& Sahabat Perjuangan

Kamu Ramai Kawan Tetapi yang Mana Boleh Dipanggil Sahabat?

  1. Kalau mereka berakhlak mulia: sebagaimana kamu, mereka juga memiliki sifat penyayang, pemaaf dan lemah lembut.
  2. Kalau mereka gemar berbuat baik: sebagaimana kamu, mereka juga cekal mengajak orang lain sembahyang, menolong mereka dan menasihati mereka walaupun kadang-kadang ajakan itu tidak diterima.
  3. Kalau mereka sudi menegur kamu: sebagaimana kamu, mereka juga ikhlas menegur kamu atau sesiapa saja yang melakukan kesilapan.
  4. Kalau mereka bertanggungjawab: sebagaimana kamu, mereka juga berani mengaku dan bertanggungjawab apabila memikul sesuatu amanah.
  5. Kalau mereka murah hati: sebagaimana kamu, mereka juga tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
  6. Kalau mereka rela mengurangkan bebanan kamu: sebagaimana kamu juga, mereka sudi memikul susah senang kamu tanpa diminta.
  7. Kalau mereka ikhlas: sebagaimana kamu , mereka juga ikhlas dalam segala tindak tanduk.
  8. Kalau mereka simpan rahsia kamu: sebagaimana kamu, mereka juga sanggup menyembunyikan cacat cela kamu dari pengetahuan umum dan sanggup membela kamu kalau mereka mendengar ada orang mencela kamu.
  9. Kalau mereka mudah bertolak ansur: sebagaimana kamu, mereka juga pandai membuat pertimbangan dan mudah bertolak ansur demi menjaga persahabatan mereka dengan kamu.
  10. Kalau mereka sanggup menjaga hati kamu: sebagaimana kamu, mereka juga berusaha keras menjaga persahabatan yang telah terjalin itu.

No comments:

Post a Comment