& Empat soalan

Soalan Anas R.A kepada Rasullulah S.A.W.

Anas bin Malik R.A. telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasullulah S.A.W. sebanyak beberapa soalan, antaranya ialah:

1. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 10 rakaat?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Sepotong roti yang engkau sedekahkan adalah lebih saya suka
dari sembahyang sunat 10 rakaat."


2. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai
dari sembahyang sunat 1,000 rakaat."

3. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang 1,000 rakaat?

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Meninggalkan sesuap makanan yang haram adalah lebih saya sukai
dari sembahyang 1,000 rakaat."

4. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau beribadat 1,000 tahun?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih saya suka
dari ibadat 2 juta tahun."

Begitulah... beberapa soalan yang dikemukakan oleh Anas R.A. kepada Rasullulah S.A.W. bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas R.A. sahaja, malah sebaliknya ia juga ditujukan kepada semua umat Rasullulah S.A.W.

Sumber:
Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan.














No comments:

Post a Comment