&Takwim Hijriah

SujueZ ada terbaca sedikit info di internet iaitu mengenai bulan2 di dalam Takwim Hijriah (bulan2 Islam). Jadi SujueZ ingin kita berkongsi sama2 mengenainnya. Semoga ia memberi manfaat dan pengetahuan kepada kita semua. InsyaAllah.

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakkannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakkan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut.Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

1. Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram)

Mengambil dari perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah S.A.W meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2) Safar

Bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3) Rabiul Awal

Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4) Rabiul Akhir (atau Rabiul Thani)

Bulan kedua musim bunga

5) Jamadil Awal

Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6) Jamadil Akhir (atau Jamadil Thani)

Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7) Rejab

Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dibormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8) Syaaban

Terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah atau menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9) Ramadhan

Diambil dari perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10) Syawal

Diambil dari perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11) Zulkaedah

Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakkan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan haji.

12) Zulhijjah

Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Dari semua bulan, Ramadhan yang paling dianggap mulia. Muslim akan berpuasa dari fajar hingga senja sepanjang bulan.

No comments:

Post a Comment