Showing posts with label Kata Pujangga. Show all posts
Showing posts with label Kata Pujangga. Show all posts

Tarbiyyah anak2 menurut kacamata Islam

Juga dari email;

ASSALAMUALAIKUM…
BACALAH UNTUK MASA DEPAN KITA DAN ANAK-ANAK KITA…BEKALAN AKHIRAT…
INI BUKAN RISALAH POLITIK
TAPI MAKANAN ROHANI...

SAYA TERPANGGIL UNTUK BERKONGSI MAKANAN ROHANI INI KERANA SAYA BIMBANG DENGAN ANAK-ANAK KITA PADA HARI INI SEMAKIN HARI SEMAKIN ROSAK AKHLAKNYA. SALAH SIAPA?

JANGAN KITA MENUNDING JARI, MARI KITA MUHASABAH DIRI BERSAMA-SAMA. HAYATILAH…

=========================================================================
Tarbiyyah Anak2 Menurut Kacamata Islam

1. Manusia perlu 2 keperluan :

a) Keperluan Fizikal (Lahiriah)
• Rumah
• Kereta
• Perkahwinan
• Makanan

b) Keperluan Rohani
• Ketenangan
Kembali kepada Agama Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
• Kebahagiaan

2. Menurut Syahid Hassan Al-Bana

Tiga persoalan perlu dijawab:

• Dari Mana kita datang?
• Kenapa kita dihidupkan? Untuk Mengabdikan diri kepada Allah
• Kemana kita akan pergi?

3. Suami mengajak keluarga kembali kepada Allah. Manakala isteri mendidik anak kembali kepada syariat Allah.

4. Hari Akhirat, satu golongan manusia dibutakan. Kenapa? Semasa di dunia tidak memandang kehidupan beragama, tidak nampak kebesaran Allah dan membuat kerosakan di muka bumi Allah.

5. Ramai ibu-bapa yang menternak anak-anak (iaitu hanya memenuhi keperluan fizikal/zahiriah semata-mata tetapi tidak mendidik dengan agama).

Konsep Tarbiyyah

1. Proses Mendidik Mengasuh, membentuk mencorak mengikut al-Quran yang dibawa oleh Rasullulah melalui hadis baginda.

Rujuk Surah at Tahrim ayat 6 -
Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka


2. Perempuan itu dikahwin kerana keturunannya, hartanya, kecantikannya dan kerana agamanya tetapi pilihlah yang beragama moga-moga kamu bahagia.

3. Kisah seorang anak dianggap derhaka oleh si ayah semasa zaman Khalifah Saydina Umar :

• Carilah bakal ibu yang baik akhlaknya.
• Namakan anak dengan nama yang baik
• Ajarkan anakmu dengan membaca al-Quran
(Malangnya : anak tersebut menjadi derhaka kerana apa yang diperolehi sepanjang hidupnya jauh menyimpang dari perkara di atas)

Amalan-amalan Ketika dalam Kandungan

1. Memperbanyakkan membaca al-Quran khususnya surah Yusuf, Maryam, Luqman dan at-Taubah.
2. Sentiasa berdoa dikurniakan anak yang soleh.
3. Pastikan rezeki dari sumber yang halal.
4. Sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri dan anak dalam kandungan.
5. Suami sentiasa memberi dorongan, semangat dan belaian kasih sayang.

Setelah anak dilahirkan

1. Bersyukur atas nikmat dan kurniaan.
2. Sunat diazan dan diqamatkan.
3. Sunat menggunting rambut (ditimbang dengan nilai emas - disedekahkan kepada fakir miskin)
4. Sunat Tahnik (belah mulut) dengan kurma dan air zam-zam melalui orang yang soleh.
5. Menamakan anak dengan nama yang baik.
6. Sunat Aqiqah.
7. Khitan (bersunat)

Tahap Pendidikan

1. Anak yang baru lahir hingga ke 6 tahun digalakkan bergurau, membelai dengan penuh kasih sayang.
2. Anak 7 tahun sehingga baligh 14 tahun dididik dengan arahan, displin diberi tanggung-jawab (mungkin arahan yang sama sebanyak 200 x).
2. Umur anak 15 tahun hingga 21 tahun dibuat cara berkawan, bertukar pendapat, hormati pendapat mereka.
4. Umur 21 tahun ke atas, diberi kebebasan bertindak selagi tidak melanggar syariat.

Pendidikan Keimanan

1. Kenalkan anak dengan Kalimah Tawhid (Aqidah).
2. Kenalkan anak dengan hukum halal dan haram.
3. Menyuruh beribadah seawal 7 tahun. (Pukullah anakmu jika dia tidak menunaikan solat apabila berumur 10 tahun).
4. Mendidik mencintai Rasulullah s.a.w. dan keluarga baginda.
5. Membaca al-Quran.

Menurut : Pendidikan " Children Learn What They Live" - Dorothy Nolte

1. Jika anak dibesarkan dengan kritikan, mereka akan belajar mengecam.

2. Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, meraka akan belajar berkelahi.

