& Sekilas

Seawise Giant

Kapal tangki yang terbesar di dunia ialah Seawise Giant iaitu sepanjang 485.45 meter atau lebih panjang daripada 19 gelanggang tenis yang dicantumkan dari hujung ke hujung. Namun, kapal ini telah rosak teruk akibat diserang oleh jet pejuang Iraq pada 4 Mei 1988.

Tokyo-Yokohama

Terdapat 13 kota yang mempunyai penduduk melebihi 10 juta di dunia. Tujuh daripadanya adalah bandar raya di Asia. Kota yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai ialah Tokyo-Yokohama di Jepun, yakni hampir 30 juta.

Blue Whale

Ikan paus biru (blue whale) merupakan binatang yang terbesar dan terberat di dunia. Panjangnya menjangkau 30 meter dan seberat 190 tan yakni sama berat dengan 52 buah bas. Ia tidak mempunyai gigi dan menelan 1,000 kilogram makanan sekaligus.

Jantung

Jantung anda yang sebesar penumbuk tangan berdegup lebih kurang 70 kali seminit dan lebih 100,000 kali dalam sehari. Tenaga kerja yang dilakukannya dalam sehari berupaya mengangkat bebanan seberat 1.4 ton metrik setinggi 7.2 meter. Daya kerja jantung dalam 1 jam berupaya mengangkat 1.4 ton metrik setinggi 30 cm.
(Sumber: The World Book Encyclopedia)

Bandar Potosi

Bandar Potosi, Bolivia merupakan bandar tertinggi di dunia terletak pada ketinggian 3,976 meter dari paras laut.

Tembok Besar China

Tembok Besar Negeri China (dibina lebih 2,000 tahun dahulu) panjangnya 3,460km atau 2,150 batu dan mempunyai cabangan sepanjang 2,860km atau 1,780 batu. Keseluruhan panjangnya sama dengan Sungai Nil. Lebih 1 juta orang pekerja mati sewaktu menyiapkannya.

Nombor

Nombor 3 digit yang terbesar boleh ditulis ialah 9 (9 kuasa 9) iaitu 9 kuasa 387420489. Sehingga kini, tidak ada siapa yang mengetahui nilainya yang sebenar tetapi ia bermula dengan angka 428124773... yang mempunyai 369 juta digit. Jumlah sebanyak ini memerlukan lebih daripada setahun untuk dibaca.

No comments:

Post a Comment