Ini adalah aktiviti hari sabtu (kelmarin). Oleh sebab kelmarin sekolah Abah kena sekolah (ganti untuk hari sukan) maka kimi dan SujueZ duk rumah ajelah. Lagi pun cuaca kat port klang ni tak menentu. Sekejap panas, sekejap nak hujan (guruh, kilat + petir).
Jadi untuk mengelakkan kimi bosan, SujueZ keluarkan jigsaw puzzle ni untuk menghilangkan kebosanan kimi daiyyan ni.
Jadi untuk mengelakkan kimi bosan, SujueZ keluarkan jigsaw puzzle ni untuk menghilangkan kebosanan kimi daiyyan ni.



Kimi lepas demam ni macam2 ragamnya (beraneka jenis). Paling kuat sekarang ni dah pandai nak memberontak, baling2 barang (terutamanya buku2 dia) kalu dia nak protes atau tak nak sesuatu. Kadang angin SujueZ ni naik gak (rasa nak nak nak ehem ehem jer kat budak ni hehe). Tapi takdelah, SujueZ biarkan then bila kimi dah cool skit baru bagi nasihat kat dia. Kalau nak cakap time dia tengah meragam memang xleh (kot2 dengan kita2 skali meragam). Itulah Kimi, terlalu aktif dan kuat meragam + merajuk. Kimi ooo Kimi...

No comments:
Post a Comment