Showing posts with label SujueZ. Show all posts
Showing posts with label SujueZ. Show all posts

My biz card!

Alhamdullilah, akhirnya siap jugak bizines card saya!
Totally, love it!
Thanks to Kak Zai:)

Nak beli sutera? Contact me ok

Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya perniagaan saya secara kecil2an ni mendapat sambutan di luar jangkaan. Sangat2 menggalakkan. Stok batik sutera yang dibawa dari Terengganu telah pun habis licin dirembat oleh pelanggan sedia ada dan juga baru.

Nantikan jualan gegar cuti sekolah pada bulan 6 nanti ok. Tawaran harga menarik akan diberikan. So kepada yang sedang mencari kain pasang untuk raya @ hantaran perkahwinan bolehlah cuba membelinya dari saya ok.

Untuk paparan batik sale nanti bolehlah jenguk ke facebook saya : Baizura Yusoff @ page : Batik Sutera Cantik yea. Setiap pembelian zura akan sertakan sekali bisnez card untuk memudahkan anda menghubungi zura ok. Terima kasih semua!


sold out!


sold out!

& Bestnya kalau dapat pergi kat sini!

berangan @ angan-angan???
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:

eiffel tower, paris, france

& Besday yang ke-3

Alhamdullilah, syukur anak umi dah pun berumur 3 tahun
so boleh lah tanya ayat ni;
How old are you?
I am 3 years old!
Perfect!!!














& Minta kebaikan hari ini

err betul la tu
harap hari ni baik2 saja
kerana saya sangat senang hati hari ni
selepas demam kus kus kelmarin
hihi
hari ini sangat ok
.
.
.
Ya Allah, aku minta kepada Engkau akan kebaikan hari ini dan kebaikan perkara dalam hari ini dan aku minta lindungan pada Engkau dari buruknya hari ini dan buruknya perkara dalam hari ini. Amin;)

& Misi saya hari ini? Tak nak makan nasi!!!

Saya akan cuba buat yang terbaik
Saya akan tahan nafsu makan
Saya nak slim macam dolu2
Saya akan buat kerja rumah
Saya akan membasuh baju, menyapu, mengelap, mengajar kimi baca buku, mencatat jualan dan tracking no poslaju
Siapa kata duduk rumah goyang kaki, tak buat apa2???
Saya rasa kaki saya lenguh hampir setiap hari walaupun berat saya makin naik plus2
Saya seorang surirumah yang bekerjaya di rumah
Saya nak ucapkan terima kasih berbakul2 pada insan2 yang membaca blog ini dengan sengaja @ tidak
Saya amat berpuas hati dengan apa yang saya buat
Saya tidak akan menyesal
Saya bersyukur setiap hari dengan apa yang Allah bagi
Saya ingin berfikiran positif
Saya tak pandai berbahasa inggeris dengan lancar tapi itu tak bermakna saya yak tahu langsung BI
Saya ingin maju dalam hidup saya dengan izin Allah jua

p/s: kaji dan fikir kemampuan diri sendiri

& Alhamdullilah, mood ceria!

tarik nafas panjang2
hembus
tarik hembus
buat sampai 3 kali yea
pastu baru rasa lega
teramat2 lega
alhamdullilah
mood hepi + semangat + berdebar2
datang ngan tiba2
(sbb baru lpas cakap ngan my mum hehe)
so xsabar2 nak bergerak tengahari ni ke kajang
baru ada mood nak bercuti
kimi pun dah semakin ok + baru baik demam
batuk2 je lagi x hilang
ok semoga Allah merahmati kami di hari Jumaat yang mulia ni
amin;)

Sujue,
GO, GO, GO!!!

& Perasaanku hari ini blurrr...

xtau nak tulis apa
huhu
tengah fikir macam2 benda dalam kepala
(macam orang penting pulak)
ntahla
....

& Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur SujueZ ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapatlah kita bertemu lagi pada hari ini.

Memang sudah agak lama juga SujueZ menyepi tanpa berita kerana menghadapi beberapa kesibukan yang tidak terbatas. Namun dengan izinNya jua SujueZ dapat kembali mencoret sedikit cerita di ruangan blog kesayangan ini. Menyepi bukan bermakna terus hilang lesap ke mana-mana. Insya-Allah dengan izinNya jua lah SujueZ berpeluang bersua bertemu rakan-rakan blog yang dihormati semua.

