& Watak ikut tarikh lahir

20hb
tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21hb
'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22hb
Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu.

23hb
Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

24hb
Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25hb
Gembira dan gemar berlawak.

26hb
Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

27hb
Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28hb
Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

29hb
Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30hb
Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31hb
Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

P/s: betul ke tak betul?

& Petua menjaga lantai

Kayu/parket/papan serpih
  • untuk penjagaan biasa, lap lantai dengan kain lembap tanpa bahan pencuci.
  • untuk membersihkan kesan gris dan kopi, cuci dengan air bercampur sedikit cuka dan keringkan segera,
  • letak alas kaki pada pintu masuk utama dan ambal pada ruang laluan bagi memastikan lantai tahan lama.
  • lantai jenis ini perlu divarnis dengan bahan pelarut berasas air atau Polyurethane supaya kayu lebih keras dantidak mudah mengumpul habuk.

Untuk membersihkannya, lap dengan kain lembap.

  • jika lantai bercalar, kikis dengan kertas pasir, bersihkan dengan air panas dan varnis semula.
  • jangan seret perabot di atas lantai parket kerana ia akan mencalarkannya.
  • antara cara untuk mengelakkan lantai bercalar, alas kaki perabot dengan getah khas.
  • jangan sekali-kali membiarkan lantai parket basah atau digenangi air. Jika ada bahan yang tumpah, keringkan segera.

& Jom baca!

Budayakan tabiat membaca

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

SujueZ doakan semoga semua pembaca blog SujueZ yang dihormati berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini berkisahkan tentang budaya membaca (khasnya di kalangan anak2 dan adik2 kita) atau pun tak kira sesiapa sahaja yang suka membaca.

Ketahuilah oleh kita bahawa menuntut ilmu itu merupakan 1 kewajipan. Hal ini kerana, Islam telah meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam keseluruhannya. Kerana ilmu adalah merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Seperti yang kita tahu, wahyu pertama yang diterima oleh Rasullulah S.A.W. yang bermaksud;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah dan TuhanMu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5).

Jelas sekali membuktikan bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan bagi membangunkan diri setiap manusia/insan. Tak kiralah samada pendidikan secara formal atau tidak formal, kita perlu mencarinya.

Membaca

ialah proses untuk memperoleh ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan2 bercetak atau media elektronik seperti internet (yang kita guna sekarang ni).

Dengan kecanggihan teknologi, segala maklumat yang diperlukan berada di hujung jari sahaja. Tapi, perlu juga diingat dalam keasyikkan mencari dan menilai ilmu agar tidak tersilap dalam menimba ilmu tersebut.

Tepuk dada tanya iman.

Seiring dengan peredaran masa yang begitu pantas ini, kita sentiasa perlu mencari ilmu pengetahuan agar dapat membentuk 1 budaya membaca di kalangan masyarakat. Ramai tokoh2 cendekiawan di dalam sejarah kegemilangan Islam telah dilahirkan seperti Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Al-Ghazali.

Jadi jangan bosan untuk membaca 1 hari, 1 buku.

Kimi baca buku kesayangannya!


Posing dengan buku!



Salam Sayang,
SujueZ

& Interview

My boss fainted when he see the form filled by the interviewer.

Name: Ah Boy

Age: Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before

Race: I love to race, how you know?

Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo

IC Number: 6735

Telephone number: House no telephone

Hand phone number: 3310

Address: Penang Jelutong

City : Nor Haliza?

Postcode: I never post anything

State: In my family, I am 2nd

Country: I love to travel to Canada

Marriage status: Secret

Email Address: Hotmail

Education Background: My teacher said not bad

Working experience: Last time got sell pirated VCD

Father's name: Daddy

Father's IC: You ask him

Mother's name: Mummy

Mother's IC: You ask her

Current Salary: Depends on my daddy mood

Expected Salary: As much as you can pay

When can start work: Depends on my mood

Highest qualification: Ya, very high

Grade: Ya, very high

College/University: College

Signature: Can I use chop?

P/s: lawak betoi la

& Happy life...

