Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Telapak kaki pecah-pecah

Opps jangan salah sangka yer. Tapak kaki i ok aje. Cumanya kat sini nak bagi sedikit petua-petui (xde dalam kamus ni) mengenai cara nak rawat telapak kaki yang pecah2. Jadi sesiapa yang berkenaan sila la cuba resepi ni opps brekkkkkkk petua ni. selamat semua...

Mula2 sila intai di kawasan tuan-puan semua sepohon pokok betik.

Kalau dah jumpa ambil buah betik muda (pokok sendili) atau minta (dengan tuan pokok) atau beli (kat super market).

Potong hingga keluar getah.

Bersihkan kaki sebersih2nya, kemudian gosok dengan getah betik.

Biar getah itu meresap pada kaki yang pecah.

Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.

Sila mengulangi petua ini beberapa kali untuk hasil yang memuaskan.

Insya-Allah dengan izinNYA pecahan pada telapak kaki (yang berkenaan) akan hilang.

& Kuku

Dari email;

KUKU

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari:
3] jari tengah
4] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK INSYAALLAH.

Sumbangan : "intan suhaini" isuhaini@gmail.com

& Kelebihan bersugi

Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.

Antara kelebihannya:
  1. Menyucikan mulut dan gigi.
  2. Mendapat keredaan Allah.
  3. Mencergaskan otak.
  4. Mencerahkan mata.
  5. Melambatkan tumbuh uban.
  6. Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.
  7. Melipatgandakan pahala.
  8. Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati

& Cara-cara Ibu Bapa untuk Menggalakkan Kreativiti

Di sini ada beberapa tips yang boleh kita kongsikan bersama;
  • Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi 5 deria mereka - penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan. Ibu bapa boleh merancang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.
  • Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia sekeliling tanpa gangguan.
  • Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarahi. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
  • Ransang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia anak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.
Kreatif like Kimi ya!

& Tips

Mandul

Hendaklah setiap hari makan taugeh (kacang cambah) mentah dan seminggu sekali makan rojak nenas. Insya-Allah, dalam masa 5 bulan boleh nampak hasilnya.
(dipetik dari buku Ubat-Ubatan Tradisional Melayu oleh Azahari Ibrahim dan diterbitkan oleh Darul Nu'man).

& Fadhilat membaca bismillah

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah s.w.t sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala.

Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telinga orang yang pengsan, insya-Allah dia akan segera sedar.

Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya-Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama 7 hari pada saat matahari terbit, insya-Allah lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang-orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.

Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya-Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama 7 hari. Insya-Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

&Petua di jalan raya


Adakah anda mengantuk apabila memandu kereta? Lebih2 lagi jika anda mahu memandu perjalanan jauh?
Biasalah SujueZ NAK BERKONGSI petua memandu kereta di jalan raya untuk panduan semua.
Ok, sebelum memulakan perjalanan eloklah;

1) Pemandu membaca Ayat Qursi 3 kali sebelum kenderaan mula bergerak. Pastikan suasana di dalam kenderaan senyap daripada sebarang suara atau bunyi ketika membaca ayat-ayat ini.

2) Kemudian bacalah ayat
"Bismillahilladzi laa yadhuru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fis sama' wahuwas sami'ul 'alimm", 1 kali.

3) Kemudian bacalah ayat
"Hasbunallahu wa ni'mal wakill wala hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'adzim", 1 kali.

4) Kemudian berdoalah:
"Ya Allah, peliharakanlah perjalananku (dan ahli keluargaku) ini daripada segala musibah, baik pada diriku mahupun pada kenderaanku ini. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemelihara."

5) Barulah masuk gear pertama dan mulakanlah perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi. InsyaALLAH.

Mudah2an kita berada di dalam lindungan-Nya. Amin.