& Pengumuman:)


2nd SPECIAL EDITION-JUALAN BATIK SUTERA BESAR-BESARAN!!!

Kepada sesiapa yang ingin melihat stok baru batik sutera cantik sila la ke http://batiksuteracantik.blogspot.com.

Harga boleh dipertimbangkan lagi dan free gift ada disediakan. Sesuai untuk dijadikan baju raya, hadiah atau pun hantaran.

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi SujueZ @ Baizura di 017-9842138.

Sekian, Terima Kasih Daun Keladi...:)


& Hari kedua

Salam...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdullilah, dengan limpah rahmat Allah S.W.T., kita sangat beruntung kerana masih lagi dapat menikmati bulan Ramadhan, bulan yang agung, mulia, istimewa dan berkat, mengandungi banyak rahmah. Sepatutnya peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh orang yang ingin menjadi termulia dan terbaik di sisi Allah S.W.T. serta ingin mencapai keredhaanNya di akhirat nanti.

Hari kedua berpuasa SujueZ rasakan lebih bertenaga berbanding semalam. Dari urusan mengemas, membasuh dan membereskan kerja yang mana patut semuanya dapat dilakukan tanpa rasa letih.
Sahur tadi pun okay saja.
Hari pertama berbuka, lauk semua SujueZ masak kecuali pengat pisang. Itu Abah yang sediakan. Spesel punya menu untuk hari pertama berbuka. Sebab Abah dapat balik awal dari sekolah pukul 5.30 petang untuk bulan puasa ni. Jadi sempatlah memasak hehe.
Kami pun berbuka lah dengan apa yang ada ala kadar saja. Seperti biasa malamnya tu solat tarawih jadi agenda utama.

Hari Pertama Puasa

Malamnya tu sempat menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat + 3 rakaat solat sunat witir = 11 rakaat. Abah Kimi ke surau. Kimi pula SujueZ pasangkan radio kaset mengaji sambil matanya menonton tv (suara tv diperlahankan agar suara Sheikh Al-Ghamidi mengalunkan bacaan Al-Quran menusuk ke jiwanya, amin).
Selepas selesai, sempat juga merancang menu bersahur. Antara yang sempat difikirkan ialah menu yang ringkas @ simple seperti kubis goreng kicap, ayam goreng dan sambal ikan bilis. Dihiasi dengan tembikai @ timun cina sebagai pencuci mulut. Dibilas pula dengan air teh 'o' yang kurang manis. Alhamdulliah, sungguh berselera. Oh ya! Kimi tetap tidur nyenyak macam biasa.

Oleh itu, suka untuk SujueZ BERPESAN kepada kawan2 semua marilah kita berlumba-lumba membuat amal tak kira samada malam atau pun siang. Di mana ada kesempatan rebutlah ia walaupun sedikit cuma.

Sebagaimana sunnah Nabi seperti bertadarus Al-Quran, beristighfar, bersedekah, memberi makan untuk berbuka puasa, solat tarawih dan lain2 amalan baik supaya hari2 di bulan Ramadhan ini dapat dihiasi dan diperindahkan bagi setiap diri orang Islam.

Firman Allah Taala:

"Hai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, agar kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang ditentukan..."
(Al-Baqarah: 183)

Semoga kita semua sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan tidak tergolong di kalangan orang2 yang rugi. Amin...


& Terima Kasih Daun Keladi




Siap untuk dipos!


Terima kasih yang tidak terhingga buat pelanggan-pelanggan Batik Sutera Cantik yang dihormati:
  1. Kak Salhaniza (Penampang, Sabah) - 2 pasang
  2. Auntie Norila (Perak) - 1 pasang
  3. Kak Aishah (Lahad Datu, Sabah) - 2 pasang
  4. Sis Sitey (Negeri Sembilan) - 1 pasang
  5. Sis Suzana (Perak) - 1 pasang
  6. Sis Rusliza (Kuala Lumpur) - 1 pasang
Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih daun keladi, di lain masa belilah lagi ye...

Semoga perkembangan positif perniagaan Batik Sutera Cantik ini akan maju dari masa ke semasa, Insya-Allah... Kepada kawan-kawan blogger SujueZ dan yang baru silalah berkunjung ke blog Batik Sutera Cantik ye untuk melihat batik sutera lukis yang terkini dan eksklusif dengan harga jualan runtuh besar-besaran!

