& Pelat ker?

Salam. Semoga sihat sejahtera hendaknya semua...

Entri ni mengenai perkataan2 yang Kimi bole sebut selepas umurnya dah masuk 2 tahun 2 bulan lebih ni. Ada yang sangat jelas, jelas dan kabur (berterabur pon ada). Kadang2 kelakar jugak bila dengar dia sebut. Maklumlah Kimi, budak baru belajar...

Ada perkataan tu Kimi sebut dengan bunyikan huruf 's' kat belakangnya. Contohnya nyamuk akan jadi 'amuks'! Aduh, pening gak kepala SujueZ. Bimbang jadi pelat. Tapi boleh dikatakan banyak jugaklah perkataan yang Kimi bole sebut sejak akhir2 ni. Antara perkataan yang jelas sebutannya ialah air, minum, susu (mula2 'ushu'), kasut (kadang2 'kashut') dan kipas ('kipash).

Apapun lama-kelamaan semakin banyaklah perkataan baru yang Kimi dapat sebut selain maa, Umi (SujueZ) dan Abah.

Perkataan2 lain ialah:

Haiwan
Katak = kadang bole jadi katok
Cicak = citok
Nyamuk = amuks
Tikus = tikush
Lipas = lipash
Semut = semuts
Kambing = kanping
ular = ok
rama2 = ama2
itik = ok
ikan = mula2 bunyi 'ikam'
burung = ok
ayam = ok
ulat = ok
kucing = kuncing
ketam = ok
udang = ok
sotong = ok

Kalau anggota badan (body) bole jugaklah sebut dan kenal sikit2.

Anggota badan

mata = ok
hidung = ok
telinga = ok
rambut = ok
perut = ok
kaki = ok
tangan = ok
mulut = yang ni ingat2 lupa
gigi = ok

Lain2, kakak, abang, adik @ baby, emak (kalau tengok iklan boleh sebut dengan lancar), nenek, pokok, beg, payung, awak, buku, pen, topi, gunting, sayur, nasi (asi), betik, coklat (kelat), timun, milo, pisang (pishang), biskut (bikut), bantal, kapal terbang (bang aje), bola, tidur, tayar (ayar), kereta (ketey), basikal (kika) dan bas.

SujueZ: Kimi, cium/sayang sikit.
Kimi: Siunnn! Siunnn! Siunnn!
Hahaha. Sebutannya memang kuat bunyi 'n' kat belakang perkataan ni.

SujueZ guna buku 'Discovery Science Year 1' keluaran Pelangi.

Kebetulan beli masa jualan buku kat kilang buku Pelangi kat Bandar Baru Bangi. Lama dah lupa plak harganya. Buku dia memang tahan lasak, SujueZ siap sampul lagi. Niat di hati nak wat buku rujukan Kimi (kononnya bila dia masuk sekolah nanti biarpun lambat lagi hehe). Kertas dia pun liat sikit nak koyak. Tahu ajalah si Kimi ni lasak and very the active boy...

Tapi yang buat Kimi suka sangat ngan buku ni sebab gambar kat dalam tu very da kalerful. Warni-warni sangat cantik dan menarik. Kebanyakkan perkataan yang berjaya Kimi sebut tu sebahagiannya ada dalam buku ni lah.

Antara gambar2 menarik dalam buku ni...




Selain tu ada 2 buah buku lagi yang SujueZ guna ialah buku berkulit keras/tebal ni. Tajuk dia Transport (Kenderaan) dan Farm Animals. Yang lagilah lasak buku dia. Nak baling dinding pun takkan efek apa2. Nak koyak jauh sekali la...

Gambar dia tak kurang hebatnya sangat jelas pada pandangan mataku hehe.







Selain pada tu SujueZ juga perkenalkan Kimi pada poster2 yang SujueZ TAMPAL pada dinding bilik supaya senang kalau sambil main2 ngan Kimi tu boleh la tunjukkan gambar serta perkataan baru.

Bukan apa supaya dia senang ingat dan perbaiki sebutan setiap hari. Kadang2 sikap kita sendiri kena jadi dan cakap macam budak2 jugak (motivasi diri). Poster yang senang2 aje seperti mengenal huruf (alphabet) dan gambar sekali. Jangan paksa. Ajar sambil main2 supaya dia (anak2 kita) tak tertekan. Kalau dah boring tu nak wat cane kan.