3. Jika anak dibesarkan dengan rasa takut, mereka akan belajar menjadi penakut.

4. Jika anak dibesarkan dengan ejekan ke atas mereka, mereka akan belajar menjadi pemalu.

5. Jika anak dibesarkan dengan dorongan, mereka akan belajar untuk percaya kepada diri.

6. Jika anak dibesarkan dengan sikap toleransi, mereka akan belajar menjadi seorang bersabar.

Rujukan Buku Pendidikan anak-anak Jld 1 dan 2 Karangan Dr. Abdullah Nasir Alwan

BAGAIMANA?

TERLINTASKAH DI HATI ANDA UNTUK MELAKUKAN SESUATU?

JIKA SELEPAS MEMBACA RISALAH INI ANDA MASIH TIDAK MERASAI APA-APA, KETAHUILAH HATI ANDA SEDANG MENGHADAPI MASALAH. TIDAK MUSTAHIL HIDUP ANDA SEKARANG SEDANG DILANDA MUSIBAH.

FIKIR-FIKIRKAN...
WALLAHUALAM.

IIKHLAS:

ANAK PRIHATIN

Semoga Muhammad Danish Hakimi akan berjaya dunia dan akhirat,
Insya-Allah!

Yang baik itu pengajaran.....

Dari email yang SujueZ dapat;

Semoga kita semua mendapat
pengajaran & muhasabah
diri kita daripada kisah berikut….


Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1.. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah.
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam, pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma.
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai, Johor. Pada hari ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem riba. Pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak, hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.


Subhanallah, bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya?
Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki. Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman. Cuba kita tanya diri kita sendiri...

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. Alhamdulillah, moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua.


& Tolonglah jangan mengumpat

Larangan Mengumpat

Dalam pergaulan kita dengan sesama muslim bukan hanya dilarang menyebutkan kata-kata kasar atau kata yang bertujuan untuk memburukkan di hadapannya, tetapi ketika dia tidak ada pun dilarang juga.
Yang dikatakan Ghibah itu ialah mengatakan sesuatu yang tidak disukai seseorang di balik belakangnya. Misalnya kita ceritakan tentang keadaan si polan ketika dia tidak ada, yang mana kalau dia mendengarnya dia pasti akan marah.

Mengumpat hukumnya HARAM dan Allah mengatakan orang yang mengumpat itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya yang sudah mati.

Firman Allah:

Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujurat: 12)

Dari Anas ra, katanya Rasullulah SAW bersabda: Tatkala aku dimikrajkan saya berjumpa dengan satu kaum yang mempunyai kuku tembaga. Saya lihat mereka menggaru dan mencakar muka dan dada mereka. Melihat yang demikian saya bertanya:
"Siapa mereka itu wahai Jibril?"
Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang yang suka memakan daging manusia dan suka menjatuhkan harga diri orang."

Beerti mengumpat besar dosanya. Dan juga bukan hanya orang yang mengumpat yang berdosa tetapi orang yang mendengar pun turut mendapat dosa. Kalau begitu jika kita beradadi satu tempat dan di hadapan kita ada orang yang menceritakan keburukan orang lain tugas dan tanggungjawab kita adalah seperti berikut:
  • Kalau ada orang yang asyik menceritakan keburukan orang lain di hadapan kita, hendaklah kita ceritakan pula kebaikan dan kelebihan orang itu supaya dia berhenti mengumpatnya. Siapa yang sanggup berbuat demikian akan mendapat pahala yang besar.
  • Kalau tidak sanggup berbuat demikian dan tidak sanggup menegur orang yang mengumpat itu hendaklah kita tinggalkan tempat itu.
Kalau kita sudah mengumpat seseorang, hendaklah kita meminta maaf kepadanya. Kalau orangnya sudah meninggal misalnya hendaklah kita selalu mendoakannya. Atau kita bersedekah sesuatu dan pahala tersebut kita hadiahkan kepadanya. Di samping itu hendaklah kita banyak-banyak meminta ampun kepada Allah SWT.

Ha, jangan mengumpat yer...!


& Kata nasihat

Mari kita renungkan...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada, kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemui Allah S.W.T.
Di dalam hati manusia ada, hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepada Allah S.W.T.
Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu...

&renungan

Rasa gerun dengan ancaman dan kekerasanNya, tetapi amat mengharap rahmat dan kasih sayangNya; begitulah sepatutnya sifat manusia...

&Ibadat

Ibadat itu laksana perniagaan, adapun kedainya adalah khalwat (bersunyi-sunyian), modalnya takwa, sedangkan keuntungannya adalah syurga...

&takutkan Dia

Takutkan Allah benteng. Cintakan Allah menyerah apa saja. Tawakkal pada Allah ketenangan jiwa. Dan yakin dengan janji Allah penghibur hati...

&madah indah

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasullulah s.a.w bersabda;"Barangsiapa yang mendengar satu ayat dari kitab Allah, maka akan dicatatkan untuknya hasanat yang berlipat ganda, dan siapa yang membaca satu ayat dari kitab Allah akan menjadi cahaya penerangan untuknya pada hari kiamat."

Riwayat Ahmad