& Khas untuk sesiapa yang masih belajar

Adab Kamu dengan Pensyarah/Guru

Imam Ghazali berkata;

"Ilmu hanya akan didapati dengan merendahkan diri dan memberikan perhatian,"

Menunjukkan hal-hal berikut amat perlu diberikan perhatian ketika menuntut ilmu:

  1. Merendah diri dengan mereka.
  2. Hormati mereka.
  3. Tidak memanggil mereka dengan panggilan nama mereka tetapi dengan gelaran yang seharusnya.
  4. Mengenang jasa mereka.
  5. Bersabar dengan sikap mereka.
  6. Bersopan di hadapan mereka.
  7. Berpakaian kemas dan bersih sebagaimana mereka.
  8. Teliti ajaran mereka.
  9. Sentiasa doakan mereka.

Kau Marahkan Siapa?

Suatu hari, Shaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.

"Kepada siapa engkau tujukan marah kau itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?" tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi;

"Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya."

& Sahabat Perjuangan

Kamu Ramai Kawan Tetapi yang Mana Boleh Dipanggil Sahabat?

  1. Kalau mereka berakhlak mulia: sebagaimana kamu, mereka juga memiliki sifat penyayang, pemaaf dan lemah lembut.
  2. Kalau mereka gemar berbuat baik: sebagaimana kamu, mereka juga cekal mengajak orang lain sembahyang, menolong mereka dan menasihati mereka walaupun kadang-kadang ajakan itu tidak diterima.
  3. Kalau mereka sudi menegur kamu: sebagaimana kamu, mereka juga ikhlas menegur kamu atau sesiapa saja yang melakukan kesilapan.
  4. Kalau mereka bertanggungjawab: sebagaimana kamu, mereka juga berani mengaku dan bertanggungjawab apabila memikul sesuatu amanah.
  5. Kalau mereka murah hati: sebagaimana kamu, mereka juga tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
  6. Kalau mereka rela mengurangkan bebanan kamu: sebagaimana kamu juga, mereka sudi memikul susah senang kamu tanpa diminta.
  7. Kalau mereka ikhlas: sebagaimana kamu , mereka juga ikhlas dalam segala tindak tanduk.
  8. Kalau mereka simpan rahsia kamu: sebagaimana kamu, mereka juga sanggup menyembunyikan cacat cela kamu dari pengetahuan umum dan sanggup membela kamu kalau mereka mendengar ada orang mencela kamu.
  9. Kalau mereka mudah bertolak ansur: sebagaimana kamu, mereka juga pandai membuat pertimbangan dan mudah bertolak ansur demi menjaga persahabatan mereka dengan kamu.
  10. Kalau mereka sanggup menjaga hati kamu: sebagaimana kamu, mereka juga berusaha keras menjaga persahabatan yang telah terjalin itu.

& Pintu S

Pintu Syaitan Ada Pada Kamu

Pintu ini sentiasa terbuka luas untuk syaitan masuk ke dalam hati sama ada sebentar atau berkampung terus. Ia terbuka apabila kamu:

  • marah, dengki, rakus dan bernafsu syahwat;
  • terlalu kenyang walaupun dengan makanan yang halal;
  • terlalu mencintai perhiasan
  • tamak, terburu-buru dan tergesa-gesa;
  • kedekut dan takut miskin;
  • cintakan harta tanpa batas;
  • fanatik mazhab, taklid buta dan jahat sangka sesama Muslim.

& Ini Caranya

Teori Menyelesaikan Masalah

  • Kenalpasti masalah
  • Kenalpasti punca masalah
  • Cari jalan penyelesaian
  • Siapa yang boleh menyelesaikan masalah itu
  • Mencari hikmah di sebalik masalah

& Perhatian Kepada Ketua!

Jika Kamu Menjadi Ketua

  • hormatilah hak orang yang dipimpin
  • merendah diri dan sedia ditegur
  • mendengar dan menimbang pandangan mereka sebelum membuat keputusan
  • luangkan masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat

& Panduan Kita Berdoa

Waktu-waktu yang baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam Lailatul Qadar.
  2. Pada hari Arafah.
  3. Pada bulan Ramadhan.
  4. Pada malam Jumaat.
  5. Pada hari Jumaat.
  6. Antara dua khutbah pada waktu hendak sembahyang Jumaat.
  7. Sepertiga malam yang terakhir pada waktu sahur.
  8. Pada saat berbuka puasa bulan Ramadhan.
  9. Antara Azan dan Iqamah.
  10. Ketika orang mengucapkan Iqamah.
  11. Ketika berbaris menuju medan perang.
  12. Akhir setiap solat fardu.
  13. Pada waktu sedang sujud.
  14. Selepas sembahyang hajat.
  15. Selepas tahajjud pada sepertiga malam.

