& Ha ha ha, camni ker cara pakai seluar??!

Heh, jangan cakap umi x ajar plak yer...
Suruh try pakai sendiri
Camnilah jadinya
;D


& Selamat Hari Lahir, Kimi!!!

Wahhh, ari ni anak umi dah masuk umur 3 tahun lah! ermm dah besor pun yea. Umi doakan semoga Hakimi jadi anak yang soleh dan bijak dan hormat orang tua. Jadilah seorang manusia yang berguna yea! Semoga panjang umur serta dimurahkan rezeki dari Allah s.w.t. Amin.


besday boy, hakimi 3 tahun!

& Bagus Kimi!

Ayat glamour Kimi sekarang ni ialah:-

1) Selamat pagi, cikgu!
2) Apa khabar, cikgu!
3) Umi, saya nak susu la
4) Saya nak pakai pampes, la (time nk uk uk)
5) Abah pergi sekolah
6) Saya nak gi sekolah
7) Saya nak makan nasi lah
8) Saya nak baca bukulah
9) Blum lagi lah
10) Tak nak lah
11) Jangan cakap cam tu lah
12) Saya nak balik kg tokma lah
13) Saya nak makan duyan (durian) lah
14) Ya Allah Ya Tuhanku (ni time umi marah hu hu)
15) Insya-Allah, find the wayyyyyyyyyyyy
16) Ya Allah, slamatkan pelajanan (perjalanan) kami pegi dan balik, amin
17) Bismikallah, umah ahya, wa amut (doa nk tido)
18) Nak gi pasar malam lah
19) Prestasi keter (time kat petronas, mesti sebut ni)
20) My name is kimi
21) Saya nak jadi pandai dan bijak
22) Saya sayang umi dan abah dan tokma dan abg oje
23) Saya nak jadi anak soleh dan baik
24) Bedayan Collections!
25) Saya nak jadi polis
26) Polis tangkap kimi


ini dia budak kimi
p/s: Kimi, kamu kena tunaikan apa yg kamu cakap kat atas tu yea! oh ya perkara yang baik sahaja okey!

& Aktiviti hari Jumaat

Salam semua
semoga ceria2 selalu hendaknya
ari ni macam biasa lah
lepas Abah Kimi gi sekolah
layan kimi main2 jer la sambil setelkan kerja2 rumah yang xpernah habis!
ada gunanya jugak mainan seperti Faco Blocks ni;)





dah siap! kimi, robot ni bleh tolong umi sapu lantai ker? ahakss

& Renungan

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa mengetahui keburukan saudaranya kemudian ia menutupinya, kelak pada hari kiamat Allah akan menutupi dosanya." (HR Tabrani)

& Minta kebaikan hari ini

err betul la tu
harap hari ni baik2 saja
kerana saya sangat senang hati hari ni
selepas demam kus kus kelmarin
hihi
hari ini sangat ok
.
.
.
Ya Allah, aku minta kepada Engkau akan kebaikan hari ini dan kebaikan perkara dalam hari ini dan aku minta lindungan pada Engkau dari buruknya hari ini dan buruknya perkara dalam hari ini. Amin;)