& Pelat ker?

Salam. Semoga sihat sejahtera hendaknya semua...

Entri ni mengenai perkataan2 yang Kimi bole sebut selepas umurnya dah masuk 2 tahun 2 bulan lebih ni. Ada yang sangat jelas, jelas dan kabur (berterabur pon ada). Kadang2 kelakar jugak bila dengar dia sebut. Maklumlah Kimi, budak baru belajar...

Ada perkataan tu Kimi sebut dengan bunyikan huruf 's' kat belakangnya. Contohnya nyamuk akan jadi 'amuks'! Aduh, pening gak kepala SujueZ. Bimbang jadi pelat. Tapi boleh dikatakan banyak jugaklah perkataan yang Kimi bole sebut sejak akhir2 ni. Antara perkataan yang jelas sebutannya ialah air, minum, susu (mula2 'ushu'), kasut (kadang2 'kashut') dan kipas ('kipash).

Apapun lama-kelamaan semakin banyaklah perkataan baru yang Kimi dapat sebut selain maa, Umi (SujueZ) dan Abah.

Perkataan2 lain ialah:

Haiwan
Katak = kadang bole jadi katok
Cicak = citok
Nyamuk = amuks
Tikus = tikush
Lipas = lipash
Semut = semuts
Kambing = kanping
ular = ok
rama2 = ama2
itik = ok
ikan = mula2 bunyi 'ikam'
burung = ok
ayam = ok
ulat = ok
kucing = kuncing
ketam = ok
udang = ok
sotong = ok

Kalau anggota badan (body) bole jugaklah sebut dan kenal sikit2.

Anggota badan

mata = ok
hidung = ok
telinga = ok
rambut = ok
perut = ok
kaki = ok
tangan = ok
mulut = yang ni ingat2 lupa
gigi = ok

Lain2, kakak, abang, adik @ baby, emak (kalau tengok iklan boleh sebut dengan lancar), nenek, pokok, beg, payung, awak, buku, pen, topi, gunting, sayur, nasi (asi), betik, coklat (kelat), timun, milo, pisang (pishang), biskut (bikut), bantal, kapal terbang (bang aje), bola, tidur, tayar (ayar), kereta (ketey), basikal (kika) dan bas.

SujueZ: Kimi, cium/sayang sikit.
Kimi: Siunnn! Siunnn! Siunnn!
Hahaha. Sebutannya memang kuat bunyi 'n' kat belakang perkataan ni.

SujueZ guna buku 'Discovery Science Year 1' keluaran Pelangi.

Kebetulan beli masa jualan buku kat kilang buku Pelangi kat Bandar Baru Bangi. Lama dah lupa plak harganya. Buku dia memang tahan lasak, SujueZ siap sampul lagi. Niat di hati nak wat buku rujukan Kimi (kononnya bila dia masuk sekolah nanti biarpun lambat lagi hehe). Kertas dia pun liat sikit nak koyak. Tahu ajalah si Kimi ni lasak and very the active boy...

Tapi yang buat Kimi suka sangat ngan buku ni sebab gambar kat dalam tu very da kalerful. Warni-warni sangat cantik dan menarik. Kebanyakkan perkataan yang berjaya Kimi sebut tu sebahagiannya ada dalam buku ni lah.

Antara gambar2 menarik dalam buku ni...




Selain tu ada 2 buah buku lagi yang SujueZ guna ialah buku berkulit keras/tebal ni. Tajuk dia Transport (Kenderaan) dan Farm Animals. Yang lagilah lasak buku dia. Nak baling dinding pun takkan efek apa2. Nak koyak jauh sekali la...

Gambar dia tak kurang hebatnya sangat jelas pada pandangan mataku hehe.







Selain pada tu SujueZ juga perkenalkan Kimi pada poster2 yang SujueZ TAMPAL pada dinding bilik supaya senang kalau sambil main2 ngan Kimi tu boleh la tunjukkan gambar serta perkataan baru.

Bukan apa supaya dia senang ingat dan perbaiki sebutan setiap hari. Kadang2 sikap kita sendiri kena jadi dan cakap macam budak2 jugak (motivasi diri). Poster yang senang2 aje seperti mengenal huruf (alphabet) dan gambar sekali. Jangan paksa. Ajar sambil main2 supaya dia (anak2 kita) tak tertekan. Kalau dah boring tu nak wat cane kan.

Ambiklah pensel yang tumpul dan buku yang tak nak pakai bagi dia conteng (kalau yang tajam nanti dia conteng kat dinding rumah pulak yer). Sebenarnya boleh bagi yang tajam tapi kita hendaklah sentiasa memantau aktivitinya. Lagi pula pensel yang tajam boleh mengundang bahaya. Tak gitu?



p/s: Lakukan yang terbaik hanya untuk anak kita!

No comments:

Post a Comment