& Contoh Teragung

Pemurahnya Rasullulah s.a.w.

"Ibuku meminta sehelai gamis (sehelai jubah yang tiada berbutang di hadapan) daripada tuan," kata seorang budak kepada Rasullulah s.a.w.

Baginda menjawab;
"Pulanglah dulu. Apabila gamis itu ada nanti, kamu datanglah ke mari."

Budak itu pun pulang, tetapi tidak lama selepas itu dia datang lagi.
"Ibuku minta gamis yang tuan pakai ini," katanya.

Rasullulah s.a.w. masuk ke biliknya, menanggalkan gamis yang dipakainya itu lalu diberikan kepada budak itu.

& Semoga Hal Ini Untuk Kebaikan Kita

Sebuah keluarga mempunyai seekor ayam jantan yang setiap Subuh membangunkan mereka; keldai pengangkut air serta pembawa barang-barang dan anjing pengawal khemah mereka.

Pada suatu malam, ayam jantan itu ditangkap musang. Mereka sekeluarga amat sangat bersedih. Tapi si bapa seoran ayah yang soleh, dia berkata;

"Semoga hal itu untuk kebaikan kita."

Malam yang lain pula seekor serigala telah merobek perut keldai kepunyaan keluarga itu sehingga mati. Si bapa berkata;

"Semoga hal ini untuk kebaikan kita."

Pada suatu pagi ketika terbangun, mereka melihat seluruh penduduk kampung itu ditawan musuh yang menyerang pada sebelah malamnya dan hanya mereka saja yang selamat. Orang-orang lain tertawan kerana di tempat mereka terdengar salakan anjing, rengek keldai dan kokok ayam.

Jadi, memang kebaikanlah bagi keluarga tersebut atas kematian haiwan-haiwan peliharaan mereka, sesuai dengan aturan Allah.

Anak Buat Perangai!

Oleh Dr M Swamenathan, Pakar Perunding Kanan Psikiatri.

Bila anak lepaskan geram, ia mempengaruhi orang lain. Petua berikut boleh membantu anda menenangkan anak yang buat perangai. Anda cuba masukkan perisian baru ke dalam komputer, tetapi gagal. Akhirnya, anda tutup komputer, hentak papan kekunci dan menjerit sekuat hati. Itu cara orang dewasa melepaskan geram, sekali-sekala.

Kanak-kanak pun begitu juga. Kanak-kanak buat perangai apabila kecewa dengan situasi yang dihadapinya. Ini boleh memberi tekanan kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bila si manja kerap 'mengamuk'. Ibu bapa tetap akan merasa gundah, kecewa dan bimbang walaupun ini memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Karenah mereka biasanya berkurangan apabila mereka mencecah umur 4 tahun.

Mengapa?

Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan membuat perangai. Selain itu, disebabkan kurang kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, anak-anak kecil biasanya tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan mereka. Jadi, bila si manja tidak dapat memberitahu keperluannya kepada anda, (contohnya, "ibu, saya lapar"), dia akan naik angin.

Bagaimana Saya Boleh Menghentikannya?

Anda tentu akan merasa kecewa dan malu jika anak kecil anda buat perangai di khalayak ramai. Untuk mengelakkan situasi yang memalukan ini, anda boleh mengambil langkah berikut untuk meredakan keadaan.

Alih perhatiannya. Bawa anak anda ke tempat lain atau tawarkan gantian.

Buat dia ketawa. Muka kelakar atau suara lucu boleh membuat si manja lupa sebab dia merajuk.

Buat seperti biasa. Berpura-pura dia tidak ada. Jika si manja memanggil anda, buat tidak tahu. Anak kecil anda menangis untuk mendapatkan perhatian. Jadi, bila tidak mendapat perhatian, dia akan menyerah kalah dan berhenti menangis.

Buat tidak peduli. Jika semua cara tidak berkesan, usah hiraukan si manja. Bila anda tidak mempedulikannya, dia mungkin berhenti membuat perangai. Tetapi pastikan si manja sentiasa berhampiran anda.

Boleh Saya Cegah Anak Buat Perangai?

Elakkan pencetus. Perhatikan benda atau tempat yang menyebabkan si manja berperangai dan cuba elakkan benda atau tempat ini.

