& Terima Kasih

Penghargaan buat kawan2 ;

Setelah sekian lama SujueZ INGIN menyampaikan ucapan jutaan

Terima Kasih

khasnya kepada kawan2 SujueZ di luar sana, juga rakan2 blog yang sudi menjenguk sekaligus membaca (ada gak pandang sebelah mata ke?) post/entri SujueZ yang tidak seberapa ni.

Namun, bukan niat di hati untuk
menunjuk-nunjuk,
mengada-ngada
atau syok sendiri mereka cerita.
Ibarat tempat meluahkan perasaan yang kadang2 pasang surut pada ketika tertentu.

Kepada seluruh warga kawan2 dan sesiapa sahaja yang mengenali SujueZ seadanya,

Terima Kasih

sekali lagi di atas segala sokongan, nasihat, panduan, bantuan dan apa sahaja kebaikan yang dihulurkan. Semoga anda semua dirahmati oleh Allah S.W.T.

Sekian sahaja buat kali ini.
Salam persahabatan.

& Batik Sutera Cantik

Salam sejahtera!

Di sini SujueZ nak maklumkan pada kawan2 blog semua, pada 3hb Mei 2010 lepas SujueZ telah melancarkan kedai online yang diberi nama Batik Sutera Cantik. Sesiapa yang berminat silakan menjenguk ke website Batik Sutera Cantik.


Untuk pengetahuan semua, setakat ni SujueZ hanya pamerkan 1 produk dahulu iaitu kemeja batik lelaki. Batik sutera crepe, digital atau batik 1Malaysia belum sampai stok lagi. Diharap bersabar (sedangkan SujueZ sendiri tidak sabar2 nih!). Jadi diharap sudilah lihat2 dulu apa yang ada yer.

Secara umumnya;
  • Kedai online Batik Sutera Cantik (BSC) menjual batik, batik crepe digital, batik 1Malaysia dan sutera secara online sahaja.
  • Rekaan dan corak pada setiap pasang batik yang dipilih mengikut citarasa pembeli dan pengguna masa kini di luar sana.
  • Rekaan dan corak yang dipilih adalah yang kreatif, berkualiti, elegan, bergaya dan juga mempunyai ciri-ciri klasik sesuai dengan situasi masa kini.
  • Selain dari fabriknya yang cantik, lembut dan bermutu semestinya harga yang ditawarkan juga adalah sangat-sangat berpatutan.
  • Kepuasan anda adalah keutamaan di Batik Sutera (BSC).
  • Harga yang ditawarkan adalah termasuk kos pos/penghantaran.
  • Sekiranya anda berminat, tidak perlu risau kerana anda juga boleh membuat tempahan terlebih dahulu (booking) dengan cara membayar pendahuluan sebanyak RM50.00 dan baki selebihnya perlu dibayar dalam tempoh satu minggu.
  • Bayaran ansuran juga dibenarkan sebanyak dua kali sahaja. Sebaik sahaja anda membuat pembayaran sepenuhnya, pihak BSC akan membuat penghantaran/pos produk yang telah dipilih dengan segera kepada anda.
  • Oh ya, buat masa ini pihak BSC menetapkan produk yang dijual tidak boleh dikembalikan (goods are sold are not returnable).
Sebenarnya semua ni masih baru lagi dan masih banyak lagi SujueZ perlu belajar. Apa pun sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada :

batiksuteracantik@yahoo.com.

& Sepuluh laluan

Sepuluh laluan yang semestinya kita tahu...

PERTAMA:

Laluan menuju ke kubur
  • jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
  • hindarkan perasaan iri hati dan benci
  • jangan terpengaruh dengan emas dan perak
  • sucikan kadha' hajat dengan istibra' (buang air kecil/besar)
KEDUA:

Laluan untuk berjumpa Izrail
  • bersihkan diri dengan bertaubat
  • gembirakan hati orang mukmin
  • bayar semula kada' yang tertinggal
  • kasih sepenuh hati kepada Allah S.W.T.
KETIGA:

Laluan untuk bertemu Mungkar dan Nangkir
  • mengucap dua kalimah syahadat
  • suka memberi sedekah
  • berkata benar
  • bersihkan dan perbaiki hati
KEEMPAT:

Laluan untuk memberatkan timbangan
  • belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
  • sucikan perkataan dan pakaian
  • bersyukur dengan yang sedikit
  • suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah
KELIMA:

Memantapkan amalan
  • jauhkan perkataan yang sia-sia
  • pendekkan cita-cita dunia
  • banyakkan puji-pujian kepada Allah
  • banyakkan sedekah dan khairat
KEENAM:

