&Kebaikan Cloth Diaper

Mari kita lihat apa yang SujueZ nak kongsikan mengenai Cloth Diaper ni. Sesiapa yang dah baca majalah Pa&Ma keluaran Februari 2010 mesti ada terbaca mengenainya kan. Ok kat sini SujueZ PETIK sedikit artikel kepentingan Cloth Diaper ni untuk panduan bersama...
Ni contoh yang SujueZ beli


Lampin Kain Moden, Mudah & Jimat - Oleh Norhasliza Yusoff

Lampin kain moden (Cloth Diaper)sebagai lampin alternatif yang selamat untuk dipakaikan kepada bayi. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan terhadap anak kerana keseluruhan materialnya diperbuat daripada kain. Ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang sedang memakai lampin. Dan yang paling penting, ia praktikal bagi ibu bapa yang bekerjaya kerana mudah dikendalikan.
Bahagian luar CD ialah dari fabrik PUL (Polyurathane Laminate) yang kalis air. Bahagian dalam adalah daripada fabrik microfleece yang akan membuatkan bayi rasa kering dalam tempoh 4 jam manakala bahagian yang menyerap air kencing bayi ialah pelapik putih daripada fabrik mikrofiber, buluh ataupun hemp.
Material CD tahan lama dan CD yang sama boleh digunakan untuk anak seterusnya. Setiap CD mempunyai butang boleh laras untuk larasan saiz S, M, L dan XL. Jadi CD yang sama boleh digunakan oleh bayi yang sama seawal usianya 1 hari sehingga 3 tahun (17kg). Malah penggunaan CD juga terbukti mempercepatkan proses latihan ke tandas berbanding anak yang menggunakan lampin pakai buang yang mempunyai gel serapan berkimia yang menyebabkan rasa kering pada bayi biarpun telah dipakai dengan lama.
Material CD sukar untuk bertahi lalat walaupun jika direndam lama. Bagi CD yang telah terkena najis si kecil, basuh dan jemurkan di bawah cahaya matahari. Kotoran akan hilang dan CD akan kembali bersih.
Selain itu, CD tidak akan bocor, kecuali jika tidak cukup basuhan awal (prewash) atau pemakaian saiz CD yang tidak sesuai. Periksa sama ada ukur lilit CD benar-benar sesuai dengan paha bayi semasa memakaikannya.


Cara membasuh Cloth Diaper
1. Basuh sekurang-kurannya 3 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun.
2. Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi.
3. Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.
4. Gunakan sabun basuh yang tidak mengandungi bahan peluntur mahupun pelembut.
5. Gunakan Lunatots Laundry Net untuk menjamin jangka hayat CD anda.
6. Keringkan CD anda samada di bawah kipas atau cahaya matahari.


Oklah di harap dapat membantu. Jadi untuk penerangan lebih lanjut bolehlah rujuk majalah Pa&Ma muka surat 76 dan 77 untuk melihat beberapa jenis Cloth Diaper dari Lunatots.
Sekarang SujueZ nak try kira berapa RM boleh jimat dengan adanya CD...

Lampin pakai buang
Katalah SujueZ gunakan 5 keping lampin pakai buang sehari untuk Kimi
Kos lampin pakai buang RM1 sekeping x 5 = RM5 sehari
RM5 x 365 = RM1,825 setahun
RM1,825 X 3 tahun = RM5,475 untuk seorang anak

Lampin kain moden
1 helai = RM19.90 (harga bergantung kepada jenis. Harga ni yang SujueZ beli)
12 helai x RM19.90 = RM238.80
20 helai x RM19.90 = RM398

Wowww memang banyak bezanya kan. Jadi apa kata lepas ni kita ambil langkah yang bijak ni. Cuma ikut lah kemampuan masing2 yer.
Sesiapa pun berhak melakukan yang terbaik untuk anak2...

No comments:

Post a Comment