Jangan biarkan perutnya kosong. Perhatikan keperluannya. Jangan bawa si manja keluar bila dia lapar atau penat. Bawa snek untuk dimakan agar dia tidak lapar.

Beri pilihan. Sesekali biarkan si manja membuat keputusan. Sebagai contoh, tanya si manja sama ada dia lebih suka pisang atau epal. Pembabitannya boleh mengurangkan risiko si manja membuat perangai.

Puji si manja. Jika si manja berkelakuan baik, berilah pujian. Kegembiraan mengurangkan kemungkinan si manja membuat perangai. Semua orang suka dipuji, termasuk anda sendiri!

Ingatan Kepada Ibu Bapa

Jangan mengugut. Ugutan boleh membuat si manja lebih kecewa.

Jangan menyerah. Si manja akan menyangka itu adalah cara untuknya mendapatkan apa yang diingini.

Jangan pukul. Walaupun anda marah atau kecewa, jangan pukul si manja. Tindakan fizikal akan meninggalkan parut emosional.

Petua Untuk Ibu Bapa Menghindari Tekanan.

Anda perlu menjaga diri anda sendiri kerana anak-anak yang membuat perangai boleh membuat anda rasa tertekan.

Beberapa petua berikut boleh membantu anda:

  • Bila anda sudah merangka strategi untuk mengurangkan kemungkinan si manja anda membuat perangai, sentiasa berpegang kepada strategi anda. Ini boleh membantu si manja anda berkelakuan lebih baik pada masa hadapan.
  • Jangan terburu-buru untuk mengubah kelakuannya. Si manja anda memerlukan masa untuk mengubah perangainya.

& Sale rayer 2010 kembali!!!

SujueZ baru je update stok raya yang baru. Sila la jenguk di batiksuteracantik. Rasa tak sabar2 nak tunggu komen dari pelanggan2 semua. Maklumlah saya ni, umi baru belajar kalau ada sesiapa yang nak bagi komen yang bernas lagi berkualiti hehe silalah emailkan kepada baizura_042000@yahoo.com yer... Jangan segan2 dan malu2 okay!

Ini adalah sebahagian daripada stok baru untuk jualan hari raya yang bakal menjelma nanti...

Sutera : Batik Sutera Seri Ayu
Kod : BSSA 01
Harga : RM 220
Warna: Hijau
Status : Available


Sutera : Batik Sutera Seri Ayu
Kod : BSSA 02
Harga : RM 220
Warna: Biru
Status : Available

& Terkini!

Ukuran 4m

Sutera : Batik Sutera Lukis
Kod : BSL - 05
Harga : RM150
Status : Booked by Pn. Jamilah, UPM
Warna : Peach



BSL - 05



Bunga baju



Bunga kain


See more at http://batiksuteracantik.blogspot.com

Thank you!

& Puasa sunat

Kelmarin SujueZ gagahkan juga diri ini untuk berpuasa sunat du bulan Rejab. Hari ni fail lah sebab banyak benda kena buat. Membasuh baju semua, pastu tolong Abah buat sandiwch untuk jamuan perpisahan (ada cikgu ganti habis kontrak) sikit2. Ha, yelah Abah yang buat resepi sardin tu memang kaw2 punya rasa dia. Pastu time ni Kimi dah tido jadi sempat la layan blog ngan Fb. Kat sini juga SujueZ tampal sedikit info mengenai puasa sunat bulan Rejab.


Puasa Sunat Rejab dan Fadhilatnya

Amal ibadat sunat yang paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah puasa sunat. Paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang telah diamalkan oleh Rasullulah S.A.W. Maksud sebuah hadith Rasullulah S.A.W, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah S.W.T menyeru kepadanya,

"Telah wajib hakmu atas-Ku, mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian dan kebesaran-Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu, engkau adalah jiran-Ku di bawah 'Arasy-Ku. Engkau kekasih-Ku di antara semua makhluk-Ku. Engkau mulia di sisi-Ku. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau."