Dari email;

cid:image001.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image002.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image003.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image004.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image005.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image006.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image007.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image008.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image009.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image010.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image011.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image012.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image014.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image015.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image016.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image017.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image018.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image019.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image020.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image021.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image022.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image023.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image024.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image025.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image026.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image027.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image028.jpg@01C92263.9C804B10

cid:image029.jpg@01C92263.9C804B10


& Cuba try bubuh yg ini.... hehehe

Dari email;

Untuk kegunaan masa depan bagi mereka yang ingin menambah
zuriat... ..

Pilihan nama jawa yang bagus2 diperturunkan. Kalau kawin dgn Jawa,
eloklah guna nama ini untuk anak :


Pilihlah yg anda berkenan:-



> Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman.
> Pandai membaiki kereta, namakan - Karman
> Average dalam golf, Parman
> Pandai dlm penulisan, Suratman
> Gagah perkasa, Suparman
> Boleh mendengar sambil berjalan, - Wakiman
> Selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
> Pandai buat kuih, Paiman
> Pakar jualan, Salman
> Pakar pasal alam sekitar, JASman
> Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
> Doktor gigi, Sugiman
> Supaya cepat naik pangkat, Yasman
> Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
> Yang ada darah Bengali, Manbai
> Pandai organise skim cepat kaya, - Pakman (Te' Lo)
> Mat rock, Rokman
> jadi polis trafik - Saman
> Pakar kunci, Lokman
> Baik budi pekerti, Budiman
>
> Ada lagii...
>
> Buat kerja ala kadar - A.Kadarisman
> Suka bagi orang susah - Sukarman
> Suka mengada-ngada - Ngadiman
> Dua alam - Herman
> Paling tak guna - KOman
> Selalu sakit - Deman
> kalau yang kuat berlawan - Ultraman
> Yg suka main daun terup poker -Pokerman

haha..merapu jek..takdak keja la

& Great Tip

Washing grapes with Colgate

P/s: To get rid of the poisonous chemical "malathion" that is sprayed on grapes to get rid of insects.

& Persiapan bila melancong

Rancang persiapan bila melancong

Oleh kerana cuti sekolah pun dah nak dekat dalam 2 minggu lagi ker kalau tak silap eks? Jadi SujueZ nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang akan bercuti tak kira lah, dalam negara atau luar negara. Tips ni mengenai perancangan persiapan bila nak melancong. Gitulah adanya...

Pemilihan lokasi melancong

Sekarang ni nak gi melancong mudah je. Boleh buat dan cari kat internet. Semuanya ada. Dari pemilihan lokasi mana yang nak pergi, boleh bandingkan harga dan gambaran awal lokasi pelancongan yang hendak dituju tu. Antara laman web yang boleh kita cari maklumat pasal pelancongan ni ialah starasiatravel.com, asiatravelmart.com, travelocity.com dan Vacasia Tours & Travel. Kat laman web ni sedikit sebanyak dapat membantu kita membuat persiapan untuk pergi melancong. Selain itu kat laman web ni jugak ada meyediakan senarai pilihan hotel yang memiliki harga yang sangat berpatutan. Yang paling penting kat web ni ialah tempahan tiket kapal terbang secara on-line juga disediakan. Lebih jimat dan mudahkan!

Apa yang perlu dilakukan sebelum melancong?

  1. kenal pasti tempat yang ingin dilawati - cari maklumat lengkap tempat tu, bahasa, pakaian, cuaca dan persekitarannya.
  2. cari peta keseluruhan tempat yang ingin kita kunjungi (sebagai langkah berjaga2, takut sesat).

Pastikan Maklumat pengenalan diri kita - lengkap/Sempurna

  1. Visa
  2. Pasport
  3. Maklumat penting lain - nombor telefon kecemasan, nombor telefon konsulat dan kedutaan Malaysia.

Perkara2 di atas perlu disimpan dengan sebaik2nya untuk mengelakkan ia dicuri, terjatuh atau hilang ketika melancong. Kalau boleh hendaklah di bawa ke mana2 sahaja anda pergi.

Amaran

Jangan cepat percaya kepada pemandu pelancong - jangan sesekali anda tinggalkan dokumen perjalanan atau pengenalan di hotel/tempat penginapan.

