& Tutup mulut bila menguap

Mengapa kita mesti menutup mulut ketika menguap?

Rasullulah S.A.W menyuruh kita menutup mulut semasa menguap. Apa sahaja yang Nabi suruh hendaklah kita lakukan kerana ada manfaat dan kebaikan yang banyak untuk diri kita. Baginda S.A.W bersabda:

"Apabila seseorang kamu menguap maka hendaklah ia menutup mulutnya semampu mungkin."

Orang yang menguap menutup mulut menunjukkan dia seorang yang bijak, kerana dia peka dan tahu menyesuaikan diri dengan persekitaran atau orang-orang di sekelilingnya.

Manakala menguap dengan tidak menutup mulut, bahkan 'berbunyi' pula menunjukkan orang itu memiliki sifat dan sikap sebaliknya. Malah perbuatan tersebut adalah ciri-ciri seorang yang pemalas. Dia terbawa-bawa dengan kemalasannya. Menguap dengan tidak menutup mulut serta mengeluarkan bunyi bukan sahaja sangat tidak elok dipandang orang, perbuatan demikian adalah tanda kerendahan peribadi serta akhlak yang tidak baik si pelakunya itu.

Sumber:
Tanya Ustaz? Bersama Ustaz Dr Nik Yusri, Majalah Asuh.

No comments:

Post a Comment