadi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Apa pun kawan2 juga boleh jenguk ke Facebook dan cari Batik Sutera Cantik. Kalau kat fb boleh tengok banyak gambar sikit.

Oklah apa2 komen boleh lah komen di sini atau email ke baizura_042000@yahoo.com.

Terima Kasih!

& Insafi Diri

Agak lama jugak saya tak update blog ni yer. Maklum sajalah banyak sangat kerja sejak akhir2 ni. Nanti SujueZ akan ceritakan satu persatu. Kepada peminat (ada ke peminat? perasaan aje nih!) SujueZ di luar sana diharap bersabar okay!

Sedar tak sedar hari ni dah masuk empat hb julai 2010. Cepatnya masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat ke angka tiga puluh (statement skema). Bulan lapan ni baru dua puluh sembilan tahun umurku (baruuu???). Dah makin tua diri ini. Begitu juga dengan bumi kita. Tak lama lagi dah nak puasa di bulan Ramadhan. Lepas tu raya... Puasa ganti korang dah ganti ke belum? SujueZ dah ganti awal2 lagi. Kuatkan jugak diri ini untuk puasa ganti berturut supaya sikap malas tu tak sempat nak datang. Kalau tak mesti zerO!

Alhamdullilah. Bersyukurlah di atas nikmat yang Allah S.W.T. beri. Terima Kasih, Tuhan! Di atas nikmat kesihatan dan rezeki yang Kau limpahkan kepada kami sekeluarga. Amin. Tengok perkembangan Kimi yang membesar di depan mata dengan perangai yang sekejap macam ribut taufan melanda, sekejap macam salji turun sejuk membuai perasaan ini membuatkan diriku merasa sangat diuji. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana kesusahan dan kesenangan menjadi seorang IBU ini. Sungguh2 mencabar kesabaran, keimanan dan kesungguhan kita menjaganya. Subhanallah, Maha Suci Allah!

Itulah, untuk memperkasakan diri ini SujueZ tak lupa setiap kali selepas sembahyang (sembahyang Maghrib biasanya) saya akan mengajarkan Kimi mengaji Alif Ba Ta. Sehingga ke hari ini Alhamdullilah apa yang diajar tu dah lekat di kepalanya. Syukurlah dia mudah ingat. Kadang2 tu bila SujueZ sebut Alif, Ba... dia dah sambung Ta, Sa dan seterusnya beberapa huruf lagi. Tapi SujueZ WAJIB kan dia ulang semula dari Alif hingga habis. Ajar perlahan dan jangan paksa. Nanti kalau mood dia dah lari haa faham2 ajelah yer saudara, saudari, adik, kakak semua...



hidup ini bagaikan kipas ni berpusing laju, sekejap laju, kadang2 sejuk. sampai masa akan berenti juga



Selepas solat tu janganlah lupa baca zikir dan berdoa. Buat masa ni SujueZ dah habis baca Surah Yaasin. Tak sabar nak habiskan surah2 lain. Semoga Allah S.W.T. mengampunkan diri ini, Insya-Allah. Baca Al-Quran ni kita akan rasa dekat dengan Allah. Ingat tak bila kali terakhir pegang @ baca Al-Quran. Masya-Allah, jauhkanlah diri ini dari kelalaian, lewa, leka, lambat dan lembab... Syukurlah tahun ini berjaya amalkan baca Quran. Tahun 2008 dan 2009 baca jugak tapi kadang aje. Alhamdullilah, kesedaran dah mula berputik dan SujueZ akan terus memperbaiki diri ini sebaik2nya.

Jadi kepada kawan2 ku sekalian, marilah kita sama2 insafi diri kita supaya tidak lalai dalam mengingati Allah S.W.T. sujueZ juga ingin memohon kemaafan kepada kawan2 semua walau di mana anda berada (macam nak raya pulak kan?). Takpelah sama2 lah kita bersalam-salaman (pulakkk?). Semestinya! Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan yang harmoni, tak gitu?



buku rujukan saya



bacaan selepas solat

P/s: Tunaikan solat lima waktu

& Ke CP

 
Kimi @ JJ


motor Kimi ni SujueZ memang sengaja bawak coz nak wat umpan kalo2 dia nak mainan lain! ishhh tak kuasa la nak beli! ni pun Abah yang beli kat pasar malam RM13 (dah tawar). mahal!!!








main dulu sblm makan


 
 

& Telefon cinta

Ingat pulok sayer mase zaman cin, cin, cinta dulu. Maklumlah pemalu so takat sms aje lah. Nak call tu time ade bende penting nak kabo kan je. Nak kater save duit dok juge. Dok bese orang tganu kater (haha)...

