& Cara-cara Ibu Bapa untuk Menggalakkan Kreativiti

Di sini ada beberapa tips yang boleh kita kongsikan bersama;
  • Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi 5 deria mereka - penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan. Ibu bapa boleh merancang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.
  • Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia sekeliling tanpa gangguan.
  • Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarahi. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
  • Ransang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia anak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.
Kreatif like Kimi ya!

No comments:

Post a Comment