Bagasi/Travel Bag

Ciri2nya:

Kukuh, mudah dibawa dan tidak mudah dibuka.

Amaran:

Jangan sesekali tinggalkan beg/bagasi di lapangan terbang atau di hotel anda tanpa diawasi - untuk elak dari dicuri atau sindiket penyeludupan. Beg sandang sangat disyorkan kerana ia mudah dan selamat untuk dibawa.

Wang dan tiket penerbangan pergi/balik

Pastikan anda telah menempah tiket balik jika melancong ke luar negara. (Sesetengah negara tidak membenarkan pelancong masuk tanpa tiket balik). Pastikan juga anda membawa extra wang simpanan untuk kecemasan. Sekiranya berlaku kecurian, dirompak atau kehilangan pasport sila hubungi konsulat atau kedutaan Malaysia dengan segera.

Pakaian

Bawa pakaian yang bersesuaian dengan tempat yang ingin dilawati. Ambil tahu keadaan cuaca di sesuatu tempat itu amat perlu kerana mudah untuk kita rancang pakaian apa yang perlu dibawa. Kalau melancong ke kawasan yang panas (musim panas), tak perlulah bawa jaket yang tebal2 tapi kalau ke kawasan sejuk (musim sejuk/salji) pulak pastikanlah anda bawa pakaian untuk musim sejuk dan sarung tangannya sekali. Bawa kasut tambahan atau pakaian tambahan untuk elak dari berlebihan berbelanja (tapi adatlah kan kat tempat yang tak pernahhh kita pergi, sure nak shopping punyerlah). Apa pun jangan terlebih bajet sudahlah yer.

P/s: SujueZ ucapkan selamat bercuti kepada anda semua walau di mana pun anda berada!

& Kisah 5 perkara aneh - bhgn 2

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata:

"Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat,

iaitu tidak boleh putuskan harapan.

Dia menjadi kebinggungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan 1 bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

& Kisah 5 perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke Barat. Engkau dikehendaki berbuat,

pertama:
apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,

kedua:
engkau sembunyikan

ketiga:
engkau terimalah

keempat:
jangan engkau putuskan harapannya

kelima:
larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke Barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebinggungan sambil berkata:

"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi aneh sungguh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan

"Alhamdullilah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga 3 kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu:

"Aku telah melaksanakan perintah-Mu."

Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata:

"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

p/s: Bersambung pada entri akan datang... InsyaAllah.

& Lagi kaedah didik anak jadi bijak

Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius. ajar anak (atau bayi);
  • tidur mengiring ke kanan kerana jantung (yang terletak di sebelah kiri) akan lebih lapang atau lega dan mudah berdegup kerana perjalanan darah yang baik boleh membantu otak anak akan membentuk kecemerlangan.
  • bagi anak yang aktif atau terlalu aktif (hyper-active), kurangkan atau jangan benarkan langsung memakai baju warna oren justeru warna itu boleh merangsang secara aktif tindak-tanduk anak (misalnya menjadi lebih nakal) dan sentiasa bersemangat waja.
Cara didik anak sendiri;
  • Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan baru) selama lebih 21 hari berturut-turut. Rasullulah s.a.w bersabda,
"Sesuatu amalan sekitar 21-30 hari atau seterusnya akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akan mati."

  • Buang segala hasad dengki, dendam dan sikap negatif lain. Ini akan membenarkan otak kepada lebihan adrenalin, hormon yang dihasilkan kelenjar dan toksin yang boleh membawa kepada penyakit antaranya, cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya dan selalu sakit perut.
Sumber: Variasi, Harian Metro, Sabtu 24 November 2007.

& Pameran Buku Read Malaysia 2010

Sesiapa yang ada masa free pada 4 - 13 Jun 2010, silakan ke sini yer!





Name : Read Malaysia 2010
Date : 4 - 13 June 2010
Time : 11am - 10pm
Venue : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC),
Mines Resort City

& Buku baru Kimi

Mujurlah dengan adanya buku ni, Kimi semakin minat nak membaca. Buku ni SujueZ 'terbeli' kat Popular Book Store kat Jusco Bukit Tinggi. Sebab masa tu ada diskaun untuk buku ni. Harga asal kalau tak silap rm29.90 untuk 1 set.