Di sini SujueZ ingin menyampaikan sedikit maklumat atau info mengenai bulan mulia Ramadhan yang bakal menjelma lusa atau tulat, insya-Allah.

PENGERTIAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan itu diambil dari kalimat dalam bahasa Arab, Ramadhan itu bererti panas, menurut riwayat bahawa ketika mula-mula orang Arab memberi nama bagi tiap-tiap bulan itu, berlaku Bulan Ramadhan ini di musim panas.

Dalam hubungannya dengan syariat Islam Ramadhan itu dikekalkan oleh kerana panasnya bahang kelaparan puasa akibat lapar dan dahaga itu hapuslah segala dosa.

Ramadhan Datang dan Pergi

Ramadhan datang silih berganti pada setiap tahun. Ramadhan yang lalu telah pergi jauh meninggalkan kita dengan kesan dan amalan. Pada setiap Ramadhan datang, kaum muslimin memuliakannya dengan ibadah, puasa dan berbuka, solat terawih, tadarus, sahur serta solat subuh yang dijaga waktunya.

Ramadhan yang berkuunjung setahun sekali merupakan suatu kesempatan bagi kaum muslimin yang berlumba-lumba dalam mengejar kebajikan. Amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan adalah:

  1. Hendaklah setiap orang Islam itu menjauhkan segala perbuatan jahat zahir dan batin.
  2. Mencari jalan untuk membuat kebajikan sebanyak mungkin seperti sembahyang, tasbih, membaca Al-Quran dan berzikir.
  3. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  4. Menghadiri sembahyang jemaah.
  5. Berbuat baik kepada ibu bapa.
  6. Berbanyakkan sedekah seperti menjamu orang berbuka puasa.
  7. Membanyakkan taubat, Rasullulah bersabda maksudnya: "Allah berfirman pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, adakah sesiapa meminta sesuatu, pasti aku beri permintaanya, adakah sesiapa meminta taubat, pasti aku beri taubat, adakah sesiapa pinta ampun, pasti aku beri ampun."
  8. Mengerjakan puasa dengan bersungguh-sungguh, tekun, menjaga perkara-perkara yang membatalkan puasa yang makruh, banyakkan berbuat perkara yang sunat.
  • Pelihara mata dari melihat yang haram.
  • Pelihara lidah daripada cakapan keji seperti berbohong, mengeluar kata memaki-hamun.
  • Pelihara anggota seperti kaki, membuat yang haram dan perut jangan masuk makanan yang haram.
  • Jangan makan terlalu banyak waktu berbuka kerana ia akan menyebabkan hilangnya tujuan berpuasa dan membawa kepada malas beramal.
  • Jangan lupa tiap-tiap malam mengharapkan mendapat "lailatul Qadar" lebih-lebih lagi malam yang terakhir Bulan Ramadhan.
Rasullulah bersabda yang bermaksud:

"Kalaulah umat aku tahu bagaimana besarnya kelebihan Bulan Ramadhan itu, pasti mereka mengharapkan setahun itu Ramadhan semuanya."

Kita tidak seharusnya lupa akan peringatan ini, malah perlu lebih membuat kebaikan, amal ibadat supaya kita tidak terkandas di kemudian hari. Penyesalan di akhirat kelak tidak lagi memberikan apa-apa makna sekalipun kita tangisi dengan air mata darah.

Sifat manusia yang mudah lupa menyebabkan kita seringkali hanyut dibuai mimpi-mimpi duniawi, menjadi taksub kepada harta benda seperti bertuankan duit serta kekuasaan. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa ata sekelian alam.

Akhir kata SujueZ ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak".

Sekian, Wassalam.

SujueZ
baizura_042000@yahoo.com


& Insafi Diri

Agak lama jugak saya tak update blog ni yer. Maklum sajalah banyak sangat kerja sejak akhir2 ni. Nanti SujueZ akan ceritakan satu persatu. Kepada peminat (ada ke peminat? perasaan aje nih!) SujueZ di luar sana diharap bersabar okay!

Sedar tak sedar hari ni dah masuk empat hb julai 2010. Cepatnya masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat ke angka tiga puluh (statement skema). Bulan lapan ni baru dua puluh sembilan tahun umurku (baruuu???). Dah makin tua diri ini. Begitu juga dengan bumi kita. Tak lama lagi dah nak puasa di bulan Ramadhan. Lepas tu raya... Puasa ganti korang dah ganti ke belum? SujueZ dah ganti awal2 lagi. Kuatkan jugak diri ini untuk puasa ganti berturut supaya sikap malas tu tak sempat nak datang. Kalau tak mesti zerO!