Kita di pihak orang pompuan mesti kena jage tatasusila diri. Tapi lening (sekarang) susah lah nok jupe hok malu2 lagi doh. Seme wat malu2 taik kucing aje.

Kalu si dia dok tepon @ sms dalam masa sehari tu pun dok senang dudok, gi mari gi mari, nak 'lepas hajat' pun nak tak nak jer. Kalu buleh masa mandi pon nak bawa henpon dalam bilik air. SujueZ dok gitu eh, buatnya tepon jatuh dalam ayer @ lubang, dok ke kes naye cari penyakit!

Kalau nak tahu 20 sebab @ punca, sebab aper si dia dok tepon tu meh sini nak kabo wi;

  1. ada si dia hok jenis tulis no tepon kat tangan, pastu masuk bilik air basuh tangan. Ermm sah2 lah hilang no kat tapak tangan tu (kes x simpan no dalam hp terus).
  2. ada jugok yang takut & mengelabah semacam.
  3. kertas yang ada tulis no tepon tu dalam poket seluar pastu masuk dalam mesin basuh. Sure hancusss le kertas tu.
  4. tak pun si dia ni tak minat nak bercinta dengan girl.
  5. kadang2 tu si dia ni tak nak desak @ paksa untuk bercakap dengan pasangannya.
  6. jenis yang sayang duit. tunggu girlfriend tepon dulu ada juge.
  7. tepon dia rosak @ tak bayar bil jadi kena potong.
  8. ibu dan bapa si dia tak suka dia bergayut lama2.
  9. entah2 si dia xde perasaan pun kepada pasangan.
  10. mungkin dia sibuk.
  11. mungkin talian pasangan sibuk.
  12. mungkin dia ada pasang makwe baru kot.
  13. si dia bosan berbual dengan pasangan sebab tak romatik, klakar @ queen control.
  14. tak pun masa si dia call pasangan xde kat rumah.
  15. kes kena marah oleh mak pasangan pon ade.
  16. si dia rasa rendah diri nak kawan dengan pasangannya.
  17. asyik dengan fesbuk.
  18. oh mungkin juga si dia kaki pompuan.
  19. si dia lebih suka bersemuka dari bertelefon (jimat).
  20. yang last ni si dia call, tapi mesin tepon pulak yang jawab (x ke hampeh tu).
Sila la cek yang mana pernah terjadi pada diri anda. Nak komen pun boleh. Tambah2 la aper yang patut ke tak patut ker. Sebab sekarang dah boleh komen kat bawah tu.

Ish, ish bukan aper saje jer mengembalikan kenangan dan nostalgia lama. Tapi i xde la macam tu, sebab dah 'selamat'...

& Rahsianya

Rahsia? Rahsia aper pulak ni? Tak de lah rahsia sangat pun sebenarnya. Cuma ada 1 benda nak kongsikan bersaman dengan peminat2 SujueZ. Ahaks! Perasaannya sayer! Huhu...

Oh ya berbalik pada citer rahsia tadi. Ada sorang kawan SujueZ tanya, ada ke tidak petua @ cara nak dapatkan zuriat@ anak. Dah lama dah baru SujueZ RECALL balik memori dalam my kefala la. Rupa2nya ada 1 cara yang terahsia hehe.

Menurut buku yang SujueZ dah pernah baca ni, mengatakan;

Kalau pada hari Jumaat mulai Asar sampai Maghrib kita duduk berzikir:

Ya Rahmaan ya Rahiim ya Allah

Ya Rahmaan ya Rahiim ya Allah

Dan apabila dekat nak azan/bang Maghrib kita berdoa:


Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar aku dapat zuriat.

Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar suami saya tak jadi berbini muda.

Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar suami saya dapat kerja.

Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar kerja saya jadi, (misalannya).