Fadhilat seterusnya (menurut beberapa hadith Rasullulah S.A.W) adalah seperti berikut:

  1. Berpuasa sunat Rejab sehari - Diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadah seumur hidup.
  2. Berpuasa sunat Rejab 2 hari - Akan dipergandakan pahala ibadahnya.
  3. Berpuasa sunat Rejab 3 hari - akan dibina benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Kiamat.
  4. Berpuasa sunat Rejab 4 hari - akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah Dajjal pada Hari Kiamat.
  5. Berpuasa sunat Rejab 5 hari - akan diamankan daripada azab kubur.
  6. Berpuasa sunat Rejab 6 hari - akan dikeluarkan dari kubur pada Hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.
  7. Berpuasa sunat Rejab 7 hari - akan ditutupkan 7 pintu neraka pada Hari Kiamat.
  8. Berpuasa sunat Rejab 8 hari - akan dibukakan 8 pintu syurga pada Hari Kiamat.
  9. Berpuasa sunat Rejab 9 hari - akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur.
  10. Berpuasa sunat Rejab 10 hari - akan diberi 2 sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratal-Mustaqim pada Hari Kiamat.
  11. Berpuasa sunat Rejab 13 hari - diberi pahala seperti berpuasa 3 ribu tahun.
  12. Berpuasa sunat Rejab 14 hari - diberi pahala seperti berpuasa 10 ribu tahun.
  13. Berpuasa sunat Rejab 15 hari - diberi pahala seperti berpuasa 100 ribu tahun.
  14. Berpuasa sunat Rejab 16 hari - akan melihat Allah S.W.T. di dalam syurga.
  15. Berpuasa sunat Rejab 19 hari - dibinakan sebuah mahligai di syurga.
  16. Berpuasa sunat Rejab 20 hari - diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadah sedekah maka pahalanya akan ditambah seperti 1000 kali ibadah Haji dan Umrah.

Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj), diberi pahala seperti berpuasa 1000 tahun.

Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah S.W.T imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Kiamat.

P/s: Bestnya kalau dapat puasa lagi bulan Rejab ni. Apa pun esok dan hari Khamis SujueZ akan cuba puasa lagi! Chaiyok!

& Togetherville; FB untuk kanak2


Canggih betul la sekarang ni. Budak2 kecik pun ada fb sendiri. SujueZ ada baca dalam Pa&Ma keluaran Julai 2010. Ada 1 rencana yang ditulis oleh En. Syahrul Nizam Junaini mengenai Facebook khas bagi kanak2.

Di sini SujueZ berikan sedikit petikan mengenainya;

Togetherville adalah laman rangkain sosial terbaru yang berfungsi seperti Facebook. Cuma ia dikhaskan bagi kanak-kanak berumur 6-10 tahun. Perkara yang positif tentang Togetherville ialah ia sesuai dan selamat bagi anak-anak kita bersosial bersama rakan-rakan maya.
.
.
.
.
Di samping itu, Togetherville hanya membenarkan ibu bapa membuka akaun anak mereka dan bukan kanak-kanak sendiri. Ia juga menepati syarat keselamatan yang ditetapkan oleh Children's Online Privacy Protection Act (COPPA) 1994 Amerika Syarikat.
.
.
.
.
.
Selain itu mereka boleh menghasilkan kad ucapan digital, bermain permainan dan menonton video yang disahkan kesesuainnya. Togetherville dijangka muncul sebagai satu platform yang bakal digilai kanak-kanak di alam maya. Ia juga bertujuan mendidik mereka menjadi pengguna laman sosial yang beradab dan bertanggungjawab.
.
.
.
.
.
Antara ciri penting yang ada pada Togetherville adalah:

Quips: Sama seperti fungsi kemas kini status pada Facebook. Quips memberikan pilihan teks yang sudah ditetapkan pentadbir laman. Kanak-kanak cuma perlu memilih teks yang sesuai untuk dituliskan. Tujuannya adalah bagi mengelakkan mereka menaip perkataan yang tidak sesuai atau tidak beradab.

Lencana: Kanak-kanak yang berjaya mengekalkan perwatakan yang baik sepanjang berinteraksi di Togetherville diberikan lencana khas. Kesimpulannya, Togetherville bakal membawa satu pengalaman baru bersosial kepada anak kita sebagaimana kita seronok ber'Facebook'.

Kerja seni, aplikasi dan permainan: Aktiviti interaktif seperti aplikasi melukis dan permainan bertujuan menjadikan Togetherville bukan sekadar tempat lepak semata-mata. Di sini mereka boleh bergembira dengan permainan terkini. Mereka boleh menyerlahkan kreativiti dengan mereka bentuk ucapan perayaan atau sempena hari jadi rakan sekelas.

Aplikasi hadiah maya: Togetherville juga memberi peluang kepada kanak-kanak menghadiahkan rakan-rakan pelbagai hadiah seperti sejambak bunga. Mereka juga boleh menghantar ucapan dan penghargaan kepada ibu bapa.

Video: Mereka juga boleh menonton, berkongsi dan mengundi video yang sudah dilulus oleh pentadbir laman.