Alhamdullilah. Bersyukurlah di atas nikmat yang Allah S.W.T. beri. Terima Kasih, Tuhan! Di atas nikmat kesihatan dan rezeki yang Kau limpahkan kepada kami sekeluarga. Amin. Tengok perkembangan Kimi yang membesar di depan mata dengan perangai yang sekejap macam ribut taufan melanda, sekejap macam salji turun sejuk membuai perasaan ini membuatkan diriku merasa sangat diuji. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana kesusahan dan kesenangan menjadi seorang IBU ini. Sungguh2 mencabar kesabaran, keimanan dan kesungguhan kita menjaganya. Subhanallah, Maha Suci Allah!

Itulah, untuk memperkasakan diri ini SujueZ tak lupa setiap kali selepas sembahyang (sembahyang Maghrib biasanya) saya akan mengajarkan Kimi mengaji Alif Ba Ta. Sehingga ke hari ini Alhamdullilah apa yang diajar tu dah lekat di kepalanya. Syukurlah dia mudah ingat. Kadang2 tu bila SujueZ sebut Alif, Ba... dia dah sambung Ta, Sa dan seterusnya beberapa huruf lagi. Tapi SujueZ WAJIB kan dia ulang semula dari Alif hingga habis. Ajar perlahan dan jangan paksa. Nanti kalau mood dia dah lari haa faham2 ajelah yer saudara, saudari, adik, kakak semua...



hidup ini bagaikan kipas ni berpusing laju, sekejap laju, kadang2 sejuk. sampai masa akan berenti juga



Selepas solat tu janganlah lupa baca zikir dan berdoa. Buat masa ni SujueZ dah habis baca Surah Yaasin. Tak sabar nak habiskan surah2 lain. Semoga Allah S.W.T. mengampunkan diri ini, Insya-Allah. Baca Al-Quran ni kita akan rasa dekat dengan Allah. Ingat tak bila kali terakhir pegang @ baca Al-Quran. Masya-Allah, jauhkanlah diri ini dari kelalaian, lewa, leka, lambat dan lembab... Syukurlah tahun ini berjaya amalkan baca Quran. Tahun 2008 dan 2009 baca jugak tapi kadang aje. Alhamdullilah, kesedaran dah mula berputik dan SujueZ akan terus memperbaiki diri ini sebaik2nya.

Jadi kepada kawan2 ku sekalian, marilah kita sama2 insafi diri kita supaya tidak lalai dalam mengingati Allah S.W.T. sujueZ juga ingin memohon kemaafan kepada kawan2 semua walau di mana anda berada (macam nak raya pulak kan?). Takpelah sama2 lah kita bersalam-salaman (pulakkk?). Semestinya! Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan yang harmoni, tak gitu?



buku rujukan saya



bacaan selepas solat

P/s: Tunaikan solat lima waktu

& Mengidam

No, no, no... bukan SujueZ yang mengidam ni. Hanya orang yang peknen @ mengandung aje yang terase demikian. So maknenya SujueZ BUKAN dalam kategori ni (buat masa ini). Akan datang InsyaAllah hendaknya.

Sekali sekala tengok + tahu orang lain yang dah ada 'isi' teringin la juga. Tapi tak ter'isi2' lagilah. Bila??? Tak tahu la pula diri ini. Apapun sesiapa yang da terisi tu, diucapkan tahniah.

Pikir2 balik susahnya jaga anak nih yek (baru sedor ke diri tuh?). Kata nak anak, pastu dah dapat tuh kena la pula mengajar + mendidik + menjaga anak. Fuhhh berpeluh2 ketiak + satu badan nak jaga anak yang sangat2 pelik sekarang nih. Pelik aper ke bendanya, dah memang begitulah. Nama pun anak, faham2 ajelah. Kita dulu pun sama gok wat penin kepala mak kiter dulu.

Aduhhhh! Sekarang nih giliran SujueZ pulak merasa betapa susahnya nak jaga anak! Macam kimi la lening. Kadang2 tu xleh dok diam. Aduh wehhh! sakit pinggang rase. Macam mana nak jadi supermom, kalu kena bommm (kebabommm!, dish2...) sokmo huhu. Mencabar betul jadi ibu ni hek? Betul2 dok kawan2 ku hok jadi mummy? Tepat sekali rasernya.