Ada empat buah buku dalam satu set/kotak. Selepas diskaun harganya rm19.90 (satu buah buku = rm4.975). Bukunya bersaiz kecil/poket jadi senang nak bawa ke mana2. Empat buah buku tu terdiri daripada Letters, Numbers, Words dan Shapes & Colours.

Buku baru Kimi

p/s: Kimi, jangan lupa baca buku tau!

& Stokin oh Stokin

Petua membersihkan stokin.

Kekotoran pada stokin terutamanya stokin putih amatlah sukar dibersihkan dengan sabun biasa. Sabun mandi atau sabun mencuci pinggan dapat mengatasi masalah ini. Caranya, basahkan stokin kemudian sapukan sabun mandi atau sabun mencuci pinggan ke tempat yang kotor dan gosokkan. Hasilnya pasti menggembirakan anda.

Mutiara Kata;
"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

& Berpesan

Seorang ulama ada berpesan;
  1. Menjaga lidah dengan menahannya dari mengatakan dosa dan sebagainya. Sebaliknya gantikan dengan berzikir.
  2. Menjaga perut dengan benda halal dan makan hanya sekadar hajat - tidak berlebih-lebihan.
  3. Menjaga penglihatan dengan melihat dunia ini hanyalah sebagai peringatan.
  4. Menjaga tangan dari perbuatan haram. Gunakanlah hanya untuk taat kepada Allah.
  5. Menjaga kaki dengan tidak menggunakannya untuk perkara maksiat kepada Allah.
  6. Menjaga hati dengan berasa kasih sayang sesama Muslim.
  7. Taat hanya kepada Allah dan tidak tunduk kepada syaitan.
Apabila 7 perkara ini berjaya kita miliki insyaAllah ia akan membawa kita hampir kepada Allah S.W.T. dan berasa takut untuk melakukan kesalahan yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T.

Dipetik dari Majalah Anis, Julai 2000 oleh Ustazah Hjh. Nasriyah Abd. Razak.

& Boleh jadi si dialah pasangan jiwa anda sekiranya...

  1. Dia adalah orang yang membuatkan anda tertarik kepadanya walau pun pada pertemuan pertama.
  2. Dia adalah orang yang membuatkan anda tenang dan berasa selesa bila bersama.
  3. Dia dapat menerima anda seadanya biar pun mungkin anda mempunyai rahsia sejarah silam.
  4. Dia tidak membuatkan anda bosan, malah sering bersama-sama dalam melakukan pelbagai aktiviti mengisi masa terluang.
  5. Dia adalah orang yang cukup sesuai untuk anda ajak berbicara dari hati ke hati.
  6. Terkadang, anda berdua memikirkan hal yang sama pada waktu yang sama.
  7. Anda dan si dia saling dapat mengetahui apa yang disukai dan tidak dengan cepat. walau pun belum mengenal lebih jauh atau lama, tetapi anda dan dia pantas mendalami hati masing-masing, seumpama sudah lama mengenali antara satu sama lain.

& Kisah berkat di sebalik membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebajikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek,

"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata:

"Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata:

"Simpan duit ini."

Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata:

"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,

"Bismillahirrahmanirrahim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Mutiara Kata,

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong.
Namun pandangan mata, hayunan kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.
Khalifah Umar Al-Khattab.

& Tutup mulut bila menguap

Mengapa kita mesti menutup mulut ketika menguap?

Rasullulah S.A.W menyuruh kita menutup mulut semasa menguap. Apa sahaja yang Nabi suruh hendaklah kita lakukan kerana ada manfaat dan kebaikan yang banyak untuk diri kita. Baginda S.A.W bersabda:

"Apabila seseorang kamu menguap maka hendaklah ia menutup mulutnya semampu mungkin."

Orang yang menguap menutup mulut menunjukkan dia seorang yang bijak, kerana dia peka dan tahu menyesuaikan diri dengan persekitaran atau orang-orang di sekelilingnya.