Ambiklah pensel yang tumpul dan buku yang tak nak pakai bagi dia conteng (kalau yang tajam nanti dia conteng kat dinding rumah pulak yer). Sebenarnya boleh bagi yang tajam tapi kita hendaklah sentiasa memantau aktivitinya. Lagi pula pensel yang tajam boleh mengundang bahaya. Tak gitu?



p/s: Lakukan yang terbaik hanya untuk anak kita!

& Stok susu

Stok susu

Amboiii banyaknya stok susu. Errr yang murah aje. Beli masa promosi, barulah jimat sikit. Kadang2 dapat dengan rm16 @ rm17 @ rm18 lebih untuk 1kg. Mujurlah Kimi tak kisah. Bedal aje susu jenama apa pun yang penting rege nya murah dan jimat. Yang Kimi minum skang ni ialah Nespray dan Dutch Lady. Mula2 dulu start minum Nugrow tapi oleh sebab skang ni dah naik harga makanya tukarlah.
5 peket susu ni boleh tahan 2 bulan lebih. Try jugak Fearnleaf tapi Kimi jadi sembelit. Mula lah meragam. Jadi skang ni gilir2 antara susu2 ni. Kalau time Nespray ada promosi harga murah belilah, kalau giliran Dutch Lady pulak samalah. Masa beli Nespray kat Tesco Bukit Tinggi, Klang dapat percuma 1 CD Pocoyo. Bagus jugak untuk kanak2.

Ingat lagi tak Sheila Majid dalam iklan Nespray kat tv tu.
"Susahkan pilih susu anak...."

& Susun b+l+o+k

Ini Kimi punya cerita...

Post kali ni nak citer pasai perkembangan Kimi dengan umurnya sekarang ni dah 2 tahun 2 bulan lebihhh...

Rambutnya yang agak panjang tu dah berjaya dibotakkan/dicukur. Muka pulak makin tembam (macam SujueZ). Kalau tak caya tengok gambar2 ni ha...



Ok berbalik pada citer awal2 tadi (nak oyaknyo) Kimi suka sangatlah main susun blok kecil2 ni. Bentuk segiempat sama dan sangat ringan. Sesuai untuk perkembangan minda kanak2 seusia Kimi. Blok ini SujueZ INGAT lagi Abah belikan masa tu kami tinggal kat Cheras Perdana lagi.

Tau beli kat mana? Kat pasar malam tu haaa... Harga dia kalau tak silap rm4 sekotak. Tujuan utama/sebenar Abah beli untuk alat bantu mengajar subjek pemulihan khas. Coz waktu ni Abah sedang wat praktikal kat SK Bt 9, Hulu Langat. So skang ni dah jadi mainan Kimi dah...

Susun lagi

Sedang berusaha

Suka kerana berjaya mengimbangkan blok di atas tapak tangannya...


Akhirnya, berjaya gak!
Ada 6 jenis gambar yang berbeza yang boleh kita nampak bila disusun2 blok2 kecik ni. Mesti la Kimi suka coz gambar2 kartun kat blok2 kecik ni merupakan watak utama kartun Walt Disney seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Minnie dan Pluto (dan suku sakatnya). Semua skali 12 biji blok.


p/s: Pernah jugak hilang 1 blok tapi cari2 punya carik SujueZ JUMPA kat dalam bonet keter. Agaknya terjatuh masa kami pindah rumah hari tu...

& Buloh Gading


Kimi & si puteh

Kura2 dalam akuarium

Si puteh

Awat ternganga nak oiii?

Yang ni adik beradik ngan yang kaler putih tadi

Aiseh ada org amik gambar lak, posing lah ckit

"dah ker? tido lagi baekkk"

Eh, eh posing lak si puteh ni

Geramnyer

Cutenya anak kucing Adah ni

Famili si puteh
Kimi & Abg Daniel

Sengih jer

 

& Kuin Pasir

 
Kimi & Si Hitam (ite)
Kimi & Kak ah

Anok sapo nih?

Wooo tengok jet

Suka jer

Bawah pokok pun jadilah...

Pegang bunga

& B+a+d n M+a+d

Orang kalu balik dari cuti mood segar bugar. Tapi lain pulak citer ngan SujueZ. Ntah tak nak cakap banyak2. Baik post entri kat blog lagi mau senang hati. Tak yah pikir benda2 yang buat sakit hati, jiwa dan sebakul raga.

& Pose hujung minggu

Senyum sampai telinga dapat jalan2

Kelmarin Abah pergi sekolah.

Jadi Abah ajak SujuZ & Kimi keluar hari ni.

Jalan2 tempat biasa lah.

Tak de lain tempat nak pergi.

Malas nak gi jauh2 dalam cuaca panas sekarang ni.

Last2 JJ jugak ler kami tuju...