Kayu/parket/papan serpih
- untuk penjagaan biasa, lap lantai dengan kain lembap tanpa bahan pencuci.
- untuk membersihkan kesan gris dan kopi, cuci dengan air bercampur sedikit cuka dan keringkan segera,
- letak alas kaki pada pintu masuk utama dan ambal pada ruang laluan bagi memastikan lantai tahan lama.
- lantai jenis ini perlu divarnis dengan bahan pelarut berasas air atau Polyurethane supaya kayu lebih keras dantidak mudah mengumpul habuk.
Untuk membersihkannya, lap dengan kain lembap.
- jika lantai bercalar, kikis dengan kertas pasir, bersihkan dengan air panas dan varnis semula.
- jangan seret perabot di atas lantai parket kerana ia akan mencalarkannya.
- antara cara untuk mengelakkan lantai bercalar, alas kaki perabot dengan getah khas.
- jangan sekali-kali membiarkan lantai parket basah atau digenangi air. Jika ada bahan yang tumpah, keringkan segera.
No comments:
Post a Comment