Manakala menguap dengan tidak menutup mulut, bahkan 'berbunyi' pula menunjukkan orang itu memiliki sifat dan sikap sebaliknya. Malah perbuatan tersebut adalah ciri-ciri seorang yang pemalas. Dia terbawa-bawa dengan kemalasannya. Menguap dengan tidak menutup mulut serta mengeluarkan bunyi bukan sahaja sangat tidak elok dipandang orang, perbuatan demikian adalah tanda kerendahan peribadi serta akhlak yang tidak baik si pelakunya itu.

Sumber:
Tanya Ustaz? Bersama Ustaz Dr Nik Yusri, Majalah Asuh.

& Cara cuci pakaian

Sebagai panduan untuk para ibu2 yang mempunyai anak2 kecil;

Membersihkan pakaian yang terkena najis sama ada kencing atau tahi kanak-kanak perlu dilakukan dengan berhati-hati dan jangan sekali-kali dipandang mudah. Pakaian bernajis sama ada terkena kencing atau apa jua bentuk najis tidak boleh dicampurkan sekali dengan pakaian-pakaian yang dibasuh dalam mesin basuh atau direndam sekali dengan pakaian yang tidak kena najis dalam besen atau baldi.

Ini kerana pakaian yang bernajis tersebut akan menajiskan semua pakaian yang terdapat dalam mesin basuh atau baldi itu. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menjiruskan air atau membasuh pakaian tersebut sehingga hilang bau dan juga ain najis yang melekat atau terkena pada pakaian tersebut dahulu, kemudian barulah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Kanak-kanak bawah 2 tahun dan yang minum susu ibu semata-mata mungkin boleh dijirus sekali, tetapi kanak-kanak yang minum susu formula atau makan makanan yang lain dari susu ibu perlu dibersihkan sehingga hilang warna, ain dan bau najis yang melekat pada pakaian terlebih dahulu.
Wallahualam.

Oleh Ustaz Dr Nik Yusri, Majalah Asuh.

& Tahukah apa yang mencantikkan wajah?

Al-Ahnaf bin Qais seorang ulamak yang terkenal pada zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yah berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handai. Mereka yang datang bertujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yah itu amat menarik perhatian Al-Ahnaf.

Al-Ahnaf mendapati pemuda itu sangat segak dan tampan, bergaya dari pemuda yang sebaya dengannya. Lantas Al-Ahnaf pun bertanya,

"Wahai anak muda! Apakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?

Jawab pemuda tersebut,

"Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu, iaitu jika bercakap saya tidak pernah berbohong, jika ada orang yang sedang bercakap, saya hanya diam dan mendengar, jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya berikan sesuatu amanah, saya tidak akan mengkhianatinya."

Mendengar jawapan yang bernas itu, maka berkatalah Al-Ahnaf,

"Benar akan kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak mulia."

& Berkat kejujuran

Sebuah kisah untuk dijadikan renungan sempena Hari Ibu;

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul Kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

Iktibar yang dapat diambil dari cerita di atas adalah betapa penting dan perlu menuntut Ilmu Agama meskipun terpaksa berjalan jauh.
  • Kata-kata Ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
  • Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain.
  • Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah.
Sumber:
Artikel Islam Internet

& Terima Kasih

Penghargaan buat kawan2 ;

Setelah sekian lama SujueZ INGIN menyampaikan ucapan jutaan

Terima Kasih

khasnya kepada kawan2 SujueZ di luar sana, juga rakan2 blog yang sudi menjenguk sekaligus membaca (ada gak pandang sebelah mata ke?) post/entri SujueZ yang tidak seberapa ni.

Namun, bukan niat di hati untuk
menunjuk-nunjuk,
mengada-ngada
atau syok sendiri mereka cerita.
Ibarat tempat meluahkan perasaan yang kadang2 pasang surut pada ketika tertentu.

Kepada seluruh warga kawan2 dan sesiapa sahaja yang mengenali SujueZ seadanya,

Terima Kasih

sekali lagi di atas segala sokongan, nasihat, panduan, bantuan dan apa sahaja kebaikan yang dihulurkan. Semoga anda semua dirahmati oleh Allah S.W.T.

