&Marshmallow

Inilah Marsmallow...

Kalau sape2 nak tahu mengenai Marshmallow, SujueZ ada sedikit info pasal benda ni.

Marshmallow adalah makanan ringan yang mempunyai tekstur seperti buih yang lembut dalam pelbagai bentuk, aroma dan warna. Marshmallow akan cair di dalam mulut kerana merupakan hasil dari campuran gula atau sirap jagung, putih telur, gelatin, gam arab, dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.

Resepi tradisional marshmallow tidak menggunakan gelatin, melainkan sari akar tanaman HERBA marshmallow (Althea officinalis), sehingga makanan ini disebut marshmallow. Setelah Alex Doumak mempatenkan proses penghasilan pada tahun 1948, marshmallow mula dibuat di kilang dengan mesin. Hasilnya berupa marshmallow berbentuk silinder yang dipotong-potong dan digulingkan dalam campuran tepung jagung dan gula halus.

Marshmallow disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa yang boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan ke dalam minuman (coklat susu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.

Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah dipanggang di atas api unggun. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikit mencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus.

Ok puas hati tak? Tapi kita lihat ada juga Marshmallow yang Perlu Diwaspadai...

Kehalalan Marshmallow

Bagaimana dengan kehalalan Marshmallow?
Melihat gelatin sebagai bahan bekunya, maka kehalalan Marshmallow sangat perlu diwaspadai. Gelatin merupakan bahan yang dihasilkan dari sumber haiwan, baik dari lembu, khinzir, mahupun ikan.

Jika gelatin berasal dari khinzir maka sudah jelas statusnya menjadi haram. Akan tetapi meskipun berasal dari lembu (sapi), cara penyembelihannya perlu diketahui untuk memastikan kehalalannya. Kewaspadaan terhadap produk Marshmallow ini semakin perlu dipertingkatkan kerana pada kenyataannya, produk Marshmallow yang berada di pasaran masih merupakan produk import. Jenis gelatin yang digunakan jarang dinyatakan secara jelas. Sementara itu, penggunaan gelatin ikan pada produk Marshmallow masih sangat terbatas.

Ada beberapa produk Marshmallow untuk vegetarian yang menggunakan gelatin ikan atau dibuat secara tradisional menggunakan bahan beku akar Marshmallow. Akan tetapi sayangnya produk-produk vegetarian tersebut sangat mahal.

Dari sini dapat dilihat secara jelas bahawa produk Marshmallow merupakan produk yang sangat rawan kehalalannya. Sebagai konsumer Muslim yang kritis, suatu produk yang meragukan hendaknya ditinggalkan. Meski bentuk, warna, aroma, dan penampilan Marshmallow begitu menggoda, jika kepastian kehalalannya tidak dapat ditemukan maka satu-satunya pilihan adalah meninggalkannya(tidak membelinya).


p/s: Tepuk dada, tanya selera

No comments:

Post a Comment