& Beberapa perkara makruh dalam sembahyang

Dari email;

Hadis Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya baginda s.a.w melarang seseorang yang sembahyang sambil meletakkan tangan di pinggang.

Meletakkan tangan di pinggang atau bercekak pinggang adalah berasal dari syaitan. Setelah berjaya menipu Nabi Adam dan mengeluarkannya dari syurga, syaitan bertepuk tangan, bercekak pinggang dan bersiul-siul sambil berjalan-jalan. Bercekak pinggang semasa solat tidak menggambarkan tawadhu’ (rendah diri) kepada Allah.

Terdapat 4 cara meletakkan tangan semasa solat iaitu:
  1. Di dada (Imam Syafie)
  2. Di bawah dada dan di atas pusat (ulama mazhab Syafie)
  3. Di bawah pusat (mazhab Hanafi)
  4. Membiarkan tangan lurus ke bawah iaitu tidak meletakkan tangan di mana-mana (mazhab Maliki)
Tidak sempurna solat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan solat seseorang yang menahan buang air kecil dan besar.”
(HR. Muslim).


Abu Hurariah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hendaklah kamu berhenti dari mengangkat pemandangan mata ke langit ketika berdoa dalam sembahyang. Jikalau tidak, nescaya penglihatan kamu akan disambar (dihapuskan)“.
(Riwayat Muslim)

Di permulaan Islam, Rasulullah s.a.w sembahyang memandang ke langit kerana memerhatikan malaikat Jibril.

Dalam sembahyang, mata mestilah melihat tempat sujud semasa qiam (berdiri). Semasa rukuk pula, tengoklah ibu kaki (kata ulama). Semasa sujud, rendah atau sempitkankan mata dengan melihat batang hidung. Semasa duduk di antara dua sujud dan tahiyyat pula, Rasulullah s.a.w melihat paha dan juga jari semasa Tahiyyat.








No comments:

Post a Comment