Sekian sahaja buat kali ini.
Salam persahabatan.

& Batik Sutera Cantik

Salam sejahtera!

Di sini SujueZ nak maklumkan pada kawan2 blog semua, pada 3hb Mei 2010 lepas SujueZ telah melancarkan kedai online yang diberi nama Batik Sutera Cantik. Sesiapa yang berminat silakan menjenguk ke website Batik Sutera Cantik.


Untuk pengetahuan semua, setakat ni SujueZ hanya pamerkan 1 produk dahulu iaitu kemeja batik lelaki. Batik sutera crepe, digital atau batik 1Malaysia belum sampai stok lagi. Diharap bersabar (sedangkan SujueZ sendiri tidak sabar2 nih!). Jadi diharap sudilah lihat2 dulu apa yang ada yer.

Secara umumnya;
  • Kedai online Batik Sutera Cantik (BSC) menjual batik, batik crepe digital, batik 1Malaysia dan sutera secara online sahaja.
  • Rekaan dan corak pada setiap pasang batik yang dipilih mengikut citarasa pembeli dan pengguna masa kini di luar sana.
  • Rekaan dan corak yang dipilih adalah yang kreatif, berkualiti, elegan, bergaya dan juga mempunyai ciri-ciri klasik sesuai dengan situasi masa kini.
  • Selain dari fabriknya yang cantik, lembut dan bermutu semestinya harga yang ditawarkan juga adalah sangat-sangat berpatutan.
  • Kepuasan anda adalah keutamaan di Batik Sutera (BSC).
  • Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos pos/penghantaran.
  • Sekiranya anda berminat, tidak perlu risau kerana anda juga boleh membuat tempahan terlebih dahulu (booking) dengan cara membayar pendahuluan sebanyak RM50.00 dan baki selebihnya perlu dibayar dalam tempoh satu minggu.
  • Bayaran ansuran juga dibenarkan sebanyak dua kali sahaja. Sebaik sahaja anda membuat pembayaran sepenuhnya, pihak BSC akan membuat penghantaran/pos produk yang telah dipilih dengan segera kepada anda.
  • Oh ya, buat masa ini pihak BSC menetapkan produk yang dijual tidak boleh dikembalikan (goods are sold are not returnable).
Sebenarnya semua ni masih baru lagi dan masih banyak lagi SujueZ perlu belajar. Apa pun sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada :

batiksuteracantik@yahoo.com.

& Sepuluh laluan

Sepuluh laluan yang semestinya kita tahu...

PERTAMA:

Laluan menuju ke kubur
  • jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
  • hindarkan perasaan iri hati dan benci
  • jangan terpengaruh dengan emas dan perak
  • sucikan kadha' hajat dengan istibra' (buang air kecil/besar)
KEDUA:

Laluan untuk berjumpa Izrail
  • bersihkan diri dengan bertaubat
  • gembirakan hati orang mukmin
  • bayar semula kada' yang tertinggal
  • kasih sepenuh hati kepada Allah S.W.T.
KETIGA:

Laluan untuk bertemu Mungkar dan Nangkir
  • mengucap dua kalimah syahadat
  • suka memberi sedekah
  • berkata benar
  • bersihkan dan perbaiki hati
KEEMPAT:

Laluan untuk memberatkan timbangan
  • belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
  • sucikan perkataan dan pakaian
  • bersyukur dengan yang sedikit
  • suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah
KELIMA:

Memantapkan amalan
  • jauhkan perkataan yang sia-sia
  • pendekkan cita-cita dunia
  • banyakkan puji-pujian kepada Allah
  • banyakkan sedekah dan khairat
KEENAM:

Melalui titian sirat Al-Mustaqim
  • kasihilah aulia Allah Ta'ala
  • berbakti kepada kedua ibu bapa
  • berpegang teguh dengan hukum syara'
  • bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
KETUJUH:

Laluan menjauhkan diri dari neraka
  • banyakkan membaca Al-Quran
  • banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
  • tinggalkan perkara yang maksiat
  • jauhkan segala yang haram
KELAPAN:

Laluan untuk memasuki syurga
  • membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
  • kasihi orang yang soleh
  • kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
  • merendahkan diri di antara semua makhluk Allah
KESEMBILAN:

Laluan berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W.
  • kasihilah nabi Allah
  • kasihilah Rasullulah
  • tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
  • banyakkan selawat Nabi S.A.W.
KESEPULUH:

Laluan untuk bertemu Allah Ta'ala
  • serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
  • hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
  • betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
  • bencikan segala yang diharamkanNya.

