& Hari kedua

Salam...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdullilah, dengan limpah rahmat Allah S.W.T., kita sangat beruntung kerana masih lagi dapat menikmati bulan Ramadhan, bulan yang agung, mulia, istimewa dan berkat, mengandungi banyak rahmah. Sepatutnya peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh orang yang ingin menjadi termulia dan terbaik di sisi Allah S.W.T. serta ingin mencapai keredhaanNya di akhirat nanti.

Hari kedua berpuasa SujueZ rasakan lebih bertenaga berbanding semalam. Dari urusan mengemas, membasuh dan membereskan kerja yang mana patut semuanya dapat dilakukan tanpa rasa letih.
Sahur tadi pun okay saja.
Hari pertama berbuka, lauk semua SujueZ masak kecuali pengat pisang. Itu Abah yang sediakan. Spesel punya menu untuk hari pertama berbuka. Sebab Abah dapat balik awal dari sekolah pukul 5.30 petang untuk bulan puasa ni. Jadi sempatlah memasak hehe.
Kami pun berbuka lah dengan apa yang ada ala kadar saja. Seperti biasa malamnya tu solat tarawih jadi agenda utama.

Hari Pertama Puasa

Malamnya tu sempat menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat + 3 rakaat solat sunat witir = 11 rakaat. Abah Kimi ke surau. Kimi pula SujueZ pasangkan radio kaset mengaji sambil matanya menonton tv (suara tv diperlahankan agar suara Sheikh Al-Ghamidi mengalunkan bacaan Al-Quran menusuk ke jiwanya, amin).
Selepas selesai, sempat juga merancang menu bersahur. Antara yang sempat difikirkan ialah menu yang ringkas @ simple seperti kubis goreng kicap, ayam goreng dan sambal ikan bilis. Dihiasi dengan tembikai @ timun cina sebagai pencuci mulut. Dibilas pula dengan air teh 'o' yang kurang manis. Alhamdulliah, sungguh berselera. Oh ya! Kimi tetap tidur nyenyak macam biasa.

Oleh itu, suka untuk SujueZ BERPESAN kepada kawan2 semua marilah kita berlumba-lumba membuat amal tak kira samada malam atau pun siang. Di mana ada kesempatan rebutlah ia walaupun sedikit cuma.

Sebagaimana sunnah Nabi seperti bertadarus Al-Quran, beristighfar, bersedekah, memberi makan untuk berbuka puasa, solat tarawih dan lain2 amalan baik supaya hari2 di bulan Ramadhan ini dapat dihiasi dan diperindahkan bagi setiap diri orang Islam.

Firman Allah Taala:

"Hai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, agar kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang ditentukan..."
(Al-Baqarah: 183)

Semoga kita semua sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan tidak tergolong di kalangan orang2 yang rugi. Amin...


No comments:

Post a Comment