Terima Kasih dari SujueZ

& Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur SujueZ ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapatlah kita bertemu lagi pada hari ini.

Memang sudah agak lama juga SujueZ menyepi tanpa berita kerana menghadapi beberapa kesibukan yang tidak terbatas. Namun dengan izinNya jua SujueZ dapat kembali mencoret sedikit cerita di ruangan blog kesayangan ini. Menyepi bukan bermakna terus hilang lesap ke mana-mana. Insya-Allah dengan izinNya jua lah SujueZ berpeluang bersua bertemu rakan-rakan blog yang dihormati semua.

Di sini SujueZ ingin menyampaikan sedikit maklumat atau info mengenai bulan mulia Ramadhan yang bakal menjelma lusa atau tulat, insya-Allah.

PENGERTIAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan itu diambil dari kalimat dalam bahasa Arab, Ramadhan itu bererti panas, menurut riwayat bahawa ketika mula-mula orang Arab memberi nama bagi tiap-tiap bulan itu, berlaku Bulan Ramadhan ini di musim panas.

Dalam hubungannya dengan syariat Islam Ramadhan itu dikekalkan oleh kerana panasnya bahang kelaparan puasa akibat lapar dan dahaga itu hapuslah segala dosa.

Ramadhan Datang dan Pergi

Ramadhan datang silih berganti pada setiap tahun. Ramadhan yang lalu telah pergi jauh meninggalkan kita dengan kesan dan amalan. Pada setiap Ramadhan datang, kaum muslimin memuliakannya dengan ibadah, puasa dan berbuka, solat terawih, tadarus, sahur serta solat subuh yang dijaga waktunya.

Ramadhan yang berkuunjung setahun sekali merupakan suatu kesempatan bagi kaum muslimin yang berlumba-lumba dalam mengejar kebajikan. Amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan adalah:

  1. Hendaklah setiap orang Islam itu menjauhkan segala perbuatan jahat zahir dan batin.
  2. Mencari jalan untuk membuat kebajikan sebanyak mungkin seperti sembahyang, tasbih, membaca Al-Quran dan berzikir.
  3. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  4. Menghadiri sembahyang jemaah.
  5. Berbuat baik kepada ibu bapa.
  6. Berbanyakkan sedekah seperti menjamu orang berbuka puasa.
  7. Membanyakkan taubat, Rasullulah bersabda maksudnya: "Allah berfirman pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, adakah sesiapa meminta sesuatu, pasti aku beri permintaanya, adakah sesiapa meminta taubat, pasti aku beri taubat, adakah sesiapa pinta ampun, pasti aku beri ampun."
  8. Mengerjakan puasa dengan bersungguh-sungguh, tekun, menjaga perkara-perkara yang membatalkan puasa yang makruh, banyakkan berbuat perkara yang sunat.
  • Pelihara mata dari melihat yang haram.
  • Pelihara lidah daripada cakapan keji seperti berbohong, mengeluar kata memaki-hamun.
  • Pelihara anggota seperti kaki, membuat yang haram dan perut jangan masuk makanan yang haram.
  • Jangan makan terlalu banyak waktu berbuka kerana ia akan menyebabkan hilangnya tujuan berpuasa dan membawa kepada malas beramal.
  • Jangan lupa tiap-tiap malam mengharapkan mendapat "lailatul Qadar" lebih-lebih lagi malam yang terakhir Bulan Ramadhan.
Rasullulah bersabda yang bermaksud:

"Kalaulah umat aku tahu bagaimana besarnya kelebihan Bulan Ramadhan itu, pasti mereka mengharapkan setahun itu Ramadhan semuanya."

Kita tidak seharusnya lupa akan peringatan ini, malah perlu lebih membuat kebaikan, amal ibadat supaya kita tidak terkandas di kemudian hari. Penyesalan di akhirat kelak tidak lagi memberikan apa-apa makna sekalipun kita tangisi dengan air mata darah.

Sifat manusia yang mudah lupa menyebabkan kita seringkali hanyut dibuai mimpi-mimpi duniawi, menjadi taksub kepada harta benda seperti bertuankan duit serta kekuasaan. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa ata sekelian alam.

Akhir kata SujueZ ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak".

Sekian, Wassalam.

SujueZ
baizura_042000@yahoo.com