Melalui titian sirat Al-Mustaqim
  • kasihilah aulia Allah Ta'ala
  • berbakti kepada kedua ibu bapa
  • berpegang teguh dengan hukum syara'
  • bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
KETUJUH:

Laluan menjauhkan diri dari neraka
  • banyakkan membaca Al-Quran
  • banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
  • tinggalkan perkara yang maksiat
  • jauhkan segala yang haram
KELAPAN:

Laluan untuk memasuki syurga
  • membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
  • kasihi orang yang soleh
  • kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
  • merendahkan diri di antara semua makhluk Allah
KESEMBILAN:

Laluan berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W.
  • kasihilah nabi Allah
  • kasihilah Rasullulah
  • tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
  • banyakkan selawat Nabi S.A.W.
KESEPULUH:

Laluan untuk bertemu Allah Ta'ala
  • serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
  • hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
  • betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
  • bencikan segala yang diharamkanNya.

& Lima syarat

Lima syarat... buat maksiat.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata;

"Wahai Abi Ishak! Selama ini aku gemar melakukan maksiat.
Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata;

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya;
maka bolehlah kamu melakukan maksiat."


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya;

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Abu Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata;

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan kamu memakan rezekinNya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata;

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah."

"Ya." Tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah kamu memakan rezekiNya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar segala laranganNya?"

Syarat kedua kata Ibrahim;

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya."

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut yang amat sangat. Ibrahim kembali berkata kepadanya;

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?"

"Ya, anda benar," kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat ketiga. Ibrahim menjawab;

"Kalau kamu masih bermaksiat,
carilah tempat persembunyian yang tidak dapat dilihatNya."

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata;

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana?
Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat keempat.

Ibrahim melanjutkan;

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ketepikan kematianku dulu, aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku."

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematian, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apakah syarat kelima?"

Ibrahim pun menjawab;

"Wahai Abdullah, kalai malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata;

"Wahai Abu Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini, aku mahu bertaubat kepada Allah,"
kata Abdullah sambil teresak-esak dengan perasaan keinsafan.


& Empat soalan

Soalan Anas R.A kepada Rasullulah S.A.W.

Anas bin Malik R.A. telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasullulah S.A.W. sebanyak beberapa soalan, antaranya ialah:

1. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 10 rakaat?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Sepotong roti yang engkau sedekahkan adalah lebih saya suka
dari sembahyang sunat 10 rakaat."


2. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai
dari sembahyang sunat 1,000 rakaat."

3. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang 1,000 rakaat?

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Meninggalkan sesuap makanan yang haram adalah lebih saya sukai
dari sembahyang 1,000 rakaat."

4. "Ya Rasullulah S.A.W., yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau beribadat 1,000 tahun?"

Sabda Rasullulah S.A.W.:

"Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih saya suka
dari ibadat 2 juta tahun."

Begitulah... beberapa soalan yang dikemukakan oleh Anas R.A. kepada Rasullulah S.A.W. bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas R.A. sahaja, malah sebaliknya ia juga ditujukan kepada semua umat Rasullulah S.A.W.

Sumber:
Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan.














Suami soleh

(Kalau ada suami2 yang baca post ni,
pastu ada ciri2 ni pada diri dia orang mesti kembang hidung masing2)...


Ciri2 utama;
  1. Suami yang menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya.
  2. Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  3. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan kerukunan rumah tangga mereka.
  4. Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  5. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
Seorang suami mestilah tahu hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud;

"Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu). Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah."

".... dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu (suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha Bijaksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang bertanggungjawab."

p/s: nantikan kemunculan Isteri Soleh pada post berikutnya... daaa

Telapak kaki pecah-pecah

Opps jangan salah sangka yer. Tapak kaki i ok aje. Cumanya kat sini nak bagi sedikit petua-petui (xde dalam kamus ni) mengenai cara nak rawat telapak kaki yang pecah2. Jadi sesiapa yang berkenaan sila la cuba resepi ni opps brekkkkkkk petua ni. selamat semua...

Mula2 sila intai di kawasan tuan-puan semua sepohon pokok betik.

Kalau dah jumpa ambil buah betik muda (pokok sendili) atau minta (dengan tuan pokok) atau beli (kat super market).

Potong hingga keluar getah.

Bersihkan kaki sebersih2nya, kemudian gosok dengan getah betik.

Biar getah itu meresap pada kaki yang pecah.

Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.

Sila mengulangi petua ini beberapa kali untuk hasil yang memuaskan.

Insya-Allah dengan izinNYA pecahan pada telapak kaki (yang berkenaan) akan hilang.