Kesimpulannya, memang susah + sukar + difficult nak jaga anak. Orang kata kalu nak anak ni perlu ada ilmu jugak. Bukan ilmu hitam @ ilmu ghaib, salah tu. Kan tak pasal2 anak nangis tetiba nak susu, tinggg! ibu hilang (ada ilmu ghaib ke aper hehe) tak leh la lagu tuh. Yang perlu ada ialah Ilmu Keibubapaan (Parenting, orang putih kater). Ada orang masuk U belajo mende nih. Nak kata SujueZ ada ilmu nih ada ckit2 baru tahap darjah 1. Banyak lagi nak kena belaja. Kadang2 memang hilang sabo jugak. Itu kalu Kimi wat aksi2 pelik + ganaz + boring lah. Kadang2 rasa nak 'BERTUKAR!!!' jadi superman lawan raksasa. Sungguh pun! dok cayer ker?

Dengan kata lain, SujueZ harap sangat semoga Kimi besar nanti akan jadi seorang anak yang soleh, berakhlak mulia, pandai, bijak bistari. Pendek kata seorang ibu ni sentiasa nak yang baik2 saja untuk anak2 dia. Mudah2an diberkati hidupnya oleh Allah SWT.

Sampai satu hatap eh tahap, jiwa ni bole jadi kacau bilau dek kerana ketensenan yang melanda. Mujurlah jumpa 1 doa ni, doa agar jiwa tenteram.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari (tidak dimakbulkan), jiwa yang tidak pernah berasa puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keempat hal tersebut."

Kepada ibu bapa yang ada krisis rumah + tangga, kegawatan ekonomi, tensen dengan perangai anak2 atau tekanan bekerja (kat tempat kerja) bolehlah mengamalkan doa ini. Semoga hati yang tidak tenteram tu jadi terkawal semula seperti biasa. InsyaAllah.

Panjang pulak celoteh kali ni eks. Biasalah lepas cuti ni kadang2 ada idea bertimbun2 last2 time nak tulis 2, 3 kerat je yang tubik (keluar). Selebihnya beku + tepu dalam kepala ni (tak tau biler nak kuar).

Okey, jaga diri semua. Tata!


Teringin anak pompuan pulak laa!
(Kimi ni, jangan salah teka)

& Jom baca!

Budayakan tabiat membaca

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

SujueZ doakan semoga semua pembaca blog SujueZ yang dihormati berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini berkisahkan tentang budaya membaca (khasnya di kalangan anak2 dan adik2 kita) atau pun tak kira sesiapa sahaja yang suka membaca.

Ketahuilah oleh kita bahawa menuntut ilmu itu merupakan 1 kewajipan. Hal ini kerana, Islam telah meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam keseluruhannya. Kerana ilmu adalah merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Seperti yang kita tahu, wahyu pertama yang diterima oleh Rasullulah S.A.W. yang bermaksud;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah dan TuhanMu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5).

Jelas sekali membuktikan bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan bagi membangunkan diri setiap manusia/insan. Tak kiralah samada pendidikan secara formal atau tidak formal, kita perlu mencarinya.

Membaca

ialah proses untuk memperoleh ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan2 bercetak atau media elektronik seperti internet (yang kita guna sekarang ni).

Dengan kecanggihan teknologi, segala maklumat yang diperlukan berada di hujung jari sahaja. Tapi, perlu juga diingat dalam keasyikkan mencari dan menilai ilmu agar tidak tersilap dalam menimba ilmu tersebut.

Tepuk dada tanya iman.

Seiring dengan peredaran masa yang begitu pantas ini, kita sentiasa perlu mencari ilmu pengetahuan agar dapat membentuk 1 budaya membaca di kalangan masyarakat. Ramai tokoh2 cendekiawan di dalam sejarah kegemilangan Islam telah dilahirkan seperti Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Al-Ghazali.

Jadi jangan bosan untuk membaca 1 hari, 1 buku.

Kimi baca buku kesayangannya!


Posing dengan buku!



Salam Sayang,
SujueZ

& Terima Kasih

Penghargaan buat kawan2 ;

Setelah sekian lama SujueZ INGIN menyampaikan ucapan jutaan

Terima Kasih

khasnya kepada kawan2 SujueZ di luar sana, juga rakan2 blog yang sudi menjenguk sekaligus membaca (ada gak pandang sebelah mata ke?) post/entri SujueZ yang tidak seberapa ni.

