&Awet muda?


SujueZ ada terbaca mengenai satu artikel iaitu "Daun gajus untuk awet muda". Maklumlah umur pun dah nak masuk 29 tahun jadi SujueZ rasa elok kita cari alternatif supaya kekal cantik dan menawan di kala usia menginjak masuk ke angka yang lebih besar. Lagi pun hal2 kecantikan ni adalah khusus untuk tatapan suami yang tersayang jugak, iya kan.

Orang perempuan ni sapa la yang nak hodoh lagi buruk rupa. Semuanya nak muka cantik dan berseri sepanjang masa. Tak kira lah masa duduk kat rumah atau pun keluar jalan2. Mesti nak nampak sempurna. Memang jadi idaman semua orang perempuan lah yang nak cantik ni.

Haa kadang2 tu macam2 jenama kat luar sana di try kat muka ni. Sampai abis duit semata2 nak lawa. Hasilnya belum tentu lagi. Sekarang ni kalau belek majalah sana sini ada aje produk2 baru, tak kiralah yang diimport atau dalam negara kita sendiri. Lepas tu sasarn utama produk2 tu tentulah kita2 ni orang perempuan. Kalau tengok sepintas lalu memang lah rambang mata. Lipstick tu tak cukup 1, kalau boleh biar lengkap 12 warna macam pensel warna. Tak pun kalau cukup kaler warna pelangi yang muncul lepas hujan tu pun dah kira ok kan. Padahal yang setiap kali pakai keluar rumah pegi pasar ke, shoping ke, yang kaler pink jugak yang dipakainya. Yang warna2 lain tu buat apa pulak? Dah ke membazir namanya tu...

Dalam pada tu ramai jugak yang salah pilih produk2 kat pasaran tu. Hampa + kecewa lah pulak. Muka jadi dah tak cun. Duit pula dah berterabur sana sini masuk poket orang lain hehehe.

Opps SujueZ bukan ape saja mengomel sikit2, takkan tak boleh kot huhuhu. Jadi apa kata kita cuba pilihan alternatif atau cara kampung biarlah kolot sikit tak rugi apa2 pun.

Macam ni cuba cari daun gajus ni. Kenal ke gajus? Huk aloh laa. Dengan nama lain ialah ketereh atau janggus (betul ke ni). Ore klate panggil buah teree (slang klate). Orang ganu pulok panggil buah jambu golok. Itu dia...

Kalau ikut nama saintifiknya dipanggil Anacardium Occidentale (dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae). Janganlah risau daun gajus tak beracun. Ini terbukti bila para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ni telah buktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.
Pucuk gajus didapati ada 97.6% aktiviti pembersihan toksik. Selain itu ia juga mengandungi bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik dalam badan.
Air rebusan pucuk daun - boleh mengubat ulser mulut
Kulit kayu pokok gajus - digiling lumat boleh rawat luka, badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah2 dan terkena gigitan binatang berbisa (keluarkan bisa dahulu).

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, UPM, Tajuddin Abdul Manap katanya, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Jadi ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda!

Kalau nak tahu pucuk dia boleh makan macam tu saja atau minum air rebusannya. Kepada siapa2 yang dah amalkannya SujueZ PASTI mereka ni boleh rasakan kehalusan kulit dan kesegaran pada tubuh badan.

Kata Encik Tajuddin lagi, selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis.
Tapi ada jugak sumber yang mengatakan kalau orang yang sakit sendi tak boleh makan buah ni sebab nanti bertambah teruk pulak sakitnya. Sama la dengan orang yang sakit lutut pun tak boleh amal.

p/s: Banyak lagi kegunaan buah gajus/jangguih ni. Oh ya sape2 yang tak kenal buah gajus boleh klik kat sini http://pemancingikan.fotopages.com ok.

No comments:

Post a Comment