InsyaAllah, amal amalan ini 3 Jumaat berturut-turut, Tuhan bagi (apa) yang kita mahu.


Kesimpulannya, kalau nak zuriat maka berdoalah secara bersungguh2 dan berusaha sebaik mungkin.

Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar aku dapat zuriat.
Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar aku dapat zuriat.
Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar aku dapat zuriat.
Ya Rahman ya Rahim ya Allah, biar aku dapat zuriat.
Amin.

& Mengidam

No, no, no... bukan SujueZ yang mengidam ni. Hanya orang yang peknen @ mengandung aje yang terase demikian. So maknenya SujueZ BUKAN dalam kategori ni (buat masa ini). Akan datang InsyaAllah hendaknya.

Sekali sekala tengok + tahu orang lain yang dah ada 'isi' teringin la juga. Tapi tak ter'isi2' lagilah. Bila??? Tak tahu la pula diri ini. Apapun sesiapa yang da terisi tu, diucapkan tahniah.

Pikir2 balik susahnya jaga anak nih yek (baru sedor ke diri tuh?). Kata nak anak, pastu dah dapat tuh kena la pula mengajar + mendidik + menjaga anak. Fuhhh berpeluh2 ketiak + satu badan nak jaga anak yang sangat2 pelik sekarang nih. Pelik aper ke bendanya, dah memang begitulah. Nama pun anak, faham2 ajelah. Kita dulu pun sama gok wat penin kepala mak kiter dulu.

Aduhhhh! Sekarang nih giliran SujueZ pulak merasa betapa susahnya nak jaga anak! Macam kimi la lening. Kadang2 tu xleh dok diam. Aduh wehhh! sakit pinggang rase. Macam mana nak jadi supermom, kalu kena bommm (kebabommm!, dish2...) sokmo huhu. Mencabar betul jadi ibu ni hek? Betul2 dok kawan2 ku hok jadi mummy? Tepat sekali rasernya.

Kesimpulannya, memang susah + sukar + difficult nak jaga anak. Orang kata kalu nak anak ni perlu ada ilmu jugak. Bukan ilmu hitam @ ilmu ghaib, salah tu. Kan tak pasal2 anak nangis tetiba nak susu, tinggg! ibu hilang (ada ilmu ghaib ke aper hehe) tak leh la lagu tuh. Yang perlu ada ialah Ilmu Keibubapaan (Parenting, orang putih kater). Ada orang masuk U belajo mende nih. Nak kata SujueZ ada ilmu nih ada ckit2 baru tahap darjah 1. Banyak lagi nak kena belaja. Kadang2 memang hilang sabo jugak. Itu kalu Kimi wat aksi2 pelik + ganaz + boring lah. Kadang2 rasa nak 'BERTUKAR!!!' jadi superman lawan raksasa. Sungguh pun! dok cayer ker?

Dengan kata lain, SujueZ harap sangat semoga Kimi besar nanti akan jadi seorang anak yang soleh, berakhlak mulia, pandai, bijak bistari. Pendek kata seorang ibu ni sentiasa nak yang baik2 saja untuk anak2 dia. Mudah2an diberkati hidupnya oleh Allah SWT.

Sampai satu hatap eh tahap, jiwa ni bole jadi kacau bilau dek kerana ketensenan yang melanda. Mujurlah jumpa 1 doa ni, doa agar jiwa tenteram.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari (tidak dimakbulkan), jiwa yang tidak pernah berasa puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keempat hal tersebut."

Kepada ibu bapa yang ada krisis rumah + tangga, kegawatan ekonomi, tensen dengan perangai anak2 atau tekanan bekerja (kat tempat kerja) bolehlah mengamalkan doa ini. Semoga hati yang tidak tenteram tu jadi terkawal semula seperti biasa. InsyaAllah.

Panjang pulak celoteh kali ni eks. Biasalah lepas cuti ni kadang2 ada idea bertimbun2 last2 time nak tulis 2, 3 kerat je yang tubik (keluar). Selebihnya beku + tepu dalam kepala ni (tak tau biler nak kuar).

Okey, jaga diri semua. Tata!


Teringin anak pompuan pulak laa!
(Kimi ni, jangan salah teka)

& Watak ikut tarikh lahir

20hb
tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21hb
'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22hb
Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu.

