& Khas untuk sesiapa yang masih belajar

Adab Kamu dengan Pensyarah/Guru

Imam Ghazali berkata;

"Ilmu hanya akan didapati dengan merendahkan diri dan memberikan perhatian,"

Menunjukkan hal-hal berikut amat perlu diberikan perhatian ketika menuntut ilmu:

  1. Merendah diri dengan mereka.
  2. Hormati mereka.
  3. Tidak memanggil mereka dengan panggilan nama mereka tetapi dengan gelaran yang seharusnya.
  4. Mengenang jasa mereka.
  5. Bersabar dengan sikap mereka.
  6. Bersopan di hadapan mereka.
  7. Berpakaian kemas dan bersih sebagaimana mereka.
  8. Teliti ajaran mereka.
  9. Sentiasa doakan mereka.

Kau Marahkan Siapa?

Suatu hari, Shaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.

"Kepada siapa engkau tujukan marah kau itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?" tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi;

"Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya."

& Sahabat Perjuangan

Kamu Ramai Kawan Tetapi yang Mana Boleh Dipanggil Sahabat?

  1. Kalau mereka berakhlak mulia: sebagaimana kamu, mereka juga memiliki sifat penyayang, pemaaf dan lemah lembut.
  2. Kalau mereka gemar berbuat baik: sebagaimana kamu, mereka juga cekal mengajak orang lain sembahyang, menolong mereka dan menasihati mereka walaupun kadang-kadang ajakan itu tidak diterima.
  3. Kalau mereka sudi menegur kamu: sebagaimana kamu, mereka juga ikhlas menegur kamu atau sesiapa saja yang melakukan kesilapan.
  4. Kalau mereka bertanggungjawab: sebagaimana kamu, mereka juga berani mengaku dan bertanggungjawab apabila memikul sesuatu amanah.
  5. Kalau mereka murah hati: sebagaimana kamu, mereka juga tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
  6. Kalau mereka rela mengurangkan bebanan kamu: sebagaimana kamu juga, mereka sudi memikul susah senang kamu tanpa diminta.
  7. Kalau mereka ikhlas: sebagaimana kamu , mereka juga ikhlas dalam segala tindak tanduk.
  8. Kalau mereka simpan rahsia kamu: sebagaimana kamu, mereka juga sanggup menyembunyikan cacat cela kamu dari pengetahuan umum dan sanggup membela kamu kalau mereka mendengar ada orang mencela kamu.
  9. Kalau mereka mudah bertolak ansur: sebagaimana kamu, mereka juga pandai membuat pertimbangan dan mudah bertolak ansur demi menjaga persahabatan mereka dengan kamu.
  10. Kalau mereka sanggup menjaga hati kamu: sebagaimana kamu, mereka juga berusaha keras menjaga persahabatan yang telah terjalin itu.

& Pintu S

Pintu Syaitan Ada Pada Kamu

Pintu ini sentiasa terbuka luas untuk syaitan masuk ke dalam hati sama ada sebentar atau berkampung terus. Ia terbuka apabila kamu:

  • marah, dengki, rakus dan bernafsu syahwat;
  • terlalu kenyang walaupun dengan makanan yang halal;
  • terlalu mencintai perhiasan
  • tamak, terburu-buru dan tergesa-gesa;
  • kedekut dan takut miskin;
  • cintakan harta tanpa batas;
  • fanatik mazhab, taklid buta dan jahat sangka sesama Muslim.

& Ini Caranya

Teori Menyelesaikan Masalah

  • Kenalpasti masalah
  • Kenalpasti punca masalah
  • Cari jalan penyelesaian
  • Siapa yang boleh menyelesaikan masalah itu
  • Mencari hikmah di sebalik masalah

& Perhatian Kepada Ketua!

Jika Kamu Menjadi Ketua

  • hormatilah hak orang yang dipimpin
  • merendah diri dan sedia ditegur
  • mendengar dan menimbang pandangan mereka sebelum membuat keputusan
  • luangkan masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat

& Panduan Kita Berdoa

Waktu-waktu yang baik Untuk Berdoa

  1. Pada malam Lailatul Qadar.
  2. Pada hari Arafah.
  3. Pada bulan Ramadhan.
  4. Pada malam Jumaat.
  5. Pada hari Jumaat.
  6. Antara dua khutbah pada waktu hendak sembahyang Jumaat.
  7. Sepertiga malam yang terakhir pada waktu sahur.
  8. Pada saat berbuka puasa bulan Ramadhan.
  9. Antara Azan dan Iqamah.
  10. Ketika orang mengucapkan Iqamah.
  11. Ketika berbaris menuju medan perang.
  12. Akhir setiap solat fardu.
  13. Pada waktu sedang sujud.
  14. Selepas sembahyang hajat.
  15. Selepas tahajjud pada sepertiga malam.