P/s: Kimi, kena tunggu umur 6 tahun baru boleh buat facebook ya!

& Pelancaran Kedai Online SujueZ

Alhamdullilah. Baru2 ini SujueZ telah membuka satu kedai online menjual batik sutera. Batik Sutera Cantik namanya. Jadi kepada kawan2 yang nak berkunjung ke kedai online SujueZ bolelah jenguk ke kedai online Batik Sutera Cantik. Kedai ni masih baru, jadi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Apa pun kawan2 juga boleh jenguk ke Facebook dan cari Batik Sutera Cantik. Kalau kat fb boleh tengok banyak gambar sikit.

Oklah apa2 komen boleh lah komen di sini atau email ke baizura_042000@yahoo.com.

Terima Kasih!

& Insafi Diri

Agak lama jugak saya tak update blog ni yer. Maklum sajalah banyak sangat kerja sejak akhir2 ni. Nanti SujueZ akan ceritakan satu persatu. Kepada peminat (ada ke peminat? perasaan aje nih!) SujueZ di luar sana diharap bersabar okay!

Sedar tak sedar hari ni dah masuk empat hb julai 2010. Cepatnya masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat ke angka tiga puluh (statement skema). Bulan lapan ni baru dua puluh sembilan tahun umurku (baruuu???). Dah makin tua diri ini. Begitu juga dengan bumi kita. Tak lama lagi dah nak puasa di bulan Ramadhan. Lepas tu raya... Puasa ganti korang dah ganti ke belum? SujueZ dah ganti awal2 lagi. Kuatkan jugak diri ini untuk puasa ganti berturut supaya sikap malas tu tak sempat nak datang. Kalau tak mesti zerO!

Alhamdullilah. Bersyukurlah di atas nikmat yang Allah S.W.T. beri. Terima Kasih, Tuhan! Di atas nikmat kesihatan dan rezeki yang Kau limpahkan kepada kami sekeluarga. Amin. Tengok perkembangan Kimi yang membesar di depan mata dengan perangai yang sekejap macam ribut taufan melanda, sekejap macam salji turun sejuk membuai perasaan ini membuatkan diriku merasa sangat diuji. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana kesusahan dan kesenangan menjadi seorang IBU ini. Sungguh2 mencabar kesabaran, keimanan dan kesungguhan kita menjaganya. Subhanallah, Maha Suci Allah!

Itulah, untuk memperkasakan diri ini SujueZ tak lupa setiap kali selepas sembahyang (sembahyang Maghrib biasanya) saya akan mengajarkan Kimi mengaji Alif Ba Ta. Sehingga ke hari ini Alhamdullilah apa yang diajar tu dah lekat di kepalanya. Syukurlah dia mudah ingat. Kadang2 tu bila SujueZ sebut Alif, Ba... dia dah sambung Ta, Sa dan seterusnya beberapa huruf lagi. Tapi SujueZ WAJIB kan dia ulang semula dari Alif hingga habis. Ajar perlahan dan jangan paksa. Nanti kalau mood dia dah lari haa faham2 ajelah yer saudara, saudari, adik, kakak semua...



hidup ini bagaikan kipas ni berpusing laju, sekejap laju, kadang2 sejuk. sampai masa akan berenti juga



Selepas solat tu janganlah lupa baca zikir dan berdoa. Buat masa ni SujueZ dah habis baca Surah Yaasin. Tak sabar nak habiskan surah2 lain. Semoga Allah S.W.T. mengampunkan diri ini, Insya-Allah. Baca Al-Quran ni kita akan rasa dekat dengan Allah. Ingat tak bila kali terakhir pegang @ baca Al-Quran. Masya-Allah, jauhkanlah diri ini dari kelalaian, lewa, leka, lambat dan lembab... Syukurlah tahun ini berjaya amalkan baca Quran. Tahun 2008 dan 2009 baca jugak tapi kadang aje. Alhamdullilah, kesedaran dah mula berputik dan SujueZ akan terus memperbaiki diri ini sebaik2nya.

Jadi kepada kawan2 ku sekalian, marilah kita sama2 insafi diri kita supaya tidak lalai dalam mengingati Allah S.W.T. sujueZ juga ingin memohon kemaafan kepada kawan2 semua walau di mana anda berada (macam nak raya pulak kan?). Takpelah sama2 lah kita bersalam-salaman (pulakkk?). Semestinya! Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan yang harmoni, tak gitu?



buku rujukan saya



bacaan selepas solat

P/s: Tunaikan solat lima waktu