& Syukurnya...

Ya Allah, terima kasih di atas segala rahmatMu.
Amin,
Amin,
Amin Ya Rabbal Alamin...

Alhamdullilah, lega rasanya bila Kimi dah pulih dari demam selama 3 hari. Bimbangnya hanya Tuhan saja yang tahu.
Badannya sangat panas masa mula2 nak demam tu. Tgh2 siap nak gi klinik lepas maghrib hari jumaat lepas burrr... dia muntah. Last2 Abah gi klinik mintak ubat. Nampaknya berkesan jugaklah ubat demam tu.
Maklumlah apa yang tak risaunya, sekarang ni demam sikit pun dah boleh membawa maut. Mintak dijauhkan dan mintak dipanjangkan umur semuanya...

Dalam pada demam tu, tiba2 dia diserang batuk dan selsema. Nak boleh ke makan ubat batuk tu pulak jadi masalah. Payah sikit Kimi nak telan sebab ubat batuk tu ber'angin' semacam aje.

Apapun syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya, hari ni demam Kimi dah kebah. Cuma batuk2 sikit lagi belum hilang. Semoga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik buat Kimi.

Aksi2 Kimi sebelum kena demam...






















p/s: cepat2 ke klinik jumpa doktor sekiranya ada anak2 kita mengalami deman, batuk, selsema... cegah sebelum parah.

No comments:

Post a Comment