& Cara cuci pakaian

Sebagai panduan untuk para ibu2 yang mempunyai anak2 kecil;

Membersihkan pakaian yang terkena najis sama ada kencing atau tahi kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati dan jangan sekali-kali dipandang mudah. Pakaian bernajis sama ada terkena kencing atau apa jua bentuk najis tidak boleh dicampurkan sekali dengan pakaian-pakaian yang dibasuh dalam mesin basuh atau direndam sekali dengan pakaian yang tidak kena najis dalam besen atau baldi.

Ini kerana pakaian yang bernajis tersebut akan menajiskan semua pakaian yang terdapat dalam mesin basuh atau baldi itu. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjiruskan air atau membasuh pakaian tersebut sehingga hilang bau dan juga ain najis yang melekat atau terkena pada pakaian tersebut dahulu, kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Kanak-kanak bawah 2 tahun dan yang minum susu ibu semata-mata mungkin boleh dijirus sekali, tetapi kanak-kanak yang minum susu formula atau makan makanan yang lain dari susu ibu perlu dibersihkan sehingga hilang warna, ain dan bau najis yang melekat pada pakaian terlebih dahulu.
Wallahualam.

Oleh Ustaz Dr Nik Yusri, Majalah Asuh.

No comments:

Post a Comment