23hb
Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24hb
Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25hb
Gembira dan gemar berlawak.

26hb
Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27hb
Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28hb
Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29hb
Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30hb
Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31hb
Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

P/s: betul ke tak betul?

& Petua menjaga lantai

Kayu/parket/papan serpih
  • untuk penjagaan biasa, lap lantai dengan kain lembap tanpa bahan pencuci.
  • untuk membersihkan kesan gris dan kopi, cuci dengan air bercampur sedikit cuka dan keringkan segera,
  • letak alas kaki pada pintu masuk utama dan ambal pada ruang laluan bagi memastikan lantai tahan lama.
  • lantai jenis ini perlu divarnis dengan bahan pelarut berasas air atau Polyurethane supaya kayu lebih keras dantidak mudah mengumpul habuk.

Untuk membersihkannya, lap dengan kain lembap.

  • jika lantai bercalar, kikis dengan kertas pasir, bersihkan dengan air panas dan varnis semula.
  • jangan seret perabot di atas lantai parket kerana ia akan mencalarkannya.
  • antara cara untuk mengelakkan lantai bercalar, alas kaki perabot dengan getah khas.
  • jangan sekali-kali membiarkan lantai parket basah atau digenangi air. Jika ada bahan yang tumpah, keringkan segera.

& Jom baca!

Budayakan tabiat membaca

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

SujueZ doakan semoga semua pembaca blog SujueZ yang dihormati berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini berkisahkan tentang budaya membaca (khasnya di kalangan anak2 dan adik2 kita) atau pun tak kira sesiapa sahaja yang suka membaca.

Ketahuilah oleh kita bahawa menuntut ilmu itu merupakan 1 kewajipan. Hal ini kerana, Islam telah meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam keseluruhannya. Kerana ilmu adalah merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Seperti yang kita tahu, wahyu pertama yang diterima oleh Rasullulah S.A.W. yang bermaksud;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah dan TuhanMu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5).

Jelas sekali membuktikan bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan bagi membangunkan diri setiap manusia/insan. Tak kiralah samada pendidikan secara formal atau tidak formal, kita perlu mencarinya.

Membaca

ialah proses untuk memperoleh ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan2 bercetak atau media elektronik seperti internet (yang kita guna sekarang ni).

Dengan kecanggihan teknologi, segala maklumat yang diperlukan berada di hujung jari sahaja. Tapi, perlu juga diingat dalam keasyikkan mencari dan menilai ilmu agar tidak tersilap dalam menimba ilmu tersebut.

Tepuk dada tanya iman.

Seiring dengan peredaran masa yang begitu pantas ini, kita sentiasa perlu mencari ilmu pengetahuan agar dapat membentuk 1 budaya membaca di kalangan masyarakat. Ramai tokoh2 cendekiawan di dalam sejarah kegemilangan Islam telah dilahirkan seperti Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Al-Ghazali.

Jadi jangan bosan untuk membaca 1 hari, 1 buku.

Kimi baca buku kesayangannya!


Posing dengan buku!



Salam Sayang,
SujueZ

& Interview

My boss fainted when he see the form filled by the interviewer.

Name: Ah Boy

Age: Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before

Race: I love to race, how you know?

Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo

IC Number: 6735

Telephone number: House no telephone

Hand phone number: 3310

Address: Penang Jelutong

City : Nor Haliza?

Postcode: I never post anything

State: In my family, I am 2nd

Country: I love to travel to Canada

Marriage status: Secret

Email Address: Hotmail

Education Background: My teacher said not bad

Working experience: Last time got sell pirated VCD

Father's name: Daddy

Father's IC: You ask him

Mother's name: Mummy

Mother's IC: You ask her

Current Salary: Depends on my daddy mood

Expected Salary: As much as you can pay

When can start work: Depends on my mood

Highest qualification: Ya, very high

Grade: Ya, very high

College/University: College

Signature: Can I use chop?

P/s: lawak betoi la

& Happy life...

Dari email;

cid:image001.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image002.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image003.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image004.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image005.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image006.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image007.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image008.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image009.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image010.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image011.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image012.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image014.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image015.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image016.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image017.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image018.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image019.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image020.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image021.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image022.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image023.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image024.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image025.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image026.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image027.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image028.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image029.jpg@01C92263.9C804B10