Namun, bukan niat di hati untuk
menunjuk-nunjuk,
mengada-ngada
atau syok sendiri mereka cerita.
Ibarat tempat meluahkan perasaan yang kadang2 pasang surut pada ketika tertentu.

Kepada seluruh warga kawan2 dan sesiapa sahaja yang mengenali SujueZ seadanya,

Terima Kasih

sekali lagi di atas segala sokongan, nasihat, panduan, bantuan dan apa sahaja kebaikan yang dihulurkan. Semoga anda semua dirahmati oleh Allah S.W.T.

Sekian sahaja buat kali ini.
Salam persahabatan.

& Habis dah baca

Akhirnya berjaya jugak SujueZ menghabiskan 4 buah novel yang tebal2 ni. Sangat best ceter2 dlm novel ni. Maklumlah baru beli kat pesta buku lepas, jadi gumbire le cikit.
Nasib baik terpilih novel yang sedap2. Sebab dah rambang mata sangat masa nak beli tu. Banyak sangat pilihan. Main ambik aje lagipun rm5 je sebuah.
Antara tajuk novel2 yang SujueZ BACA ni ialah Megalomania 2, Diari Bonda 4, Nota Luka 3 dan Alunan Rindu. Memang tip top gitu.
Sape2 yang nak pinjam boleh je. Cas 20 sen yer hahaha.

4 buah novel yang hangat!


tebal tau setiap satu macam ni ha...


habis jugak akhirnya
(dalam pada Kimi tengah demam tue...)

& Kek Doremon

Abah yang beriya2 nak beli kek doremon ni kat pasar malam port klang. Harga rm8.00. Kimi of course la suka tapi yang dia suka krimnya aje. Yang lain2 SujueZ ngan Abah je yang bantai makan hehe. Rasa dia not bad lah. Bolehlah. Kalu untuk kanak2 cam Kimi kira sesuailah coz tak manis sangat.

Apapun lain kali tak nak beli dah kek doremon. Nak cari kek shizuka pulak yer!

Kek Doremon



& B+a+d n M+a+d

Orang kalu balik dari cuti mood segar bugar. Tapi lain pulak citer ngan SujueZ. Ntah tak nak cakap banyak2. Baik post entri kat blog lagi mau senang hati. Tak yah pikir benda2 yang buat sakit hati, jiwa dan sebakul raga.

& Teringin you!!!

 

Kalau dah bergambar ada2 sajelah dia ni...


& Lagi2 past pood

Geram betul lah sekali-sekala boleh lah layan McD ker, KFC ke... Tak elok selalu sangat nih. Eh eh bukan SujueZ lah, kita mana ada duit makan benda mahal2 nih. Lepas tu tak elok sangat untuk kesihatan. Lebih2 lagi untuk kanak2 yang sedang membesar. Tapi hari tu Abah terlajak bawa Kimi makan kat McD (tanpa SujueZ, hanya ber-2 dengan Kimi)... Sedih rasa hati ini ewahhh. Tapi lain kali memang nak boikot past pood nih tak elok lah amalkan selalu yer haa dengar nasihat SujueZ ni.
Tengok tuh Kimi (jelesnyer!)
Makan pandang kiri kanan tak ajak orang pun huhuhu
Ke hadapan Abah yang dicintai,
Diharap lain kali jangan lupa ajak Umi kalau nak pergi makan kat mana2 yer. Kecuali past pood. Kalau kat restoran 2 atau 3 bintang sila jemput Umi sekali yer. Sayang Abah, Sayang Kimi.
Yang saling sayang menyayangi,
Umi aka SujueZ

& Salam

Assalamualaikum semuaaa...
Rasanya belum terlewat lagi SujueZ nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H/2010. Sama2 lah kita mengenang Rasullulah S.A.W dan perjuangannya. Semoga kita mendapat iktibar, panduan dan insaf dengan diri kita.
Allah melihat apa sahaja yang kita buat pada setiap masa di mana sahaja kita berada. Jangan memandang remeh perkara2 yang kita anggap kecil. Boleh jadi di sisi Allah ia amat besar nilainya.
Amalan yang kita anggap kecil kadang2 boleh memasukkan kita ke syurga. Manakala amalan jahat yang kecil juga boleh memasukkan kita ke dalam neraka.

p/s: Sama2 kita renungkan yer...