& Lima syarat

Lima syarat... buat maksiat.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata;

"Wahai Abi Ishak! Selama ini aku gemar melakukan maksiat.
Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata;

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya;
maka bolehlah kamu melakukan maksiat."


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya;

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Abu Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata;

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan kamu memakan rezekinNya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata;

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah."

"Ya." Tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah kamu memakan rezekiNya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar segala laranganNya?"

Syarat kedua kata Ibrahim;

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya."

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut yang amat sangat. Ibrahim kembali berkata kepadanya;

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"

"Ya, anda benar," kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat ketiga. Ibrahim menjawab;

"Kalau kamu masih bermaksiat,
carilah tempat persembunyian yang tidak dapat dilihatNya."

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata;

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana?
Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat keempat.

Ibrahim melanjutkan;

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ketepikan kematianku dulu, aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku."

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematian, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apakah syarat kelima?"

Ibrahim pun menjawab;

"Wahai Abdullah, kalai malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata;

"Wahai Abu Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini, aku mahu bertaubat kepada Allah,"
kata Abdullah sambil teresak-esak dengan perasaan keinsafan.


& Empat soalan

Soalan Anas R.A kepada Rasullulah S.A.W.

Anas bin Malik R.A. telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasullulah S.A.W. sebanyak beberapa soalan, antaranya ialah:

1. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 10 rakaat?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Sepotong roti yang engkau sedekahkan adalah lebih saya suka
dari sembahyang sunat 10 rakaat."


2. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai
dari sembahyang sunat 1,000 rakaat."

3. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang 1,000 rakaat?

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Meninggalkan sesuap makanan yang haram adalah lebih saya sukai
dari sembahyang 1,000 rakaat."

4. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau beribadat 1,000 tahun?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih saya suka
dari ibadat 2 juta tahun."

Begitulah... beberapa soalan yang dikemukakan oleh Anas R.A. kepada Rasullulah S.A.W. bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas R.A. sahaja, malah sebaliknya ia juga ditujukan kepada semua umat Rasullulah S.A.W.

Sumber:
Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan.














Suami soleh

(Kalau ada suami2 yang baca post ni,
pastu ada ciri2 ni pada diri dia orang mesti kembang hidung masing2)...


Ciri2 utama;
  1. Suami yang menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya.
  2. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  3. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan kerukunan rumah tangga mereka.
  4. Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  5. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
Seorang suami mestilah tahu hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud;

"Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu). Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah."

".... dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu (suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha Bijaksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab."

p/s: nantikan kemunculan Isteri Soleh pada post berikutnya... daaa

Telapak kaki pecah-pecah

Opps jangan salah sangka yer. Tapak kaki i ok aje. Cumanya kat sini nak bagi sedikit petua-petui (xde dalam kamus ni) mengenai cara nak rawat telapak kaki yang pecah2. Jadi sesiapa yang berkenaan sila la cuba resepi ni opps brekkkkkkk petua ni. selamat semua...

Mula2 sila intai di kawasan tuan-puan semua sepohon pokok betik.

Kalau dah jumpa ambil buah betik muda (pokok sendili) atau minta (dengan tuan pokok) atau beli (kat super market).

Potong hingga keluar getah.

Bersihkan kaki sebersih2nya, kemudian gosok dengan getah betik.

Biar getah itu meresap pada kaki yang pecah.

Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.

Sila mengulangi petua ini beberapa kali untuk hasil yang memuaskan.

Insya-Allah dengan izinNYA pecahan pada telapak kaki (yang berkenaan) akan hilang.